BSH Tampilkan Tiga Warna Dengan Corak Grafik Baru Honda RS-X 2023
Boon Siew Honda telah memperkenalkan Honda RS-X ke dalam pasaran Malaysia pada tahun 2021. Sejak itu, model ini berjaya menambat para pencinta dua roda di tanah air dengan menampilkan rekabentuk yang sporty, berprestasi unggul dan memiliki ciri-ciri terkini.
Sebagai model 2023, BSH telah mengumumkan tiga warna dengan rekacorak grafik baru untuk Honda RS-X. Model ini tersedia dalam dua pilihan rekacorak grafik baru untuk warna Lemon Ice Yellow dan Candy Caribbean Blue Sea yang ditawarkan pada harga bilik pameran disyorkan RM9,698. Manakala untuk edisi Trico boleh didapati pada harga RM9,748.
Bahagian sisi badan Lemon Ice Yellow disempurnakan dengan garis bewarna jingga dengan gabungan tulisan Hitam yang tebal beserta logo berlatar belakangkan Putih, memastikan grafik RS-X tampak lebih terserlah. Manakala untuk Candy Caribbean Blue Sea pula hadir dengan gabungan warna Kelabu dan Hitam pada bahagian sisi badan agar kelihatan lebih jelas dan moden.
Untuk edisi Trico tampak lebih menarik dengan berbekalkan warna DNA CBR. Terdapat tiga campuran warna ikonik iaitu Merah, Biru dan Putih. Manakala rim hadapan dan belakang disaluti dengan warna keemasan. Keseluruhan warna baharu ini menampilkan RS-X lain dari yang lain.
Honda RS-X 2023 boleh didapati di semua pengedar sah Honda bermula 4 Januari 2023. Kesemua harga yang duumukan adalah tanoa cukai jalan, insuran dan pendaftara. Para pemilik jentera ini juga akan menerima waranti kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu). RR
Popular