Pirelli ANGEL™ CiTy : Tiada Yang Menghalang Anda
Jenama Pirelli sudah tidak asing lagi dalam dunia permotoran. Ia terkenal sebagai tayar yang berkualiti dan berprofil tinggi. Produk-produk yang dikeluarkan oleh Pirelli bukan sahaja mendapat sambutan yang hebat daripada kalangan penunggang motosikal di seluruh dunia tetapi juga diberi kepercayaan dan pengiktirafan di dalam perlumbaan WSBK sebagai penaja tayar rasmi sejak tahun 2004 sehinggalah sekarang.
Bermula dengan penglibatan Pirelli di dalam perlumbaan popular itu, pelbagai model tayar telah dihasilkan untuk kegunaan para pelanggannya yang sentiasa mahukan kualiti dan prestasi yang terbaik untuk jentera kesayangan mereka. Tidak kira untuk perlumbaan ataupun untuk kegunaan harian. Pelbagai saiz dan kualiti tayar telah diperkenalkan bermula dari kelas sportbike, motorcross dan skuter. Namun, harga juga menjadi faktor terpenting untuk menjadikannya pilihan utama kepada para pengguna.
Setelah kejayaan model tayar Diablo Rosso II (R) yang dilancarkan pada tahun lalu di Thailand, kini Pirelli sekali lagi memberi kejutan dan pilihan terbaru kepada pengguna motosikal di rantau ini. Produk ini adalah dicipta khas untuk pasaran Asean dengan harga yang lebih murah dan berbaloi untuk digunakan. Kini Pirelli melengkapkan pilihan tayarnya kepada pengguna dengan lebih meluas.
Tayar terbaru yang dimaksudkan adalah ANGEL™ CiTy yang telah dicipta dan dibangunkan khas untuk motosikal kelas Bergambar kenangan di puncak gunung berapi Tangkuban Perahu. Tarian tradisional Pulus menyambut tetamu di Restoran Kampung Daun. Wartawan jemputan sedang menguji tayar Pirelli ke puncak Tangkuban Perahu. sehingga 300cc, moped dan skuter yang sering digunakan di dalam bandar dan untuk tujuan rekreasi. Tayar ini dilahirkan dari keluarga ANGEL yang menawarkan ketahanan yang tinggi serta cengkaman terbaik di dalam kelasnya.
Ribuan terima kasih kepada pihak pengedar tayar Pirelli di Malaysia iaitu South East Asia Auto Parts Sdn. Bhd. (S.E.A) kerana memberi peluang kepada RR untuk merasai kehebatan tayar terbaru ini.
Majlis pelancaran dan sesi pandu uji bersama media untuk pasaran negara Asean dan Asia Timur telah diadakan di Subang, Jawa Barat, Indonesia pada bulan Oktober lalu. Antara beberapa orang wartawan yang telah dijemput menghadiri majlis pelancaran dan sesi pandu uji adalah dari Indonesia, Thailand, Malaysia, Singapura, Korea Selatan, Jepun, Taiwan, Vietnam dan Filipina.
Menurut Pengarah Jualan Antarabangsa, En. Gianluca Renato, Pirelli melihat potensi yang besar dalam pasaran motosikal moped dan skuter sehingga kelas 300cc terus berkembang terutama sekali di negara Indonesia, Thailand termasuk juga Malaysia. Di dalam segmen ini ramai penunggang muda amat memerlukan tayar yang berkualiti dan sporty dengan harga yang berpatutan serta tahan lasak untuk kegunaan harian mereka. Pirelli menawarkan tayar yang amat sesuai digunakan di mana sahaja tidak kira di dalam kesesakan bandar mahupun menjelajah ke mana sahaja.
Rekabentuk Bunga Tayar ANGEL™ CiTy:
Selain mewarisi rekaan tayar ANGEL ST dan GT, bentuk bunga tayar ANGEL™ CiTy yang terbaru ini telah dibangunkan mengikut prinsip wear-line bagi menjamin sentuhan tayar pada permukaan jalan yang basah dengan optimum dan meningkatkan penyebaran air. Selain itu, rekaan bunga tayar pada bahagian ini juga meningkatkan cengkaman ketika kita sedang miring di selekoh. Pada bahagian tengah pula mengurangkan tahap geseran untuk memberikan jarak perjalanan yang lebih jauh. Menurut pihak Pirelli, tayar ANGEL™ CiTy ini mampu bertahan sehingga lebih 12,000 km atau lebih 30% ketahanan berbanding produk pesaing.
Ia turut menggunakan bahan berkualiti tinggi yang menjadikan tayar ini menyamai prestasi tayar-tayar sportbike. Ciri-ciri ini menjanjikan kestabilan dan keyakinan tinggi untuk semua jenis permukaan jalan dan cuaca ekstrim terutama sekali di kebanyakan negara-negara Asean.
