Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 10 Jun 2019

Harley-Davidson Media Ride Ke Melaka

Pada 9 April lalu, RR diberikan peluang menunggang uji beberapa model HarleyDavidson (H-D) menerusi acara Harley-Davidson Media Ride dari ibu pejabat H-D Malaysia di Gasket Alley, Petaling Jaya ke Melaka. Menurut Pengurus Besar Didi Resources, En. Juan Chow Wee, tujuan utama sesi tunggang uji ini adalah untuk memberi peluang merasai perbezaan dan inovasi yang dicapai oleh HD khususnya dalam pembangunan enjin Milwaukee-Eight untuk jentera touring seperti H-D Road Glide dan H-D Street Glide.

Dalam sesi tunggang uji ini, RR terlebih dahulu menunggang H-D Davidson Road Glide 2011 103ci dan H-D Road Glide Ultra 2011 103ci. Secara ringkasnya kedua-dua model ini memiliki enjin yang berkuasa tinggi dan posisi menunggang yang selesa tetapi terdapat sedikit kelemahan seperti sistem audio kurang jelas, tahap gegaran yang agak kuat, corak hantaran kuasa yang kurang efisien dan haba panas dari enjin yang benar-benar mengganggu.

Selepas menunggang dua buah jentera H-D lama, pengalaman menunggang bertukar 100% apabila memanjat ke atas H-D Street Glide 107ci 2018 dan H-D Road Glide 114ci 2019. Pengendalian jentera ‘besar’ ini di tengah-tengah bandar Melaka jauh lebih menyeronokkan kerana sistem transmisi model baru ternyata lebih lancar. Posisi menunggangnya tidak jauh beza berbanding modelmodel terdahulu tetapi peningkatan spesifikasi enjin dan sistem elektroniknya menjadi faktor penting untuk tunggangan lebih baik.

H-D Street Glide 2018 didatangkan dengan enjin Milwaukee-Eight bersesaran 1,746cc yang mempunyai kuasa tork yang hebat. Kuasanya dapat dirasakan dalam setiap pulasan pendikit manakala posisi menunggang yang selesa membolehkan kita menunggang ratusan dan ribuan kilometer tanpa rasa penat.

Walaupun saiz tapak rodanya yang cukup panjang (1,549mm), jentera ini tidaklah sukar untuk dikawal sungguhpun dalam ruang yang terhad. Model ini dilengkapkan dengan lampu jenis LED dan DRL yang memiliki suluhan cukup cerah. H-D Street Glide disempurnakan menerusi rekaan panel meter TFT penuh warna dengan sistem audio yang cukup mantap.

Enjin model ini juga sudah tidak lagi memberikan haba panas lampau sebaliknya kami dapat menunggangnya dengan cukup selesa walau di mana sahaja dan dalam kelajuan apa sekalipun. Dengan tangki sebesar 22 liter, H-D ini mampu membawa pemiliknya mengembara jauh dengan cukup selesa. Ruang kotak barang sisinya yang besar membolehkan kita membawa pelbagai jenis barangan dengan mudah.

Model Road Glide 2019 pula memiliki rupabentuk yang agresif dan cukup menawan. Tubuh badannya yang besar bergaya ini disempurnakan dengan enjin Milwaukee-Eight 114ci bersesaran 1,868cc. Model baru ini disempurnakan dengan panel meter TFT Skrin Sentuh yang cukup moden. Walaupun menggunakan sarung tangan, kita boleh menyentuh dan membuat talaan pada skrin H-D ini dengan mudah sekali.

Apa yang cukup menggembirakan ialah tiada lagi haba panas yang terpaksa ditanggung ketika jentera bergerak dengan perlahan sama seperti H-D Street Glide 2018 yang ditunggang sebelum ini. Kami menyusuri pelbagai jenis laluan di bandar

Melaka dan kawasan luar bandar cukup selesa sekali, tidak perlu lagi menggerakkan kaki ke hadapan dan ke belakang untuk elakkan haba panas.

Sistem Assist & Slip membantu tuas klac serta gear menjadi lebih lembut dan mudah untuk digunakan. Proses tambah/turun gear di laluan berselekoh dan di tengah bandaraya cukup pantas dan tepat. Ruang kaki dan lantai pemijak model ini juga luas – mudah untuk setiap penunggang mengubah posisi untuk selesa sepanjang perjalanan. Sistem Cruise Control juga adalah satu ciri-ciri telah lama dimiliki oleh jentera-jentera H-D yang membuatkan ribuan kilometer bersamanya adalah satu pengalaman penuh bermakna.

Perjalanan pulang bersama H-D Road Glide sememangnya sangat menarik. Dengan memiliki tork 163Nm yang membolehkan kita menyusuri perjalanan secara santai dengan selesa dan pada masa yang sama mampu memecut dengan cukup mantap. Ia seberat 375kg, meluncur laju sekitar 160-180km/j dirasakan cukup stabil dan selesa. Selain disertakan dengan sistem
navigasi, panel meter model ini juga boleh digunakan untuk talaan audio yang benarbenar jelas dan sedap didengar. Sistem elektronik terbaru ini disambungkan menerusi penggunaan sistem Bluetooth dan USB. Memang cukup menarik!

Berikut adalah harga asas bagi beberapa buah jentera H-D yang anggun dan menawan. FLTRXS Road Glide Special RM194,800, FLHXS Street Glide Special RM194,600 dan FLHX Street Glide RM184,300. Jentera HarleyDavidson diimport dan diedarkan oleh Didi Resources Sdn Bhd. Ketika ini terdapat tiga wakil pengedar rasmi Harley-Davidson di Malaysia iaitu di Petaling Jaya, Melaka dan Pulau Pinang. RR

Isu Pada

Jun 2019

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

Seperti biasa, Ducati memilih pameran motosikal antarabangsa EICMA untuk melancarkan Panigale V2 dan Streetfighter V2 yang memiliki ketangkasan dan kemantapan prestasi untuk tunggangan di jalanan biasa mahupun di litar.

Warta Roda

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) sehingga kini telah pun menyerahkan sejumlah 1,092 unit motosikal elektrik iaitu MEV-1 Pro khusus kegunaan pihak Pos Malaysia Berhad.

Model Baru

Aprilia RS457 Dilancarkan. Harga dari RM33,900

Didi Group selaku pengedar rasmi jenama Aprilia di Malaysia telah melancarkan model 'superbike' terbaru iaitu Aprilia RS457.

Warta Roda

LCR Honda Fan Enduro Day!

Berbeza dengan sebelum ini, pihak GIVI telah mengadakan LCR Honda Fan Enduro Day bertempat di KEV Enduro Park, Gamuda Gardens, Rawang.