Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 10 Oktober 2015

Merdeka International Bike Festival 2015

Demi memartabatkan dunia permotoran disamping mempertengahkan Kelantan sebagai lokasi pelancongan, Pasri Mas Bike Club dengan kerjasama En. Mohd Hatta Mohd Sabri dan En. Baihaki Muhammad telah menganjurkan Merdeka International Bike Festival pada 7 dan 8 Ogos lalu.

Pesta motosikal ini juga merupakan pusat pertemuan peminat-peminat jentera dua roda dari serata negara yang terdiri daripada para pemilik motosikal retro, superbike, streetbike, Yamaha RXZ, Vespa, klasik, cruiser, skuter dan mesin cub yang hadir secara meriah bersama-sama rakan masing-masing. Antara kelab yang memeriahkan pesta ialah GoldWing Owner Association Malaysia (GOAM), Lady Bikers Malaysia, Ducati Ladies dan Pendang Bikers. Terdapat juga seorang penunggang solo iaitu En. Halim Buharanudin yang sanggup bermotor dari Kuala Kangsar dengan menunggang Kawasaki KSR110cc.

Selain dapat melihat pelbagai jenis motosikal, para pengunjung yang hadir juga berkesempatan untuk menonton acara di pentas seperti nyanyian dan dikir barat serta pertunjukan stuntshow dari KTM Malaysia CKD dan Team Wazi dengan aksi yang cukup mengujakan. Antara aturcara yang paling ditunggu-tunggu ialah acara cabutan bertuah yang menawarkan dua buah motosikal SYM Smart 110cc ditaja oleh Mforce Bike Holdings Sdn Bhd dan sebuah lagi motosikal SYM daripada pihak penganjur. RR

Oleh: NZ Yor

Isu Pada

Oktober 2015

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Penunggang motosikal maut dalam nahas melibatkan tiga buah kenderaan.

Model Baru

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

Seperti biasa, Ducati memilih pameran motosikal antarabangsa EICMA untuk melancarkan Panigale V2 dan Streetfighter V2 yang memiliki ketangkasan dan kemantapan prestasi untuk tunggangan di jalanan biasa mahupun di litar.

Dari Litar

Qabil Irfan Raih Podium Di Sepanyol

Qabil Irfan menunjukkan prestasi cemerlang di Spanish Superbike Championship Moto4 Round 6 yang berlangsung di Litar Navara, Sepanyol.

Dari Litar

Pasukan Repsol Honda Tiba Di Buriram. Joan Mir Perlu Buat 'Come Back'!

Selepas gagal menamatkan perlumbaan (DNF) sudah ketiga berturut-turut, Joan Mir perlu kembalikan prestasinya ke tahap terbaik sempena perlumbaan yang akan berlangsung di Litar Buriram, Thailand minggu ini.