Yamaha Ego Avantiz Tampil Dengan Warna Baru - Harga RM5,998
Yamaha Ego Avantiz merupakan sebuah skuter berkuasa 125cc yang memiliki tubuh badan kompak dan hantaran kuasa lancar menerusi enjin 125cc, sistem penyejuk udara Yamaha Blue Core yang berkuasa 7.0kW pada 8,000rpm dan tork 9.6Nnmm pada 5,500rpm. Terbaru, HLYM telah mempertingkatkan spesifikasi jentera ini dengan piawaian Euro 4.
Untuk terus berdaya saing, kini terdapat tiga warna baru lebih segar iaitu Kelabu, Cyan dan Merah yang ditawarkan pada harga RM5,998.00 (tidak termasuk insurans & pendaftaran).
Model ini telah pun berada di semua pengedar sah Yamaha bermula pada 22 Disember 2022. RR
Popular