Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 6 Januari 2023

Saman RM10,000 Jika Ubah Suai Enjin, Ekzos, Merempit

Gara-gara perlembagaan yang sedia ada nampak tidak berkesan, Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan dipinda bagi menaikkan denda sehingga RM10,000 untuk kesalahan mengubahsuai enjin dan ekzos motosikal. Denda maksimum pada ketika ini ialah RM300.

Selain itu, mereka yang menyertai lumba haram juga bakal berdepan hukuman penjara mengikut peruntukan baharu dalam akta berkenaan, jika disabitkan bersalah di mahkamah. Malah, dalam cadangan pindaan itu, ibu bapa yang membenarkan motosikal mereka digunakan untuk tujuan lumba haram dan pengusaha bengkel yang melakukan pengubahsuaian kepada kenderaan dua roda itu juga boleh dikenakan denda.

Tambah lagi, bengkel motosikal yang melakukan kegiatan pengubahsuaian juga boleh dikenakan tindakan.

Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan (MOT), Datuk Isham Ishak, berkata peningkatan jumlah denda dan pelaksanaan hukuman penjara itu dicadangkan melalui pindaan kepada Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Tindakan merempit khususnya oleh anak muda tanpa mengendahkan undang-undang hingga sanggup berlumba di jalan raya menyebabkan ada keperluan untuk menaikkan jumlah saman.

"Sebelum ini denda dikenakan hanya berjumlah RM300 menyebabkan mereka boleh bayar dan tiada kesedaran, jadi kita mencadangkan ia dinaikkan sehingga RM10,000.

"Denda dicadangkan itu, denda bukan sahaja akan dikenakan kepada mat rempit tetapi juga ibu bapa yang membenarkan motosikal mereka digunakan dan pengusaha bengkel yang membuat ubah suai itu.

"Apa yang kita lihat, kegiatan merempit ini bukan sahaja untuk kepuasan sendiri, namun bagi perlumbaan haram dan kegiatan tidak sihat," katanya. RR

Isu Pada

Februari 2023

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Tahniah buat para pelumba muda negara telah mempamerkan aksi yang cukup hebat dalam saingan FIM MiniGP World Finals.

Model Baru

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

Aprilia kini memperkenalkan pula model jalanan paling baru iaitu Tuono 457.

Warta Roda

Kemeriahan Konvoi PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024

PETRONAS Lubricant Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMM)bekerjasama dengan Dania Garage dala menganjurkan konvoi 'PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024'.

Warta Roda

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.