Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 10 Jun 2019

FKR Konvensyen 2018/2019 Macau & Zhuhai

FKR Marketing Sdn Bhd telah membawa seramai 89 orang yang terdiri daripada para pengedar dan kakitangan berkunjung ke Macao dan Zhuhai, China selama empat hari tiga malam. Pada malam pertama, mereka menginap di The Venetian Macao yang merupakan sebuah hotel mewah milik American Las Vegas Sands yang lengkap dengan kasino.

Lawatan diteruskan ke St Paul’s Cathedral yang penuh bersejarah. Ia sebuah gereja Portugis abad ke-17 yang didedikasikan kepada Saint Paul The Apostle. Kini, runtuhan tersebut adalah salah satu daripada mercu tanda terkenal di Macao. Pada tahun 2005, ia telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Hidangan menu Portugis yang cukup menyelerakan menjadi sajian untuk makan malam. Mereka kemudian bergerak ke Zhuhai dan bermalam di 2000 Years Hotel.

Keesokannya, para pengedar menaiki kereta kabel yang tidak mempunya cermin tingkap ke Mt Jing Shan Park. Sememangnya pemandangan dari kedudukan atas amat cantik dan menarik sekali. Lawatan disambung menuju mercu tanda terkenal di Zhuhai iaitu The Statue of Fisher Girl. Patung ini telah siap dibina pada tahun 1982 dan ia adalah patung di tepi laut pertama di China. The Statue of Fisher Girl diperbuat daripada batu granit seberat 10 tan dengan ketinggian 8.7 meter.

Selesai makan tengahari di Restoran GuoXin, para jemputan berkesempatan melawat Mei Xi Memorial Arch dan Muzium Lilin. Memorial ini dibina pada tahun 1886, tahun ke12 pemerintahan Maharaja Guangxu di Dinasti Qing untuk mengingati jasa dan kebesaran pemuda yang bernama Chen Fang dan keluarganya. Kami juga dibawa untuk membeli-belah  bawah tanah yang terletak di Gongbei Custom.

Pada malam tersebut adalah acara kemuncak yang dinantikan oleh semua iaitu meraikan majlis FKR Top Achiever Convention 2019 yang disempurnakan oleh Pengarah Urusan FKR, En. Pornpoj Swadwan dan Pengurus Besar FKR En Lee Yew Wah untuk menyampaikan Anugerah Platinum kepada pengedar-pengedar yang mencapai jualan tertinggi tahun ini. Anugerah seterusnya  ialah  Top Achiever Award yang diberikan kepada para pengedar yang mencapai sasaran jualan.

Pada hari ketiga, mereka melawat Chimelong Ocean Kingdom yang terletak di Pulau Hengqin. Ia terdiri daripada taman tema, hotel mewah, pameran & perniagaan, sukan dan riadah. Chimelong Ocean Kingdom adalah tempat yang menyediakan pelancong dengan hiburan dan pengalaman terbaik.

Taman tema ini terdiri daripada lapan kawasan yang dicipta setiapnya mewakili bahagian-bahagian dari lautan. Di sini, terdapat akuarium terbesar di dunia dan pelawat dapat menyaksikan persembahan ikan lumba-lumba, singa laut, paus beluga, beruang kutub, penguin dan banyak haiwan laut lain.

Para jemputan pulang ke Malaysia pada keesokan harinya dengan kenangan yang cukup indah beserta anugerah yang menjadi pemangkin untuk terus menaikkan jenama FKR di seluruh negara. RR

Isu Pada

Jun 2019

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Tahniah buat para pelumba muda negara telah mempamerkan aksi yang cukup hebat dalam saingan FIM MiniGP World Finals.

Warta Roda

Kemeriahan Konvoi PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024

PETRONAS Lubricant Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMM)bekerjasama dengan Dania Garage dala menganjurkan konvoi 'PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024'.

Warta Roda

Operasi Khas Motosikal Besar-Besaran Bermula....

Operasi Khas Motosikal akan dijalankan secara besar-besaran bermula 1 November hingga 31 Disember di seluruh negara susulan peningkatan kadar kemalangan yang direkodkan pada tahun ini.

Berita Kelab

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.