Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Disember 2015

Jelajah Kemboja Bersama Keeway TX200G

Subuh, 29 August 2015, dua buah motosikal Keeway TX200G telah memulakan perjalanan menuju ke Thailand dan Kemboja. Setelah bertemu dan membuat pemeriksaan akhir di R&R Rawang, Paul Koh dan Ahmad Gorden Omar menuju ke sempadan Bukit Kayu Hitam – Danok. Sahabat kami, Hazwan Hashim mengiringi dan bertugas sebagai back up.

Setelah selesai pemeriksaan kastam dan imigresen di Bukit Kayu Hitam dan Sadao, kami meneruskan perjalanan ke bandar Hat Yai dan singgah sebentar di wakil pengedar motosikal Benelli Thailand. Kami diraikan oleh Mr Bon, tuan punya kedai. Selepas berehat seketika, kami menuju ke stesen keretapi dikenali sebagai Hat Yai Junction. Ketiga-tiga penunggang dan jentera masing-masing menaiki keretapi menuju ke Nakhon Pathom, lebih kurang 920 kilometer ke utara. Lebih kurang 14 jam kemudian, kami tiba di destinasi yang dituju keesokan harinya, 30 Ogos pada pukul 10.30 pagi.

Di dalam  kawasan  Angkor  Wat.
Di dalam kawasan Angkor Wat.

Kami memeriksa motosikal masing-masing dan tanpa melengahkan masa, memulakan perjalanan menuju ke Nang Rong, Timur Bangkok, terletak lebih kurang 362 kilometer dari Nakhon Pathom. Perjalanan ini dijangkakan akan memakan masa lebih kurang enam jam. Kami membuat keputusan untuk berehat sehari lagi di Nang Rong, maklumlah keletihan. Disamping itu, kami telah berdepan dengan sedikit masalah.

Antara makanan  eksotik iaitu ular  goreng.
Antara makanan eksotik iaitu ular goreng.

Hazwan telah tercicir dokumen perjalanan yang penting akibat beg yang diikat telah hilang waktu perjalanan ke Nang Rong. Nasib menyebelahi kami kerana passport, wang perbelanjaan, dompet serta beberapa lagi dokumen penting Hazwan masih ada dengannya.

1 September. Kami berpecah untuk antara makanan eksotik iaitu ular goreng. Paul Koh, meneruskan perjalanan ke Ubon Rachathani, 286 kilometer dari Nang Rong manakala Hazwan dan saya ke balai polis Nang Rong untuk membuat laporan kehilangan dokumen. Di sini kami ingin mengingatkan bakal pengembara motosikal bahawa jangan kehilangan dokumen perjalanan anda. Kami bernasib baik, kerana sistem imigresen dan kastam Thailand sudah pun on-line dan untuk mendapatkan salinan dokumen tersebut adalah agak senang.

Orang tempatan begitu mesra.
Orang tempatan begitu mesra.

Setelah salinan dokumen diperolehi, kami ke Ubon Rachitani untuk bertemu dengan Paul yang menunggu di sana. Kami bersatu kembali, bermalam di Hotel A+Plus dan sempat bertemu dan menjamah makanan tempatan bersama seorang rider Malaysia, tetapi sudah bermastautin di Thailand, En. Mazlan Mustafa yang juga sepupu kepada penulis.

Menikmati makanan  tempatan.
Menikmati makanan tempatan.

Keesokan hari, 2 September. Kami melawat wakil pengedar motosikal Benelli di Ubon Rachathani, Yak Motors dan bertemu dengan Mr. Sam serta kakitangannya. Kami berbangga kerana dari segi sokongan, rangkaian Benelli dan Keeway di Thailand adalah amat berkesan dan padat. Di sini, kami membuat pemeriksaan serta memperbetulkan motosikal masing-masing sebelum bertolak ke sempadan Thailand – Kemboja.

