Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 14 Julai 2022

Boon Siew Lancarkan Honda CBR150R Repsol Edisi Terhad

Sejak dilancarkan pada September 2021, Honda CBR150R telah memperoleh reputasi yang menarik khususnya dalam segmen jentera supersports. Terkini, Boon Siew Honda telah menampilkan model sport CBR150R Edisi Repsol yang disempurnakan dengan liveri Repsol yang ikonik yang pastinya akan menarik perhatian lebih-lebih lagi bagi mereka yang menyintai dunia perlumbaan.

Warna oren, rekacorak ala perlumbaan yang lengkap dengan logo ternyata menjadikan jentera ini lebih garang walau dilihat dari sudut mana sekali pun. Rimnya berwarna oren memberikan CBR150R sentuhan atletik apabila berada di atas jalan.

CBR150R Edisi Repsol dipermantapkan lagi dengan sistem lampu LED dan dwi-lampu LED hadapan yang agresif diperoleh dari DNA CBR250RR. Ciri-ciri lain membuatkan CBR150R memberi penampilan lebih sporty ialah sistem brek cakera beralun dan panel meter digital dengan paparan yang jelas.

Jentera ini disempurnakan dengan enjin DOHC jenis penyejuk cecair 150cc yang mampu menjanakan kuasa maksimum 12.0 kW pada 9,000rpm dan tork maksimum 13.7Nm pada 7,000 rpm. Hanya 800 unit Honda CBR150R Edisi Repsol berada di pasaran dan ditawarkan pada harga RM13.499. RR

Isu Pada

Ogos 2022

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Seorang peniaga maut selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Tengku Mizan, di sini pada Selasa.

EICMA 2024: Skuter Adventure Maksi Pertama Dari KYMCO!

Kymco memperkenalkan skuter pengembaraan maxi pertamanya di EICMA.

Warta Roda

LCR Honda Fan Enduro Day!

Berbeza dengan sebelum ini, pihak GIVI telah mengadakan LCR Honda Fan Enduro Day bertempat di KEV Enduro Park, Gamuda Gardens, Rawang.

Warta Roda

Lebih 100 Buah Motosikal Terbakar Di Depoh Simpanan DBKL

Sebanyak 130 buah motosikal yang diletakkan di depoh penyimpanan kenderaan tersadai milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Taman Connaught telah terbakar.