Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 27 Julai 2022

Keputusan Ujian Akhir Jentera Prototaip Triumph TE-1

Triumph telah mengumumkan tamatnya projek pembangunan jentera elektrik TE-1 dengan mengeluarkan keputusan ujian akhir untuk model prototaip yang telah menjangkaui objektif projek dan menunjukkan kejayaan yang luar biasa menerusi kolaborasi ini.

Kolaborasi unik terjalin di antara Triumph Motorcycles, Williams Advanced Engineering, Integral Powertrain Ltd dan WMG, University of Warwick serta dibiayai oleh Office for Zero Emission Vehicles through Innovate UK.

Penilaian untuk ujian ini melibatkan prestasi jentera ini di jalan berselekoh, di atas litar yang akan memberikan hala tuju penting untuk persediaan akhir jentera prototaip TE-1.

Antara keputusan akhir yang dicatatkan ialah:

  • Jarak perjalanan yang melebihi rekod motosikal elektrik sekarang ini dengan 161 kilometer perjalanan.
  • Hantaran kuasa setinggi 130kW (177ps) pada 175bhp yang mampu membuat pecutan dari 0-96km/j dalam masa 3.6 saat dan –160km/j hanya dalam 6.2 saat.
  • Waktu mengecas yang pendek iaitu 20 minit untuk kuasa bateri mencapai tahap 80%
  • Nisbah tenaga enjin kepada berat jentera yang sempurna. Model ini 25% lebih ringan berbanding model elektrik yang setaraf dengannya.

Triumph TE-1 ini juga memiliki karaktor yang tulen dan tersendiri. Geometri, ergonomik dan pengagihan berat menyerupai model Speed Triple manakala impak skala serta visual lebih cenderung kepada model Street Triple. Pengendalian yang neutral, pemetaan enjin yang mantap dan hantaran tenaga dari pendikit yang tepat menyerupai model Speed Triple 1200 RS.

"Kami telah melihat reaksi yang sangat positif terhadap prototaip TE-1 daripada penunggang motosikal di seluruh dunia. Ramai orang mengatakan bahawa buat pertama kalinya, mereka melihat motosikal elektrik yang betul-betul mantap dan sesuatu ciptaan yang mereka benar-benar mahukan. Sebagai langkah pertama dalam membangunkan teknologi powertrain elektrik, prototaip TE-1 dan keputusan yang dicapai menerusi program ujian intensif ini telah memberikan pandangan dan informasi penting untuk masa depan kami. Sudah tentu, motosikal pengeluaran akhir tidak akan sama seperti yang anda lihat di sini hari ini, tetapi yakinlah, model yang kami bangunkan akan merangkumi semua ciri-ciri menarik,” kata Steve Sargent, Ketua Pegawai Produk, Triumph Motorcycles. RR

Isu Pada

September 2022

Popular

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

RXZ Twin Boss V2 yang menang di AOS2024 dalam pertandingan Art Of Speed Invitational Bike Build Off akan dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024.

Model Baru

EICMA 2024: Moto Morini Perkenalkan Model Ikonik, 3 1/2 Baru

Moto Morini meraikan ulang tahun ke-50 model ikonik yang dikenali sebagai '3 1/2' dengan memperkenalkan di pameran motosikal antarabangsa EICMA.

Dari Litar

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

Qabil Irfan menutup musim Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) Moto4 dengan podium berganda di pusingan akhir yang berlangsung di Circuito de Jerez, Sepanyol.

Dari Litar

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

Gelaran juara keseluruhan CP125 buat pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - 31 Racing, Md Syamil Amsyar semakin cerah.