Sudah berjaya  sampai di Angkor  Wat, Kemboja
Sudah berjaya sampai di Angkor Wat, Kemboja

Pada permulaannya, kami merancang untuk memasuki Kemboja menerusi laluan sempadan Chong Chom - O’Smachs. Tetapi, setelah mengira waktu perjalanan dan harus mengejar waktu sebelum sempadan tutup pada jam 7 petang, kami bermuafakat dan bersetuju untuk menukar laluan. Kami memasuki Kemboja menerusi laluan Cheong Sa Ngam melalui Si Sa ket / Surin, terletak lebih kurang 164 kilometer dari Ubon Rachathani.

Mujur kami selamat tiba di pusat kawalan laluan sempadan Cheong Sa Ngam. Tinggal hanya beberapa ratus meter sahaja sebelum melangkah masuk ke negara Kemboja. Para riders telah melakukan proses berkenaan dengan kastam dan imigresen di sana untuk keluar ke Kemboja. Tiada masalah langsung ditempuhi untuk memasuki Kemboja menerusi laluan Cheong Sa Ngam.

Jam sudah menunjukkan pukul 8.00 malam, kami menuju ke kota Siem Reap, lebih kurang 149 kilometer sahaja dari Chong Sa Ngam. Jalan ke Siem Reap memang mencabar kerana kegelapan yang amat sangat. Tiada garisan putih, tiada “cats-eyes” atau petanda yang terang. Selain itu, kami terpaksa mengharungi keadaan sekeliling yang diselubungi asap tebal akibat pembakaran sisa padi yang baru dituai oleh petani sepanjang jalan. Jalan pula agak berlopak dan dipenuhi bahagian tidak rata. Cukup mencabar!

Lebih kurang 100 kilometer dari kota Siem Reap, motosikal kehabisan minyak dan terpaksa membeli “minyak botol” daripada sebuah kedai yang terletak di tepi jalan. Walaupun perjalanan memang mencabar, tetapi kami selamat tiba pada pukul 10.00 malam.

“Akhirnya… kita berjaya!!” teriak Paul Koh.” Manakala saya amat bersyukur selepas mengharungi pelbagai rintangan dan halangan. Sudah berjaya sampai di Angkor Wat, Kemboja. Orang tempatan begitu mesra. Menikmati makanan tempatan.

Menunggu  keretapi di  Nakhom Pathom.
Menunggu keretapi di Nakhom Pathom.

“Keeway TX200G telah berjaya ke Kemboja!!!! tambah Paul Koh lagi. 3 September: Kami terpaksa menutup lampu depan motosikal masing masing kerana di Kemboja adalah dilarang untuk bermotosikal menggunakan lampu pada siang hari. Tanpa melengahkan masa, kami menuju ke mercu tanda Kemboja, candi Angkor Wat.

Kami tiba di Angkor Wat yang merupakan tapak bersejarah dan pusat heritage yang terkenal di seluruh dunia. Kami meluangkan masa lebih kurang sehari untuk menikmati pemandangan di sekitar candi Angkor Wat yang mempunyai kehebatan sejarah dan rekabentuk pembinaannya. Kami sempat juga bergambar dengan polis pelancong di sini dengan menggunakan jentera Keeway TX200G! “Ini sungguh tidak disangka dan amat menakjubkan” kata Paul Koh.

Bergambar kenangan bersama  anggota polis Kemboja.
Bergambar kenangan bersama anggota polis Kemboja.

Pada 4 September kami ke sempadan dan memilih untuk keluar di check-point Poi Pet Aranyaphrathet. Kami menggunakan jalan No. 33 sejauh 154 kilometer. Jalan di sini pula menawarkan pemandangan yang cantik dengan kehijauan sawah padi di kiri dan kanan sepanjang perjalanan. Sebelum sampai ke Poipet / Aranyaphrathet, kami berhenti seketika di sebuah gerai yang menjual pelbagai makanan ringan yang agak mengerikan seperti cengkerik goreng, ular padang goreng dan sebagainya.

Bergambar  bersama  kakitangan  Benelli
Bergambar bersama kakitangan Benelli

Perjalanan ke Poi Pet diteruskan dengan tunggangan santai sambil menikmati pemandangan yang menarik sepanjang perjalanan ke sempadan. Walau menempuh hujan yang sangat lebat, kami masih mampu meneruskan perjalanan.

