Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Januari 2014

Juara WSBK Tom Sykes Di Malaysia

Kali terakhir mesin hijau, Kawasaki menjuarai perlumbaan World Superbike Championship (WSBK) ialah pada tahun 1993 menerusi pelumba lagenda Scott Russell. Kini, selepas 20 tahun takhta itu kembali ke pasukan Kawasaki dengan kecemerlangan yang ditunjukkan oleh Tom Sykes pelumba dari Yorkshire, England yang mendominasi sembilan daripada 15 pusingan yang diadakan. Kejayaan Tom kali ini juga lebih manis apabila turut menganugerahkan Kawasaki dengan takhta Juara Jenama Pengeluar.

Para pelumba Ninja Cup mengambil peluang bergambar kenangan bersama juara dunia WSBK.
Para pelumba Ninja Cup mengambil peluang bergambar kenangan bersama juara dunia WSBK.

“Sukar untuk digambarkan perasaan saya hinggalah ke hari ini. Saya amat gembira dan berterima kasih kepada pasukan Kawasaki yang bekerja keras untuk memberikan sebuah mesin sehebat ini. Ternyata ZX10R menawarkan kehebatan yang sukar ditandingi dan saya amat berbangga menjadi salah seorang daripada mereka yang membawa kemenangan kepada pasukan ini,” kata Tom kepada pihak media sebelum mengadakan sessi bersama peminatnya di Sunway Giza pada 14 Disember lalu.

Kehadiran Kawasaki Lady Bikers memeriahkan lagi majlis pada hari itu.
Kehadiran Kawasaki Lady Bikers memeriahkan lagi majlis pada hari itu.

“Walaupun saya tidak dapat lama di Malaysia, tetapi segala layanan yang diberikan oleh pihak Kawasaki Malaysia cukup hebat. Saya pastinya akan kembali ke sini untuk melihat negara ini dengan lebih dekat dan berharap pihak Kawasaki nanti akan dapat membantu menjadikan percutian saya di Malaysia menjadi lebih indah,” tambah beliau.

En. Jeffrey Lim (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Tom Sykes.

Sorakan daripada para penyokong pasukan Kawasaki di Malaysia cukup gamat apabila Tom Sykes muncul di ruang legar Sunway Giza. Turut hadir memeriahkan lagi majlis pada petang itu ialah En. Jeffrey Lim, Pengurus Besar KMSB. Tom Sykes yang sentiasa memberi senyuman manisnya meluangkan masa lebih kurang dua jam untuk menandatangani topi keledar, baju-t, bandana, topi dan poster yang diberikan oleh peminatnya.

Seronoknya dapat tandatangan daripada Tom Sykes.
Seronoknya dapat tandatangan daripada Tom Sykes.


Selain dapat menyimpan barangan bersama tandatangan juara dunia itu, ada juga yang mengambil kesempatan untuk bergambar kenangan dengannya. RR

Isu Pada

Januari 2014

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Zynergys & Helios Bekerjasama Dengan Beberapa Pasukan Yang Bertanding di MCP, ARRC dan MSF

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

Boon Siew Honda turut memperkenalkan versi skuter terkini iaitu Honda NSS250 bagi tahun 2025.

Warta Roda

MODENAS Lancar Kempen 'Mai Servis Motor Sambut Raya'

Bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025, MODENAS telah melancarkan kempen "Mai Servis Motor Sambut Raya'.

Warta Roda

Nahas Dua Motosikal Dirempuh Kereta, Seorang Lagi Mangsa Meninggal Dunia

Seorang lagi mangsa kemalangan tiga buah kenderaan yang melibatkan dua motosikal dan sebuah kereta

Warta Roda

Dua Maut, Motosikal Dirempuh Kereta Langgar Lampu Isyarat Merah

Dua orang maut manakala tiga yang lain cedera parah selepas dua motosikal dirempuh sebuah kereta.