Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 10 Disember 2015

Rolling Wheels 2015 : Kumpul Pencinta Motosikal Di Tepi Pantai

Perjalanan ini digelar Back To Nature yang dapat saya lakukan bersama Noorhaniza Bt. Mohd Noor @ Aye, yang bukan sahaja minat dengan dunia motosikal tetapi juga sukan lain daripada yang lain. Seperti saya, Aye seorang penunggang dual purpose (DP) kali ini menunggang sebuah jentera Royal Enfield Continental GT 535 (café racer), yang ditaja oleh Royal Enfield Malaysia. Aku pula berpeluang 'melayan' Royal Enfield Classic 500 bersilinder tunggal, empat lejang dan twin spark yang ditaja oleh MotoMoto.

Kru Rolling Wheels bersama peserta yang ceria
Kru Rolling Wheels bersama peserta yang ceria

Jam 9.30 pagi, kami bersama Abang Fadil yang juga menunggang sebuah Royal Enfield 500 bersama anaknya dan rakan-rakan yang lain, berkumpul untuk memberi sokongan kepada acara Rolling Wheels 2015 yang diadakan di Pantai Balok, Kuantan pada 18 hingga 20 September lalu.

Ms Aye Casadio (kiri) dari jepun  bersama kru Rolling Wheels.

Memang mengujakan! Royal Enfield Classic ini, rasa sangat selesa buat wanita yang bergelar Tok Mama macam saya ini. Jentera ini rendah, cukup senang untuk mengendalikannya. Ia tidaklah seberat Kawasaki KLE 500 (model 1993) yang pernah aku miliki dulu - memang agak berat untuk wanita yang dah berumur seperti aku.

Motosikal siapa  yang paling gagah  dan tangkas dengan  menolak tong dram.
Motosikal siapa yang paling gagah dan tangkas dengan menolak tong dram.

Acara Rolling Wheels 2015 dianjurkan oleh kelab Bajaros Malaysia MC manakala koordinator acara ini dipertanggung jawabkan kepada Soul Bikers yang mempunyai lebih kurang 16 orang ahli berusia dalam lingkungan 16 hingga 30 tahun. Bajaros Malaysia ditubuhkan pada tahun 1998 dan terdiri daripada para pencinta motosikal berbagai jenis. Selepas agak menyepi hampir 10 tahun, mereka kini bangkit semula dengan penganjuran acara unik dan menarik ini.

Perlumbaan unik yang  diadakan di tepi pantai
Perlumbaan unik yang diadakan di tepi pantai

Menurut Presiden Bajaros Malaysia, En. Razman Hamid, idea untuk menganjur program ini wujud ketika di Cherating untuk majlis perjumpaan semula ahli-ahli Bajaros. Rolling Wheels 2015 ini memberi peluang kepada para peserta untuk menikmati pengalaman berehat dan bermalam di dalam khemah. Turut diadakan ialah beberapa acara pantai motosikal seperti siapa yang paling gagah dan tangkas dengan menolak tong dram yang memang lucu dan menarik.

Dari Terengganu,  Paka BSA Club.
Dari Terengganu, Paka BSA Club.

Kadar sewaan khemah di sini mengikut saiz. Demi keselesaan saya dan Aye, kami menyewa khemah bersaiz untuk empat orang pada harga RM140 untuk dua malam. Bagi peserta yang membawa khemah sendiri, bayaran tapak yang dikenakan hanya RM20 sahaja.

Selebriti Cat Farish (dua dari  kanan) turut memeriahkan  Rolling Wheels 2015.

Kami meronda-ronda dengan santai sambil mengambil gambar. Sempat juga berkenalan dengan rakan-rakan baru dan bergurau senda bersama kenalan lama. Antara kumpulan motosikal yang sanggup bermotor dari Kuala Lumpur ialah Kehidupan Skuter Manual yang juga popular dengan panggilan KSM yang sudah dua kali menyertai acara ini.

Geng Kak Long.
Geng Kak Long.

Turut memeriahkan acara ialah Paka Vespa Gang, Supermotard Kuantan yang turut disertai oleh seorang ibu yang telah hampir dua tahun berjinak-jinak dalam dunia permotoran. Sebelum waktu senja, ada di antara peserta yang mula mencari kayu api sekitar pantai untuk buat unggun. Seronok pula! Kami pun tidak melepaskan peluang... jom cari kayu api!

Sabtu, 19 September 2015

Pagi-pagi lagi, ada yang cukup gagah dan bersemangat untuk terjun ke laut. Bagus juga bangun awal, takut nanti kalau lambat kena beratur di depan bilik mandi.

