Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 25 Ogos 2022

Vespa Berwarna Baru Diperkenalkan di KLFW

Didi Group, pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia telah memperkenalkan barisan jentera baru pada Minggu Fesyen KL 2022 baru-baru ini.

Vespa selaku "Skuter Rasmi" untuk acara tersebut menampilkan koleksi warna serba baru bagi model Primavera dan Sprint serta kelahiran semula S 125 kepada para peminat Vespa di Malaysia.

Vespa S 125
Vespa S 125

Dalam mencari artis ilustrasi dan pelukis coretan, Vespa dan KLFW telah menganjurkan pertandingan mencipta karya seni unik yang akan menjadi koleksi warna baru Vespa Primavera dan Vespa Sprint. Pemenang juga berpeluang melihat karya mereka dihidupkan di Minggu Fesyen serta hadiah wang tunai yang menarik.

Vespa Primavera - Green Relax
Vespa Primavera - Green Relax

Primavera 2022 hadir dengan warna baru iaitu Green Relax yang tampak segar, ceria dan memberikan semangat kebebasan seseorang penunggang. Selain Green Relax, model ini juga ditawarkan dalam dua lagi warna iaitu White Innocenza dan Grey Materia Pastel.

Vespa Primavera S
Vespa Primavera S

Primavesa S pula menampilkan warna Biege Avvolgente yang mewakili nilai kecantikan abadi. Warna seperti pasir ini juga melambangkan kemewahan penciptaan barangan kulit dan seramik yang bernilai tinggi. Turut menjadikan model ini lebih eksklusif ialah pada lambang, rim, stiker dan bendera Itali diletakkan di sisi jentera ini.

Terdapat juga rangkaian pilihan warna lain seperti White Innocenza, Grey Delicato dan Yellow Sole.

Sprint 2022 menyambung legasi model ini sejak 60 tahun yang lalu. Warna terbaru iaitu Blue Extroverso melambangkan ciri-ciri elegan, mewah dan unik. Warna ini cukup sesuai dengan para pencinta motosikal yang inginkan hidup bebas. Vespa Sprint turut dihiasi dengan pilihan warna lain seperti Grey Materia dan Yellow Sole.

Vespa Sprint
Vespa Sprint

Model Sprint S pula diinspirasikan oleh hutan hujan tropika di Borneo yang penuh dengan kehijauan yang diberi nama Green Tenace. Selain itu, para pelanggan boleh juga memilih satu lagi warna pilihan iaitu Orange Tramonto yang dicantikkan dengan kemasan garisan-garisan berwarna hitam.

Vespa Sprint S
Vespa Sprint S

Vespa S 125 adalah sebuah warisan lagenda sejak daripada era 70 an lagi seperti Vespa 50 Special dan Vespa Primavera 1967. Model baru ini disempurnakan dengan enjin 125cc, 4 lejang, sistem penyejuk udara, Euro 3 yang memiliki kuasa hantaran 7.6kW pada 7,600rpm dan tork 10.2Nm pada 6,000rpm. Dengan tangki sebesar 7 liter, Vespa 125 S dinyatakan dapat menjelajah perjalanan pada jarak 420 kilometer dengan satu isian penuh.

Vespa S 125
Vespa S 125

Terdapat beberapa warna baru menarik menanti para pelanggan iaitu Grey Materia Pastel, Yellow Sole, White Innocenza, Black Vulcano dan Red Passion.

Turut diadakan bersempena dengan KLFW ialah Vespa Ride yang telah mengumpulkan puluhan jentere unik ini. Para pencinta Vespa yang hadir terdiri daripada pelbagai latar belakang tetapi berkongsikan minat yang sama. Dengan mengenakan pakaian yang menarik, para peserta konvoi Vespa ini nampak cukup bergaya di atas jentera masing-masing. RR

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

Kementerian Kerja Raya (KKR) Bangunkan Kemudahan Asas Lebih Selamat Buat Penunggang Motosikal

Mforce Bike Holdings Rancang Untuk Anjurkan MFORCE MOTORSHOW 2026

Motosikal dihanyut banjir. Mujur mangsa selamat.

MODENAS Elegan EX 'Facelift': Gaya & Ciri Dipertingkatkan. Harga asas RM17,780

Honda Vario 160 Terima Tiga Warna Baru - Bermula RM10,198

Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

MODENAS Elegan EX 'Facelift': Gaya & Ciri Dipertingkatkan. Harga asas RM17,780

MODENAS melancarkan skuter maksi Modenas Elegan EX facelift yang tampil dengan rekaan estetik serta ciri-ciri moden terkini.

Dari Litar

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

Hasrat pelumba pasukan Ducati Lenovo, Marc Marquez untuk mencipta kemenangan sermpurna di Litar Americas tidak kesampaian apabila terbabas pada lap ke-9 walaupun ketika itu sedang mendahului perlumbaan dengan agak selesa. Terdahulu, Marc telah membuktikan dominasinya apabila meraih kemenangan dalam saingan Sprint tanpa sebarang masalah.

Warta Roda

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

Polis sedang menjalankan siasatan melibatkan insiden seorang penunggang motosikal dipukul penunggang lain di persimpangan lampu isyarat di Tampoi, di sini kelmarin.

Warta Roda

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Sebanyak 10 motosikal dan sebuah treler terbabit dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer (KM) 221.5, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan awal pagi Sabtu lalu yang mengakibatkan seorang remaja maut manakala tujuh lagi cedera.