Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 1 September 2022

BMW Motorrad Malaysia Anjurkan BMW Motorrad GS Challenge 2022

BMW Motorrad Malaysia telah menghoskan lebih daripada 150 orang penunggang jentera kembara serta para peminat BMW Motorrad di acara BMW Motorrad GS Challenge yang julung-julung kalinya diadakan di Malaysia. Acara ini juga adalah bagi meraikan jiwa dan kecintaan sebenar GS dengan pengalaman di atas laluan mencabar.

Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia menyatakan, “BMW Motorrad GS Challenge ini mengimbau acara popular kami, International GS Trophy yang mengambil tempat di lokasi-lokasi ekstrim di seluruh dunia. Kami ingin membawakan sekali lagi keterujaan dan pengembaraan tersebut di Malaysia khusus buat para penunggang GS di sini. Ia adalah susulan acara kelayakan serantau yang telah kami anjurkan pada tahun 2017 yang lalu.”

“Saya percaya bahawa para peserta kita telah menikmati keseronokan, pengembaraan dan pelbagai cabaran dalam acara tersebut – yang hakikatnya merupakan ramuan bagi kelahiran jentera-jentera GS,” tambahnya lagi.

Cabaran kali ini telah menyaksikan para peserta menjalani ujian menunggang dan skill navigasi di samping cabaran individu di laluan ‘offroad’ yang cukup mencabar. Beberapa finalis terbaik telah terpilih untuk bersaing pada hari kedua bagi merebut peluang eksklusif untuk menyertai Kembara “Follow the Trails” (FTT) yang merupakan sebahagian daripada acara International BMW GS Trophy di Albania yang akan berlangsung pada bulan Oktober ini.

FTT memberi peluang kepada pemenang untuk menyusuri laluan seperti yang diguna oleh pesaing pertandingan International BMW GS Trophy2022.

Setelah cabaran ini berlangsung selama dua hari, empat finalis telah muncul sebagai pemenang BMW Motorrad GS Challenge dan akan menuju ke Albania untuk menyertai FTT Tour yang eksklusif! Pemenang-pemenang tersebut ialah Muhairi bin Muhammad, Rosmadi bin Saad, Niranjan a/l Visuvalingam dan Elis Suriani binti Johari. Tahniah diucapkan! RR

Isu Pada

September 2022

Popular

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Model Baru

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Model baru ini menyasarkan para peminat dua roda muda yang mementingkan gaya retro dengan spesifikasi moden.

Warta Roda

Operasi Khas Motosikal Besar-Besaran Bermula....

Operasi Khas Motosikal akan dijalankan secara besar-besaran bermula 1 November hingga 31 Disember di seluruh negara susulan peningkatan kadar kemalangan yang direkodkan pada tahun ini.

Model Baru

Triumph Trident 660 Baru Diperkenalkan. Harga asas RM46,900

Didi Group selaku pengimport dan pengedar rasmi Triumph Motorcycles di Malaysia telah melancarkan model terbaru Trident 660 yang akan tersedia dalam pasaran negara tidak lama lagi.

Model Baru

Honda CB1000 Hornet & CB1000 Hornet SP 2025 Dilancarkan Untuk Pasaran Eropah

Honda Eropah kembali dalam segmen Hypernaked dengan melancarkan model terbaru iaitu Honda CB1000 Hornet 2025.