Kawasaki Versys World Tour Bersama Zainal & Celeste
Selepas bersara, saya dan isteri, Celeste membuat keputusan mengembara ke serata dunia untuk melihat keindahan alam dan bertemu dengan masyarakat berbilang bangsa di seluruh dunia,” itulah kata-kata En. Zainal Baharudin, 53 tahun yang telah berjaya merentasi puluhan negara di Asia dan Eropah sebelum menamatkan perjalanannya di Afrika Selatan.
Perjalanan yang lebih daripada 60,000 kilometer ini telah mengambil masa lebih daripada setahun dan mereka berjaya melawati 34 buah negara. Selepas beberapa lama membuat persediaan dengan mencari maklumat sesebuah negara melalui internet, televisyen, majalah dan akhbar, Zainal dan Celeste memulakan pengembaraan mereka di Nepal dengan menunggang sebuah Kawasaki Versys 650 yang dibelinya pada tahun 2011.
“Itu merupakan Versys kedua saya selepas memiliki model CBU pada tahun 2009. Saya sudah puas menunggang hampir ke seluruh negara Asean dengan jentera ini dan terbukti ia adalah motosikal dual-purpose yang paling tahan pernah saya jumpa. Selepas menjual model CBU itu, saya teruskan minat mengembara dengan Versys yang lebih baru,” kata Zainal.
Dia memilih untuk menggunakan model ini kerana ia ringan, mudah dikendalikan, tidak memenatkan, jimat petrol dan boleh diservis dan dibaik pulih hampir di seluruh dunia. Saiz dan keberatan sebuah jentera yang ingin mengembara amat penting kerana penunggang akan turut membawa bebanan lain seperti Zainal & isterinya mengambil keputusan untuk menetap di Pakistan selama sebulan. Menuju ke Bosnia. Di Venice, Itali. Meredah laluan sukar di kawasan pendalaman negara Congo. Setiap kali melalui kawasan pendalaman di Afrika, mereka dikerumuni oleh orang ramai. Khemah menjadi ‘hotel’. beg pakaian, beg dokumen perjalanan, pembonceng dan alatan penyelenggaraan.
Selepas mengembara lebih daripada 60 ribu kilometer, hanya beberapa kerosakan kecil berlaku seperti bahagian kipas radiator (Istanbul), rectifier (Afrika Selatan), tayar pecah (Ghana). “Semasa tayar motor pecah di Ghana, ianya berlaku berhampiran dengan sebuah bengkel motosikal. Oleh kerana saya sudah lengkap dengan alatan untuk menampal tayar, saya tidak ke bengkel itu. Salah seorang pekerja bengkel itu datang ke arah saya sambil menunjuk satu getah yang cukup kecil dan berkata “This is Africa magic!” dan terus memasukkan getah itu, tayar saya dapat bertahan ribuan kilometer tanpa sebarang masalah. Hebat!”
Antara destinasi terawal yang disinggahi ialah Pokhara yang memberi kesempatan untuk mencuba aktiviti mountain trekking. “Saya sudah 52 tahun manakala isteri saya setahun lebih muda. Inilah masanya buat kami, sementara masih sihat ini untuk mengembara dan melihat dunia.”
Selepas beberapa hari di Nepal, mereka memasuki India – dua hari sahaja. “Di New Delhi motosikal saya hampir-hampir dicuri walaupun telah dikunci sebaik-baiknya. Nasib baik kami nampak dan sempat menjerit, kalau tidak terpaksalah pulang ke tanahair.”
Demi keselamatan, Zainal dan Celeste menetapkan kelajuan maksimum pada kadar 100km/j kerana menurutnya destinasi suatu tempat itu tidak penting tetapi perjalanan dan pengalaman menuju ke tempat itu jauh lebih berharga. “Sewaktu atas jalan, motor saya ada tiga brek iaitu brek hadapan, brek belakang dan brek betul-betul belakang saya. Isteri saya akan mengetuk topi keledar jika saya meningkatkan kelajuan lebih daripada yang sepatutnya.”
Tidak kira jauh atau dekat, dalam bandar mahu pun luar bandar, mereka berdua sentiasa mengenakan pakaian yang selamat dan sesuai. Antara alatan asas yang dibawa ialah beberapa helai baju, sedikit ubat-ubatan, penapis udara motosikal, khemah dan makanan.
“Sebelum masuk ke Pakistan, kami agak takut kerana mendapat pelbagai berita yang agak merisaukan terutamanya jika melayari internet atau menonton televisyen. Jadi, kami membuat keputusan untuk berada di Pakistan selama empat hari sahaja. Sebaik sahaja menjejakkan tanah di sana, segalanya amat berlainan dan bertentangan dengan apa yang dilaporkan.”
Keindahan lanskap, keramahan masyarakat, keenakan makanannya menyebabkan Zainal dan Celeste jatuh cinta seterusnya membuat keputusan untuk berada di Pakistan selama sebulan. “Banyak tempat yang kami lawati pada mulanya dilaporkan agak menakutkan dengan peperangan saudara dan sebagainya tetapi apabila benar-benar berada di sana, kesemuanya tidak berlaku.