Jam 10.00 pagi, pertandingan pantai dimulakan. Acara ini memerlukan setiap peserta menggunakan motosikal masing-masing untuk menolak tong dram yang diletakkan di atas pantai. Memang susah rupanya tetapi ia satu pertandingan yang sangat menghiburkan! Kami semua kemudiannya dihiburkan oleh selebriti terkenal, Cat Farish.

Ber‘wheelie’ di  tepi ombak begitu  mengasyikan.
Ber‘wheelie’ di tepi ombak begitu mengasyikan.

Semasa berlegar-legar di kawasan khemah, sempat saya berkenalan pula dengan seorang rider wanita berasal dari Jepun bernama Aya Casadio. Aya jatuh cinta pada dunia permotoran pada usia 19 tahun dan motosikal pertamanya ialah Yamaha DT50. Aya pernah menyertai pasukan motocross di Jepun dan mula menjejakkan kakinya di Malaysia pada tahun 1998. Oleh kerana bersuamikan warga Itali, Aya kemudian menetap di Eropah sehinggalah pada tahun 2014. Dia kembali semula ke Malaysia dan Rolling Wheels Dari Terengganu, Paka BSA Club. 

Motor rosak,  sendiri juga  yang kena  baikinya.
Motor rosak, sendiri juga yang kena baikinya.
Bersiap sedia untuk berlumba!
Bersiap sedia untuk berlumba!

Seperti tahun yang lalu, acara kemuncak Rolling Wheels ialah berlumba atas pasir. Perlumbaan ini terbuka kepada dua kategori, iaitu untuk jentera di bawah 250cc dan atas 250cc. Bermacam-macam jenis motosikal yang mengambil bahagian! Ada Scrambler, Lambretta, Vespa classic & moden, naked, chopper dan motor yang sudah diubahsuai. Pemenang untuk 250cc ke bawah dimenangi oleh Adi yang menunggang Scrambler, Amir pemilik Vespa dan Amin (Scrambler). Pemenang untuk kategori 250cc ke atas pula dimenangi oleh Ramzi (Yamaha SR), Afiq (Kawasaki 650) dan bro Ayip yang menunggang Kawasaki W800.

Peluang berkumpul bersama  rakan taulan dan keluarga.
Peluang berkumpul bersama rakan taulan dan keluarga.

Lebih kurang jam 8.30 malam kami dihiburkan oleh sebuah band yang dijemput oleh penganjur. Turut diadakan pada masa yang sama ialah majlis penyampaian hadiah buat para pemenang race pantai tadi.

Masuk gear  guna tangan  lebih laju!
Masuk gear guna tangan lebih laju!

British Bike Club Kelantan juga tidak melepaskan peluang untuk sama-sama berinteraksi. Ditubuhkan sejak 11 tahun yang lalu dan diketuai oleh En. Wan Zulkifli Wan Kassim yang telah memiliki berbagai jenis jentera klasik seperti BSA, B31, Triumph Speed Twin, AJS dan Triumph Bonneville 120. Sebanyak 16 buah motor klasik bersama rakan-rakan yang membawa Combee Transporter dan VW Beetle turut membawa keluarga mereka masing-masing.

Antara kelab motosikal yang hadir di Rolling Wheels
Antara kelab motosikal yang hadir di Rolling Wheels

Terima kasih buat En. Razman Hamid, penganjur Rolling Wheels dan rakanr-akannya yang telah bekerja keras menjadikan acara tahunan ini cukup menarik, unik dan menyeronokkan. RR

Oleh: NZ York

Chopper Custom pun nak  berlumba juga
Chopper Custom pun nak berlumba juga

Isu Pada

Disember 2015

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Tahun 2024 juga menyaksikan rekod baru jumlah kehadiran penonton sepanjang musim ini mencecah 3,033,255 orang. Ia adalah pencapaian terbaik setakat ini sejak 75 tahun penganjuran MotoGP.

Warta Roda

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Penunggang motosikal maut dalam nahas melibatkan tiga buah kenderaan.

Warta Roda

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut setelah terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Batu 6, Jalan Kangkar Baru Paloh, Yong Peng, jam pukul 10.15 pagi semalam.

Model Baru

Triumph Trident 660 Baru Diperkenalkan. Harga asas RM46,900

Didi Group selaku pengimport dan pengedar rasmi Triumph Motorcycles di Malaysia telah melancarkan model terbaru Trident 660 yang akan tersedia dalam pasaran negara tidak lama lagi.