Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Januari 2014

Pusat Pameran DUCATI di Pulau Pinang

Setelah kejayaan pembukaan tiga pusat pameran yang eksklusif di wilayah Kuala Lumpur, Next Bike Sdn Bhd pengimport dan pengedar tunggal motosikal Ducati melebarkan lagi rangkaiannya ke wilayah utara tanahair dengan pelancaran bilik pameran dan pusat jualan keempatnya di Pulau Pinang.

Pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) ini terletak di Jalan Datuk Keramat, Pulau Pinang. Pembukaan pusat ini pada bulan November lalu memudahkan para pemilik Ducati di wilayah utara untuk mendapatkan khidmat yang terbaik dan mereka tidak perlu lagi berulang alik ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan khidmat servis dari mekanik yang mahir.

Menurut Naib Presiden Naza Motor Group, Encik Nik Danial Nik Mahmood, Next Bike Sdn Bhd menyasarkan peningkatan jualan di wilayah utara sebanyak 15% daripada jualan keseluruhan motosikal Ducati. Kini bilangan pemiliknya sudah mencecah 1,500 orang di seluruh Negara. Selain itu, peminat di utara juga boleh melihat pelbagai model motosikal Ducati dengan lebih dekat.

Sebanyak RM1.5 juta telah dilaburkan untuk cawangan Ducati yang terbaru ini, yang seluas 10,000 kaki persegi dan mempunyai empat tingkat. Bilik pameran motosikal di tingkat bawah menjual aksesori dan kelengkapan menunggang manakala pusat servis yang agak unik terletak di tingkat satu, pejabat urusan di tingkat dua dan tiga.
 
“Apabila pelanggan datang untuk servis motosikal, mereka boleh menunggu di ruang tetamu yang selesa bersebelahan ruangan servis dan dapat melihat apa yang mekanik lakukan kepada motosikal mereka. Motosikal akan dipindahkan dari tingkat bawah ke tingkat satu menggunakan lif yang disediakan,” kata Encik Kheoh Hock Seng, pengurus dan pemilik bilik pameran Ducati Pulau Pinang.

Next Bike Sdn Bhd juga akan membuka dua lagi pusat jualan Ducati iaitu di negeri Johor dan Sarawak pada awal tahun depan. Manakala untuk pantai timur Semenanjung Malaysia dijangka pada tahun 2015. RR

Isu Pada

Januari 2014

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Zynergys & Helios Bekerjasama Dengan Beberapa Pasukan Yang Bertanding di MCP, ARRC dan MSF

Disyorkan untuk anda
Model Baru

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

BENDA Malaysia telah memperkenalkan jentera cruiser kelas pertengahan untuk pasaran negara iaitu BENDA Chinchilla 500.

Dari Litar

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

Perlumbaan MotoGP pusingan 2 di Argentina baru-baru ini ternyata memberikan kenangan manis buat pasangan adik beradik Marc dan Alex Marquez yang memenangi perlumbaan masing-masing di tempat pertama dan kedua. Platform media sosial 'meletup' dengan pelbagai video aksi kedua-dua pelumba tersebut.

Warta Roda

Penunggang motosikal maut terbabas ke dalam parit

Seorang lelaki berusia 57 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan masuk ke dalam parit di Jalan Kampung Engkeramut.

Model Baru

Zonsen lancarkan 4 model terbaru - Cyclone RX650, RA600, RE600 & RT3E

Zongshen melancarkan 4 model terbaru iaitu CX650, RA600, RE600 & RT3E.