Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Januari 2014

Triumph Motorcycles Lancar Pusat Pameran Terbesar

Jenama Triumph Motorcycles adalah antara jenama motosikal yang tertua di dunia, kini jenama ini berusia 111 tahun sejak diasaskan pada tahun 1902. Pelbagai model motosikal telah dikeluarkan oleh syarikat ini. Antara model terkenal yang dikeluarkan adalah Triumph Bonneville 650 T120R pada sekitar penghujung tahun 60an. Ianya masih dapat dilihat sehingga kini di pertandingan motosikal klasik mahu pun konvoi di seluruh dunia termasuklah negara Malaysia.

Dari kiri: En. Eugene Mah (Triumph Singapura), YB Datuk Hj Ahmad bin Hj Maslan, En. Razak Al-Malique, En. Asawin Malamphut (Triumph Thailand) & En. Peter Huckin (Pengurus Eksport Global Triumph Motorcycles) di dalam majlis tandatangan MOU.

Sejak mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada pelanggannya, Fast Bikes Sdn Bhd kini telah membuka cawangan Triumph Motorcycles yang terbesar dan terbaru di Malaysia pada bulan November lalu. Bilik pameran premium yang terletak di Seksyen 13, Petaling Jaya, Selangor dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan. Pada hari perasmian itu juga, beliau turut melancarkan model Triumph Tiger Sport 1050 ABS yang terbaru sambil ditemani oleh En. Razak Al-Malique dan En. Peter Huckin, wakil Triumph Motorcycles dari England.

Model Tiger Sport ABS ini dikuasakan oleh enjin empat lejang tiga silinder selari, bersesaran 1050cc, menjanakan kuasa kuda setinggi 123hp dan tork maksimum 104Nm. Berat keseluruhan model ini adalah 220 kg menjadikan motosikal pengembaraan ini lebih dinamik, selesa dan seronok ditunggang. Harga yang ditawarkan untuk model ini adalah RM85,900 tidak termasuk cukai jalan dan insurans.

Antara ahli RAT Pack yang hadir dengan motosikal Triumph masing-masing
Antara ahli RAT Pack yang hadir dengan motosikal Triumph masing-masing

Bilik pameran seluas 11,000 kaki persegi ini mempamerkan keseluruhan model-model generasi terbaru Triumph yang terdiri daripada model sportbikes, model pengembaraan, dan model klasik moden. Ianya juga turut menjual pakaian menunggang eksklusif jenama Triumph dan menyediakan pusat servis yang canggih untuk para pelanggannya.

Syarikat milik penuh bumiputera, Fast Bikes Sdn Bhd ini mula beroperasi pada tahun 2010 di Kampung Pandan, Kuala Lumpur, memperkenalkan kembali jenama Triumph di Malaysia. Ia dimiliki oleh Motoradic Sdn Bhd, sebagai pengimpot eksklusif dan dioperasikan oleh Fast Bike Sdn Bhd sebagai pengedar sah Triumph Motorcycles.

Para tetamu dapat menunggang uji motosikal yang disediakan.
Para tetamu dapat menunggang uji motosikal yang disediakan.

“Pembukaan bilik pameran premium Triumph ini menandakan komitmen kami untuk mengembangkan jenama Triumph di pasaran tempatan dan memberikan khidmat lepas jualan yang terbaik untuk kepuasan pelanggan setia kami,” kata Ketua Pegawai Operasi Fast Bikes Sdn Bhd, En. Razak Al- Malique. Menurutnya lagi, Fast Bikes Sdn Bhd akan membuka cawangan ketiganya di Pulau Pinang yang akan diumumkan kelak.

En. Joseph Perucca dari GIVI Asia bersama En. Razak Al-Malique.
En. Joseph Perucca dari GIVI Asia bersama En. Razak Al-Malique.

Pada hari yang sama, Fast Bikes Sdn Bhd juga turut menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan pengedar sah Triumph Motorcycles Singapura (Mah Pte. Ltd) dan dari Thailand (Britebike Co. Ltd). Dengan menandatangani perjanjian ini, ia dapat mengeratkan dan memperkembangkan hubungan antara para pemilik Triumph ketiga-tiga negara ini. Kini, gabungan pemilik Triumph akan lebih dikenali dengan nama Riders Association of Triumph atau pun secara ringkasnya RAT Pack.

GIVI Asia Sdn Bhd juga turut menandatangani perjanjian sebagai pembekal aksesori yang berkualiti seperti topi keledar, peti barang, cermin penghadang angin dan kelengkapan menunggang yang lain akan disediakan untuk para pelanggan di bilik pameran eksklusif ini.

Kumpulan pancaragam St John’s Alumni Pipe Band.
Kumpulan pancaragam St John’s Alumni Pipe Band.

Sesi pandu uji turut diadakan untuk media, ahli kelab Triumph RAT Pack dan orang ramai. Model-model motosikal yang disediakan adalah Daytona 675 ABS, Tiger Explorer 1200, Tiger Sport ABS, Tiger Explorer XC 800, Bonneville T100, Speed Triple R 1050, Thunderbird 1600 dan Trophy SE 1200. Ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mencuba kesemua model motosikal yang disediakan.

Majlis perasmian ini juga diserikan dengan persembahan alunan muzik kumpulan St John’s Alumni Pipe Band diikuti dengan jamuan makan tengahari yang menyelerakan. RR

Isu Pada

Januari 2014

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Zynergys & Helios Bekerjasama Dengan Beberapa Pasukan Yang Bertanding di MCP, ARRC dan MSF

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Tayar hadapan sebelah kanan sebuah treler pecah dipercayai punca kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Kilometer 58.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan di sini malam Khamis.

Warta Roda

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

Polis sedang menjalankan siasatan melibatkan insiden seorang penunggang motosikal dipukul penunggang lain di persimpangan lampu isyarat di Tampoi, di sini kelmarin.

Dari Litar

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

Perlumbaan MotoGP pusingan 2 di Argentina baru-baru ini ternyata memberikan kenangan manis buat pasangan adik beradik Marc dan Alex Marquez yang memenangi perlumbaan masing-masing di tempat pertama dan kedua. Platform media sosial 'meletup' dengan pelbagai video aksi kedua-dua pelumba tersebut.

Model Baru

Zonsen lancarkan 4 model terbaru - Cyclone RX650, RA600, RE600 & RT3E

Zongshen melancarkan 4 model terbaru iaitu CX650, RA600, RE600 & RT3E.