Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 November 2015

Rider Serba Segak Di DGR 2015

Acara The Distinguished Gentleman's Ride (DGR) kembali lagi tahun ini dengan jumlah penyertaan yang cukup membanggakan. Uniknya perhimpunan bertema ini kerana setiap peserta yang hadir akan mengenakan pakaian sut lengkap, bertali leher dan kasut kulit pelbagai jenis seperti mana yang pakai oleh para bangsawan di Eropah suatu ketika yang lalu. Selain itu, acara ini juga diadakan untuk mendapatkan sumbangan bagi membantu penyelidikan dan kesedaran masyarakat umum mengenai Kanser Prostat.

Kehadiran selebriti, Wak Doyok  memeriahkan lagi sambutan DGR 2015
Kehadiran selebriti, Wak Doyok memeriahkan lagi sambutan DGR 2015

“Ini merupakan tahun keempat acara DGR ini diadakan di Malaysia dan ia juga turut dilakukan di seluruh dunia. Ketika mula diperkenalkan dulu, jumlah para peserta tidaklah begitu ramai tetapi kini jumlahnya telah lebih daripada 400 orang peserta dan ini adalah suatu yang amat membanggakan. Pada tahun 2013, jumlah kutipan sumbangan untuk Kanser Prostat yang diperolehi daripada 145 buah bandar seluruh dunia berjumlah USD277,000 dan meningkat kepada USD1.5 juta pada tahun lepas dengan penyertaan daripada 257 buah bandar. Tahun ini kami menyasarkan kutipan sebanyak USD3 juta,” jelas En. Kamarul Azahar Azman, pencetus idea memperkenalkan acara ini di Malaysia.

Dato’ Razak Al Malique dari Triumph Malaysia (kedua  dari kiri) gembira dengan kejayaan DGR 2015.

DGR 2015 berlangsung di empat buah bandar iaitu Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Miri dan Kuching. Ketika mula-mula dianjurkan dulu, kebanyakan para peserta terdiri daripada pemilik jentera-jentera klasik, cafe racer, scrambler, bobber, vespa dan cruiser tetapi pada pertemuan terbaru yang diadakan di perkarangan Muzium Angkatan Tentera Udara Malaysia (RMAF) ini, kita dapat melihat jentera dual purpose dan naked turut berkonvoi.

Ms Summer cukup bergaya  bersama jentera Harley Davidson
Ms Summer cukup bergaya bersama jentera Harley Davidson
En. Ibram cukup segak  berbaju ala anggota  polis era 50an
En. Ibram cukup segak berbaju ala anggota polis era 50an

Walaupun keadaan pada pagi itu agak berjerebu, suasana cukup meriah dengan rakan taulan. Kehadiran selebriti, Wak Doyok memeriahkan lagi sambutan DGR 2015. Dato’ Razak Al Malique dari Triumph Malaysia (kedua dari kiri) gembira dengan kejayaan DGR 2015. Farina dan Johan tempah baju baru demi DGR 2015. Ms Summer cukup bergaya bersama jentera Harley Davidson, berbual mengenai jentera masing-masing tanpa mengira umur, lelaki mahu pun wanita. Ada yang bermisai lebat, ada yang berjanggut... ada yang bersikat tepi, ada pula yang bertocang. Ada yang tinggi… ada yang rendah tetapi perkara terpentingnya ialah kesemua rakan-rakan ini berkongsikan minat dan misi yang sama tidak kira Melayu, India, Cina dan apa bangsa sekali pun.

Farina dan Johan tempah  baju baru demi DGR 2015.
Farina dan Johan tempah baju baru demi DGR 2015.

“Ini merupakan penyertaan pertama saya dan memang ianya cukup menarik. Walaupun sering berkonvoi dengan jentera yang lebih besar, DGR lebih unik kerana kesemuanya berpakaian kemas. Saya dan isteri, Farina menempah kot ini khas untuk acara ini,” kata Johan, salah seorang peserta yang hadir bersama Vespanya.

Konvoi bermula dari Muzium Angkatan Tentera Udara Malaysia, Sungai Besi bergerak terlebih dahulu ke The Garage KL Ampang untuk hentian pertama sebelum menamatkan perjalanan santai itu di Pavillion untuk acara penutup dan cabutan nombor bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk hadiah utama berupa sebuah jentera Triumph.

“Ini merupakan penyertaan ketiga saya dan terus terang saya katakan ia adalah satu penganjuran yang cukup menyeronokkan. Motosikal yang menyertai konvoi ini juga kini lebih banyak dari segi bilangan dan kepelbagaiannya,” komen En. Mohd Nazir yang menunggang Kawasaki Versys 650.

Di akhir acara ini, menurut En. Azhar sebanyak USD1,300 telah berjaya dikumpul. Diharap acara istimewa ini akan terus diadakan pada masa-masa akan datang. RR

Keunikan jentera Cleveland yang ditunggang  oleh En. Hafizh mendapat perhatian ramai
Keunikan jentera Cleveland yang ditunggang oleh En. Hafizh mendapat perhatian ramai

Isu Pada

November 2015

Popular

  • Warta Roda

    Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

  • Warta Roda

    Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

  • Dari Litar

    Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

  • Warta Roda

    Tiga Warna Terbaru Untuk Yamaha Y16ZR ABS 2025

  • Warta Roda

    Tak Puas Hati Kerana Lumba Haram, Sekumpulan Lelaki Merusuh Guna Pedang Samurai

Artikel berkaitan

Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

Tiga Warna Terbaru Untuk Yamaha Y16ZR ABS 2025

Tak Puas Hati Kerana Lumba Haram, Sekumpulan Lelaki Merusuh Guna Pedang Samurai

Penunggang Motosikal Maut Terkena Bongkah Batu Berat

Midnight Black, Warna Terbaru Untuk Yamaha MT-15

Warna Baru Untuk Yamaha Y15ZR Special Edition

Kebakaran Saluran Gas: Kenderaan Cair, Akuarium Menggelegak....

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Juara WSBK 2024, Toprak Razgatlioglu akhirnya kembali ke podium tertinggi selepas melakukan magik untuk mencipta mencipta sejarah kemenangan ke-59 dan ke-60 dan menyempurnakan hatrik dalam saingan pusingan 2 yang berlangsung di Litar Autodromo Internacional do Algarve baru-baru ini.

Warta Roda

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Sebanyak 10 motosikal dan sebuah treler terbabit dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer (KM) 221.5, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan awal pagi Sabtu lalu yang mengakibatkan seorang remaja maut manakala tujuh lagi cedera.

Model Baru

Produksi Ducati XDiavel V4 bermula. Akan dipasarkan ke Eropah terlebih dahulu bermula Mei ini.

Ducati memaklumkan bahawa pengeluaran untuk jentera 'Sport Cruiser' XDiavel V4 baru telah pun bermula.

Warta Roda

Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha Ke-27 Meriah!