Waktu ditemuramah bersama media, Zainal sempat berjenaka dengan membahagikan pengembaraan mereka kepada tiga tahap berbeza iaitu Tahap Tunggangan Biasa dilaluinya ketika berada di negara-negara Asia. Keadaan jalan raya baik manakala keadaan trafik tidak jauh bezanya dari Malaysia. Tahap Tunggangan Bosan pula ditujukan ketika Suasana tenteram di negara Afrika Selatan. Menikmati suasana matahari terbit di Nepal. Air terjun Victoria di Zimbabwe. Sering kali motosikal terbalik. mereka menunggang di Eropah kerana segalanya sempurna dan lebuhraya yang luas. Tahap Tunggangan Menyeronokkan dirasai apabila menunggang di negara-negara Afrika Selatan kerana setiap kilometer perjalanan amat mencabar, tidak dapat diduga apa yang akan berlaku.
Dari Asia, Zainal dan Celeste sempat melalui Greece sebelum memasuki negara-negara Semenanjung Balkan seperti Bosnia, Romania, Albania, Crotia dan Montenegro. Pasangan ini juga menikmati keindahan pemandangan dan kepesatan teknologi pengangkutan di tiga buah negara Eropah seperti Itali, Perancis dan Sepanyol.
“Sebaik sahaja memasuki Morocco, kami menghadapi sedikit masalah yang berkaitan dengan visa Celeste. Ini menyebabkan dia terpaksa ke Mauritania menggunakan kapal terbang manakala saya menunggang solo di Morocco. Seronok juga selepas lapan bulan berdua.... bila menunggang berseorangan, dapatlah saya laju sedikit.”
Dunia Africa memang sangat mencabar dan memerlukan pengorbanan, kesabaran dan ketahanan mental untuk menyempurnakan suatu perjalanan itu. Memandangkan Zainal dan Celeste sukakan kelasakan dan keindahan bermalam di padang pasir, mereka turut berkhemah dan menikmati makanan yang dimasak sendiri. Masalah kehabisan minyak juga dihadapinya sebanyak empat kali tetapi mujurlah mereka telah bersedia dengan tong minyak dan di kebanyakan tempat, bekalan petrol tidak menjadi masalah.
“Masalah yang selalu kami hadapi ialah ketika ingin menyeberangi sempadan. Boleh dikatakan bermacam-macam kerenah. Ada yang mengambil masa sehingga seminggu hanya kerana untuk melengkapkan dokumen perjalanan, ada juga kelewatan kerana masalah penyakit Ebola yang sedang melanda suatu kawasan itu, ada juga yang memberi tekanan dari segi kewangan. Proses rundingan kadang kalanya cukup menyakitkan hati tetapi itulah pengalaman manis.”
Cara penjagaan dan kawalan di sesetengah sempadan daerah juga berbeza. Di Nigeria, mereka menggelarkan pegawai yang bertugas itu 'stickman', yang akan menahan kenderaan dengan menggunakan sebatang kayu. Ketika Zainal melalui kawasan itu, dia tidak nampak pegawai tersebut kerana mereka berada di bawah pokok. Oleh kerana tidak berhenti di sekatan jalan raya, maka para pegawai yang bertugas mengejar dengan menggunakan sebuah Volvo merah lengkap dengan senjata. “Pegawai itu mengacukan senapang pada kami dan meminta untuk berpatah balik di pos pemeriksaan tetapi saya tidak mahu ke sana kerana tidak pasti sama ada dia benar-benar ‘orang’ kastam atau tidak. Selepas berlaku sedikit pertengkaran, dia menunjukkan kad pengenalannya dan saya bersetuju untuk berpatah balik.”
Ketika berada di Boko, Congo, Zainal diuji dengan keadaan jalan yang sangat teruk menyebabkan dia hampir-hampir berputus asa. “Hanya tiga kilometer, saya terpaksa menyusuri jalan-jalan yang sangat teruk yang memakan masa hampir lima jam. Saya dah kecewa kerana motosikal tetap tidak dapat bergerak selepas berbagai cara telah saya lakukan. Walaupun ketika itu saya menunggang bersama seorang lagi pengembara motosikal dari Eropah, bentuk muka bumi yang sangat sukar menguji kesabaran dan kekuatan fizikal. Apabila tiba di saat paling sukar, saya dah tak larat lalu menyuruh Celeste ke kampung berdekatan untuk mendapatkan bantuan lori.”
Mendengar permintaan suaminya, Celeste hanya mampu tersenyum dan terus memberi semangat kerana lokasi mereka terlalu jauh daripada perkampungan manakala keadaan jalan yang teruk itu pastinya tidak dapat dimasuki oleh sebuah kenderaan sebesar lori. Zainal dan Celeste mengambil masa selama empat hari untuk menghabiskan perjalanan sejauh 120 kilometer itu.
“Selepas berada di 38 buah negara, kami berdua dapat katakan masyarakat di kesemua negara itu sangat baik dan memberikan pengalaman paling indah. Walaupun pada mulanya dirasakan sukar dan kekok berada di tempat yang cukup asing tetapi akhirnya kami sedar bahawa ia telah menjadi sebahagian daripada hidup kami. Apa yang kami pelajari ialah jangan sekali-kali membuat penilaian terhadap sesebuah negara dan orang tempatan itu berdasarkan apa yang dikhabarkan kerana segalanya amat bertentangan.”
Menurut Zainal, dia juga amat bersyukur kerana mendapat layanan dan bantuan yang sangat efisien daripada kedutaan Malaysia di mana sahaja pertolongan diperlukan. Pengembaraan seterusnya bagi kedua pasangan hebat ini ialah ke negara-negara Amerika Selatan dan Amerika Utara yang akan dimulakan di Argentina pada pertengahan September 2015. Didoakan agar Zainal dan isterinya Celeste selamat pergi dan selamat kembali. RR
Popular