Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 28 Oktober 2022

Yamaha Y16ZR 2022 Hadir Dengan Tiga Warna Serba Baru - Harga Asas Kini RM11,118

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah memperkenalkan tiga warna baru bagi model supermoped mereka iaitu Yamaha Y16ZR 2022. Warna-warna baru tersebut adalah Glacier White, Phantom Neon & Flaming Silver.

Dari segi spesifikasi masih lagi sama, Y16ZR menggunakan enjin 155cc VVA, SOHC, 4-lejang, sistem penyejuk cecair dengan teknologi VVA (Variable Valve Actuation). Enjinnya menawarkan kuasa maksimum 13.2kW (17.7hp) pada 9,500rpm dan 14.4Nm pada 8,000rpm. Manakala enjin bertransmisi 6-kelajuan ini turut dilengkapi dengan sistem klac jenis Assist & Slipper untuk pecutan yang sempuran.

Antara ciri-ciri lain seperti paparan meter LCD, lampu-lampu led, fork hadapan jenis teleskopik, penyerak hentak tunggal belakang, tangki bahan api 5.4 liter, tinggi pelana 795mm, berat 119kg dan brek-brek jenis cakera.

Menurut pihak HLYM, harga runcit yang disyorkan bagi Y16ZR ini naik kepada RM11,118 (tanpa pendaftaran & insurans) dengan waranti selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu). Pemilik juga turut menerima brek cakera Yamaha bernilai Rm100. Model ini sudah berada di semua pengedar sah Yamaha bermula 27hb Oktober 2022. RR

Isu Pada

Disember 2022

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Bermodalkan RM700, seorang pesara guru mengubah suai motosikalnya sebagai pe­ngangkut sampah dan me­lakukan kerja-kerja mengutip sampah secara sukarela di Kampung Lanai, di sini.

Warta Roda

GIVI Convoy MotoGP Ride & Camp 2024

GIVI Asia Sdn Bhd telah menganjurkan GIVI Convoy MotoGP Ride & Camp 2024 pada 2 & 3 November yang disertai sekitar 100 orang peserta hampir dari seluruh semenanjung negara, termasuk dari Perlis.

Warta Roda

Lebih 100 Buah Motosikal Terbakar Di Depoh Simpanan DBKL

Sebanyak 130 buah motosikal yang diletakkan di depoh penyimpanan kenderaan tersadai milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Taman Connaught telah terbakar.

Dari Litar

Qabil Irfan Raih Podium Di Sepanyol

Qabil Irfan menunjukkan prestasi cemerlang di Spanish Superbike Championship Moto4 Round 6 yang berlangsung di Litar Navara, Sepanyol.