Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 10 Jun 2019

Royal Enfield Malaysia One Ride 2019

Tanggal 28 April setiap tahun merupakan detik bersejarah bagi Royal Enfield di serata dunia. Dengan tema ‘Rides as One” dan pemilihan tarikh ini bagi penganjuran aktiviti tunggangan tahunan yang melibatkan 35 buah negara, merupakan kali kesembilan acara ini diadakan di seluruh dunia. Di negara India sahaja, ia telah diadakan di kira-kira 300 buah bandar. Agendanya adalah meraikan Semangat Penunggang Menunggang Bersama Royal Enfield (Passion motorcyclist have for motorcycling and for Royal Enfield Motorcycle). One Ride ini terbuka kepada semua pemilik Royal Enfield tidak kira sama ada penunggang baru mahu pun mereka yang berpengalaman serta dari segenap usia hinggalah berlatar belakang dan pelbagai identiti sosial. Antara bandar-bandar yang terlibat adalah Bogota, Medelin, Rome, Paris, London, Bangkok, Shah Alam, Jakarta, Katmandu, Dubai, Kuwait dan beberapa bandar lain.

Berpusat di Seksyen 15 Shah Alam, RE Motorcycles Sdn Bhd (Royal Enfield Malaysia) telah berjaya mengumpulkan seramai 40 orang peserta dan 37 buah motosikal Royal Enfield bagi penyertaan kali ini. Lumut, Perak terpilih sebagai destinasi kali ini. Perjalanan dijadualkan melalui Sungkai, berhenti seketika di tempat bersejarah Kelly Castle, menikmati makan tengahari di Pekan Manjung sebelum tamat di Lumut.

Bermula jam 8:00 pagi, acara dimulakan dengan penyampaian taklimat Pengurus Besar RE Motorcycles Sdn Bhd, En. M Syahrul berkenaan perjalanan dan keselamatan. Konvoi memulakan perjalanan menyusuri Lebuhraya Persekutuan yang cukup lengang daripada kesesakan hari bekerja. Keheningan pagi terpecah dengan deruman ekzos Himalayan, Classic dan Interceptor. Bunyi yang terhasil memang cukup mengagumkan. Gegak gempita bagaikan helikopter tentera.

Cuaca mendung sepanjang perjalanan menuju hentian rehat Rawang selesa dan menyegarkan. Di sini kami berhenti selama setengah jam untuk bersarapan. Purata kelajuan yang dibuat pada hari tersebut ialah 100 km/j yang bererti seminit bagi setiap kilometer. Ini merupakan bacaan standard bagi mereka yang biasa bergerak pada kelajuan malar.

Jam 9.20 pagi perjalanan diteruskan semula. Kedudukan konvoi teratur walaupun tiada penglibatan marshal sepanjang perjalanan. Inilah yang wajar dicontohi oleh kumpulan-kumpulan motosikal lain. Setelah hampir 200 kilometer perjalanan, kami tiba di Kelly Castle’s. Sebahagian daripada peserta menyertai kumpulan untuk menerokai kesan sejarah binaan tersebut manakala sebahagian lagi hanya santai berehat sambil menikmati minuman.

Cuaca tengahari agak mendung sedikit dan sebaik sahaja menyambung perjalanan hujan baru sahaja berhenti di laluan Gopeng ke Lumut. Perjalanan teratur walaupun seketika terputus semasa di lampu isyarat. Kami tiba di Manjung lebih kurang pada jam 12.00 tengahari untuk menjamu selera di sebuah restoran terkemuka di sini.

Destinasi dituju hampir sampai. Hanya tinggal 10 kilometer untuk ke garisan penamat Ride as One ini. Tepat jam 1.00 petang kami meluncur dengan gembira setelah perut diisi dengan muatan. Pekan Lumut menyambut kami dengan aliran trafik yang ringan. Tidak banyak kenderaan waktu ini. Kami berkumpul buat kali terakhir, bergambar kumpulan dan ada yang mengambil kesempatan membeli belah hasil laut di kedaikedai berhampiran.

Saudara Naren, 48 tahun dari Sg. Manggis Banting merupakan salah seorang daripada peserta kali ini. Beliau telah menunggang hampir 21 tahun dan baru sahaja memiliki Classic 500 yang merupakan motor idamannya. Dengan pujian “anda berjaya memilikinya” daripada ahli keluarga menjadikan beliau lebih bersemangat bermotosikal. Dalam tempoh dua bulan sahaja pelbagai aksesori asli Royal Enfield dipasang pada motosikalnya dengan modal yang mencecah RM4,000. Apa pun wang bukanlah ukuran tetapi kepuasan tidak terhingga yang dinikmati.

Walaupun Lumut adalah destinasi penamat, ada sekelompok peserta meneruskan perjalanan ke tempat lain, sebahagian pulang ke rumah manakala ada yang membuat keputusan untuk menetap sehari lagi di sini. Secara keseluruhan misi dan objektif acara ini berjaya dan mencapai matlamatnya. Diharap akan datang penyertaan lebih ramai lagi memandangkan pemilik motosikal Royal Enfield telah mencapai ratusan orang. RR

Isu Pada

Jun 2019

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Tahniah buat para pelumba muda negara telah mempamerkan aksi yang cukup hebat dalam saingan FIM MiniGP World Finals.

Warta Roda

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

RXZ Twin Boss V2 yang menang di AOS2024 dalam pertandingan Art Of Speed Invitational Bike Build Off akan dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024.

EICMA 2024: Skuter Adventure Maksi Pertama Dari KYMCO!

Kymco memperkenalkan skuter pengembaraan maxi pertamanya di EICMA.

Warta Roda

Operasi Khas Motosikal Besar-Besaran Bermula....

Operasi Khas Motosikal akan dijalankan secara besar-besaran bermula 1 November hingga 31 Disember di seluruh negara susulan peningkatan kadar kemalangan yang direkodkan pada tahun ini.