“Walaupun saiz adalah sama, terdapat beberapa perbezaan yang ketara antara rekabentuk bunga hadapan dan belakang. Hasil daripada R&D yang dilakukan oleh pasukan kami mendapati bahawa tayar hadapan dan belakang menghadapi pelbagai tekanan yang Getah asli adalah bahan asas pembuatan tayar. Salah seorang pekerja sedang memeriksa tayar. Kilang tayar Pirelli yang terletak di Subang, Jawa Barat seluas 62 ekar. Pirelli menggunakan mesin-mesin tercanggih untuk menghasilkan tayar yang berkualiti tinggi. berbeza antara kedua-duanya. Bahagian hadapan bertindak sebagai pengendalian, membrek dan penyebaran air. Manakala untuk belakang, bertindak sebagai penerima kuasa putaran enjin ketika memecut laju. Jadi, kami ciptakan tayar ANGEL™ CiTy ini khusus untuk motosikal yang lebih rendah kuasa enjinnya dan yang paling penting sekali, tayar hadapan tidak boleh digunakan untuk dipasang pada tayar belakang atau sebaliknya kerana akan menjejaskan prestasi keseluruhannya,” kata En. Piero Misani, Pengarah Perindustrian dan R&D Global Pirelli.
Struktur ANGEL™ CiTy
ANGEL™ CiTy mempunyai sarung nilon dengan ciri-ciri penyerapan yang sangat baik dan mampu menahan rintangan dan tekanan yang tinggi. Ini adalah struktur yang terkenal, digunakan secara meluas dan diuji dalam pelbagai aplikasi. Ciri-ciri utamanya ialah ketahanan dan rintangan, dan juga keselesaan dan kestabilan pada semua jenis jalan raya. Selesai majlis pelancaran, para wartawan dibawa melawat kilang Pirelli (seluas 62 ekar) yang mengambil masa selama 20 minit. Tayar ANGEL™ CiTy ini telahpun diproduksi di kilang yang terletak di Subang, 40km daripada pusat bandaraya Jakarta dan proses R&Dnya juga dilakukan di negara ini. Indonesia dipilih menjadi hab pengeluaran tayar Pirelli di rantau ini kerana kos buruh yang rendah. Bahan mentah seperti getah asli pula amat mudah diperolehi. Kilang ini adalah yang tercanggih peralatannya yang dibawa khas dari Pirelli Itali.
Sesi Ujian Tayar
Selepas majlis pelancaran, para wartawan dibawa pula ke tempat ujian tayar yang terletak di kaki gunung berapi Tangkuban Perahu. Pihak Pirelli telah menyediakan sebanyak 50 unit motosikal berkuasa 150cc dan 250cc yang terdiri daripada Yamaha R15, Yamaha R25, Kawasaki Ninja 250R, Ninja 250SL dan Honda CBR250R yang telah lengkap dipasangkan dengan tayar Pirelli terbaru ini. Selesai taklimat, para peserta dibahagikan kepada empat kumpulan supaya pengawalan lalu-lintas di jalan pergunungan ini lancar dan selamat. Para wartawan diiringi oleh pasukan Polis Indonesia bersama beberapa orang marshal terlatih.
Masing-masing berpeluang untuk menguji kehebatan ANGEL™ CiTy ini. Sepanjang perjalanan mendaki ke puncak kawah gunung berapi, kita akan dihamparkan pemandangan yang indah dengan ladang teh yang menghijau, sawah padi yang ditanam di lereng-lereng bukit dan udara yang nyaman dengan suhu sekitar 15 darjah Celcius. Begitu mengasyikkan.
Walaupun diuji dalam keadaan suhu yang rendah, ANGEL™ CiTy ini tetap mempamerkan prestasi cemerlang dengan cengkaman tayar di luar jangkaan. Terasa seperti ketika menunggang di dalam suhu yang panas. Tiada getaran ataupun terasa tayar mengelungsur yang boleh mengganggu konsentrasi kita untuk terus melayan selekoh seperti seorang profesional. Asyik dengan kemantapan prestasinya, kami sudah tiba di puncak kawah Gunung Tangkuban Perahu. Para wartawan dan wakil Pirelli sempat bergambar kenangan. Setelah puas bergambar dan membeli ole-ole di situ, semua peserta menaiki Pariwisata (Bas pelancongan) untuk ke majlis makan malam di Restoran Kampung Daun yang terletak sejauh 40 minit perjalanan menurun dari puncak Tangkuban Perahu (Gunung ini dinamakan sedemikian kerana mirip sebuah sampan terbalik di puncaknya).
ANGEL™ CiTy boleh didapati dalam pelbagai saiz yang bakal memenuhi permintaan para penunggang. Ia terdiri daripada saiz untuk motosikal moped, skuter dan sportbike berkuasa sehingga 300cc seperti Benelli TnT300 dan Kawasaki Ninja 300R ABS yang dipasarkan di Malaysia. Menurut En. On Seng Gee, Pengurus Besar South East Asia Auto Parts Sdn Bhd setakat ini hanya dua saiz 17 inci untuk moped sahaja yang boleh didapati daripada pengedar sah Pirelli di Malaysia iaitu 70/90 -17 M/C 38S TL (hadapan) dan 80/90 -17 M/C 44S TL (belakang). Mulai tahun hadapan, pelbagai saiz sehingga 150/60 -17 M/C 66S TL akan mula menjengah pasaran. Harganya amat mengujakan dan ianya bakal diumum nanti sudah tentu ianya berbaloi untuk dipasang pada motosikal anda! RR
Popular