Perjalanan jauh  ditempuhi dengan  gagah oleh dua buah  Keeway TX200 G
Perjalanan jauh ditempuhi dengan gagah oleh dua buah Keeway TX200 G

Selepas lebih 6 jam menunggang, kami tiba di stesen Nakhom Pathom, hanya untuk mendapat tahu bahawa keretapi yang dikejarkan tidak mempunyai ruang lagi untuk memuatkan motosikal kami. Oleh kerana sudah malam, kami membuat keputusan untuk bermalam sahaja di kota Nakhon Pathom.

Di persekitaran kota  bersejarah Angkor Wat.
Di persekitaran kota bersejarah Angkor Wat.

Tanggal 5 September, kami menunggang ke stesen keretapi Hua Lamphong di Bangkok dan menaiki keretapi pulang ke Hatyai. Keadaan keretapi selesa dan siap dengan tempat tidur berhawa dingin. Kami berpeluang untuk berehat secukupnya kerana kami memerlukan tenaga untuk bermotor ke Malaysia sejauh lebih daripada 500 kilometer lagi.

Menaiki  keretapi dari  Bangkok ke  Hat Yai.
Menaiki keretapi dari Bangkok ke Hat Yai.

6 September. Sedap sungguh rasa roti telur dan kopi ais yang disajikan oleh restaurant halal di Hat Yai ini,” kata Paul. Mungkin dah rindu nak balik KL. Kami singgah di Benelli Hatyai kembali untuk bertemu dengan Mr. Bon dan Mr. Bell sebelum menyeberangi sempadan Thailand – Malaysia di Danok pada lebih kurang pukul 1.30 petang.

Sebelum pulang  ke Malaysia,  makan dulu roti  telur di Hat Yai
Sebelum pulang ke Malaysia, makan dulu roti telur di Hat Yai

Sambil berehat dan mengisi minyak di stesen Petronas Changlun, sempat kami mengenang kembali pengembaraan yang penuh bermakna ini. Hazwan berpecah dengan kami untuk menuju ke Pulau Pinang bertemu dengan kawan-kawan. Sementara kami memulakan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Di kastam/imigresen Kemboja
Di kastam/imigresen Kemboja

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pirelli, GIVI, Benelli Keeway Motorcycles Malaysia Sdn Bhd, ELF, Scoyco dan Flexiroam atas segala sokongan yang diberikan. RR

Oleh: Ahmad Gorden Omar

Isu Pada

Disember 2015

Popular

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

  • Pandu Uji

    MODA Sporter-S 250: Sesuai Untuk Kegunaan Bandar

  • Warta Roda

    Kementerian Kerja Raya (KKR) Bangunkan Kemudahan Asas Lebih Selamat Buat Penunggang Motosikal

Artikel berkaitan

Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

Kementerian Kerja Raya (KKR) Bangunkan Kemudahan Asas Lebih Selamat Buat Penunggang Motosikal

Mforce Bike Holdings Rancang Untuk Anjurkan MFORCE MOTORSHOW 2026

Motosikal dihanyut banjir. Mujur mangsa selamat.

MODENAS Elegan EX 'Facelift': Gaya & Ciri Dipertingkatkan. Harga asas RM17,780

Honda Vario 160 Terima Tiga Warna Baru - Bermula RM10,198

Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Saingan PETRONAS Cub Prix 2025 telah pun dilancarkan di LYL International Karting Circuit semalam.

Warta Roda

Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

MOT telah menyumbang sebanyak 55 unit motosikal jenama Yamaha Ego Avantiz kepada penduduk terjejas dalam insiden letupan paip gas.

En. Kunitomo Asano, Pengarah Urusan & CEO Baru Boon Siew Honda

Boon Siew Honda mengalu-alukan En. Kunitomo Asano sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, menggantikan Encik Mitsuharu Funase yang telah dilantik sebagai Pengurus Besar Bahagian Lumba Motosikal di Honda Racing Corporation.

Model Baru

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

Didi Group selaku pengedar jenama ikonik di Malaysia, Vespa telah melancarkan model terbaru iaitu GTS 300 Classic untuk pasaran tempatan.