Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 10 Jun 2019

GPX Racing Lebih Garang Dengan Warna Terbaru

Bersempena dengan penganjuran Northern Bike Week 2019 yang berlangsung di Seberang Jaya pada 28-29 April lalu, Bike Continent Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jenama GPX Racing telah menampilkan lima model yang telah diberikan warna serba baru iaitu GPX Demon 150 GR SE, Demon 150 GN, Legend 150s, Gentleman 200 Black Immortal dan Gentleman Racer 200.

GPX Demon 150 GR mula dipasarkan sejak Mac lalu dan dengan rekabentuk menarik sehingga digelar Mini Panigale, model ini telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan. Untuk model SE pula, ia dikemaskan dengan warna Kuning dan Merah serta rekacorak grafik serba baru yang lebih mantap. Antara ciri-ciri menarik yang dimiliki oleh jentera ini ialah kerangka jenis trellis, panel meter LCD, soket USB 5v, lampu-lampu LED dan sistem saspensi yang cukup efisien. GPX Demon 150 GR SE dijangka akan berada di pasaran pada penghujung Mei 2019 dengan harga jualan RM10,500.

GPX Demon 150 GN pula diserikan dengan skema warna Biru baru yang lebih segar. Gabungan kombinasi warna biru, hitam dan emas ternyata menyerlah lagi sifat sporty jentera ini. Seperti GR, model ini turut didatangkan dengan lampu jenis LED, kerangka jenis trellis bertegaran tinggi, panel meter digital dan sistem brek yang efisien.

Bagi peminat dunia retro, model Legend 150S dengan kemasan warna hijau pastinya akan menambat hati. Sentuhan belang hitam yang diwarnakan di tengah-tengah tangki dan bahagian belakang serta jahitan benang merah di bahagian pelana menjadikannya tampak elegan. Model ini disempurnakan dengan enjin 149cc, empat lejang dan sistem penyejuk udara yang lancar. Panel meter, lampu utama, lampu belakang, pelana dan tangkinya antara ciri-ciri paling menarik kerana ia direka dengan gaya retro. Legend 150s dijangka berharga dalam lingkungan RM10,000 dan akan memasuki pasaran pada Ogos ini.

Model Gentleman 200 Black Immortal menjadikan ruang pameran GPX Racing tampak eksklusif dan elegan dengan pengenalan kepada dua warna baru iaitu Hitam dan Kelabu. Tangkinya yang berkapasiti 12 liter direka baru khusus untuk Black Immortal dan bagi disesuaikan dengan tangki itu, pelindung bahagian belakang juga direka dengan cukup kreatif.


Apabila melihat model ini dengan lebih dekat, kita akan terpesona dengan logo 3Dnya, pelana jenis kevlar dengan jahitan benang merah, belang di tangki, tayar Pirelli Angel CT, rekabentuk enjin 197cc yang kompak dan panel meter digital yang boleh bertukar warna.

Antara model yang paling mendapat perhatian ketika ia berada di ruang pameran GPX Racing ialah Gentleman Racer. Lampu utamanya berbentuk bulat diserikan dengan penggunaan fairing separa yang direka untuk tunggangan lebih efektif. Model ini juga menggunakan bar hendal jenis clip-on yang dilengkapi dengan cermin sisi bar end. Lampu utamanya jenis LED berbentuk lingkaran cincin dan ia juga dilengkapkan dengan tayar Pirelli Angel CT yang memiliki cengkaman mengagumkan. Terdapat dua warna menarik iaitu Merah dan Hitam.

Untuk model Gentleman 200 Black Immortal dan Gentleman Racer, keduaduanya dijangka akan berada di pasaran  bulan Jun ini dan ditawarkan pada harga masing-masing RM11,980 dan RM12,500. Dengan kekuatan rangkaian para pengedar, Bike Continent Sdn Bhd yakin model-model GPX Racing akan temui para peminatnya tidak lama lagi. Kunjungi https://www.facebook.com/gpxmalaysia atau pusat pengedar yang terdekat dengan anda. RR

Isu Pada

Jun 2019

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

Seperti biasa, Ducati memilih pameran motosikal antarabangsa EICMA untuk melancarkan Panigale V2 dan Streetfighter V2 yang memiliki ketangkasan dan kemantapan prestasi untuk tunggangan di jalanan biasa mahupun di litar.

EICMA 2024: Skuter Adventure Maksi Pertama Dari KYMCO!

Kymco memperkenalkan skuter pengembaraan maxi pertamanya di EICMA.

Dari Litar

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

Pecco akhirnya menerima bendera penamat sebagai juara diikuti Martin di tempat kedua dan kini mendahului carta dengan 24 mata manakala Enea Bastianini di tempat ketiga.

Model Baru

Yamaha Europe Perkenalkan Tracer 9, Tracer 9 GT & Tracer 9 GT+ 2025

Yamaha Motor Europe telah memperkenalkan rangkaian Sport Touring mereka bagi tahun 2025 iaitu Yamaha Tracer 9, Tracer 9 GT dan Tracer 9 GT+ Y-AMT.