Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 23 Januari 2023

BMW Motorrad Sekali Lagi Memecah Rekod Jualan pada 2022

BMW Motorrad sering merakamkan jualan yang memecah rekod setiap tahun untuk sekian lama, dan tahun 2022 merupakan satu lagi tahun yang baik buat pembuat dari Jerman itu. Mereka telah berjaya menjual 202,895 motosikal di serata benua Eropah dan dunia.

Seperti tradisinya juga, negara Jerman tetap merupakan pasaran yang paling lumayan buat BMW kerana 21,223 unit dijual di sana pada 2022, yang juga merupakan peningkatan sebanyak 6.7% dari tahun 2021.

Selain daripada negara asalnya, BMW Motorrad juga berjaya mencatatkan peningkatan jualan di beberapa pasaran terbesar di dunia, termasuk China, India, Brazil dan USA. Sebanyak 7,282 buah motosikal dijual di India yang merupakan peningkatan sebanyak 40.3%. Pasaran Amerika Utara telah menyaksikan peningakatan 11% kepada 20,295 unit, manakala pasaran Brazil meningkat sebanyak 17%.

Seperti biasa, model yang paling popular merupakan R 1250 GS dan R 1250 GS Adventure. Hampir 60,000 buah dijual pada tahun lepas. Sebagai perbandingan, Ducati "sekadar" menjual 61,562 unit motosikal yang terdiri daripada pelbagai model pada tahun lepas. Angka ini menunjukkan betapa popularnya model GS.

Model-model lain yang telah mencatatkan perkembangan positif ialah superbike S 1000 RR dengan hampir 10,000 unit yang dijual. Malah, model-model motosikal yang menggunakan empat silinder yang diadaptasi daripada S 1000 RR itu seperti model superbike edisi khas M 1000 RR, sportbike naked S 1000 R serta sport-tourer S 1000 XR melihatkan jumlah penjualan hampir 23,500 unit di seluruh dunia.

Dr. Markus Schramm, Ketua BMW Motorrad berkata, "Pencapaian rekod baharu 2022 jelas menunjukkan betapa menariknya banjaran produk kami dan jenama kami amat popular dengan pelanggan. Saya memandang dengan penuh harapan kepada 2023, yang juga merupakan tahun ke-100 kami."

Popular

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4 2025 Kini Di Malaysia - Harga Asas RM182,900

Ducati Malaysia telah melancarkan Panigale V4 generasi terbaru sempena dengan perasmian pembukaan Ducati Sungai Buloh.

Dari Litar

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

Pecco akhirnya menerima bendera penamat sebagai juara diikuti Martin di tempat kedua dan kini mendahului carta dengan 24 mata manakala Enea Bastianini di tempat ketiga.

Dari Litar

GP Valencia 2024 Dibatalkan...Litar Untuk Pusingan Akhir Belum Dipastikan Lagi

Berikutan bencana banjir yang melanda beberapa buah bandar di Utara Sepanyol yang turut melibatkan komuniti di Valancia, pihak Dorna telah mengumumkan bahawa GP Valencia yang dijadualkan berlangsung pada 15-17 November nanti telah dibatalkan.

Model Baru

Scrambler Ducati Edisi 10° Anniversario Rizoma

Bersempena dengan ulang tahun ke-10 jentera Scrambler, Ducati telah berkolaborasi dengan pengeluar aksesori motosikal Rizoma untuk memperkenalkan Scrambler Ducati 10° Anniversario Rizoma Edition.