Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 9 Julai 2022

MForce Pertontonkan Tiga Model Sportbike – QJMOTOR SRK250RS, QJMOTOR SRK250RR & WMOTO 250RR

Baru-baru ini MForce Bike Holdings Sdn Bhd telah mengadakan pratonton tiga model dalam segmen sportbike 250cc kepada para media bagi mendapatkan maklumbalas sebelum dibawa masuk ke dalam pasaran negara.

Tiga model yang dipamerkan adalah QJMOTOR 250RS, QJMOTOR 250RR termasuklah Voge 250RR yang akan dijenamakan semula sebagai WMOTO 250RR jika memasuki pasaran tempatan. Menurut pihak MForce, model-model yang ditayangkan itu masih lagi menjalani ujian Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA).

QJMOTOR 250RS, QJMOTOR 250RR dan Voge 250RR didatangkan dengan enjin 250cc. Namun ketiga-tiga model ini memiliki spesifikasi, warna, rekabentuk dan ciri-ciri yang berbeza.

WMOTO 250RR / Voge 250RR
WMOTO 250RR / Voge 250RR

Kita mulakan dengan Voge 250RR. Model ini disempurankan dengan enjin 249cc, silinder tunggal, SOHC dengan sistem penyejuk cecair. Enjin bertransmisi 6-kelajuan ini mampu menghasilkan kuasa sehingga 27hp dan nilai tork pada 23Nm.

Selepas menggunakan fungsi 'Mirror'.
Selepas menggunakan fungsi 'Mirror'.

Apa yang paling menarik perhatian kami pada model ini adalah panel meternya menggunakan paparan jenis TFT bewarna penuh. Meternya bukan sahaja memaparkan maklumat-maklumat penting, ia juga boleh disambungkan kepada telefon pintar menerusi sambungan Bluetooth. Terdapat juga fungsi Mirror Screen dimana paparan meter tersebut boleh memaparkan apa sahaja daripada telefon kita. Boleh tengok video lagi.

Antara kelengkapan lain yang ada seperti, lampu-lampu LED, fork jenis USD, penyerap hentak tunggal dengan pelarasan pra-beban, soket USB, brek-brek cakera dengan sistem ABS dua salura serta terdapat dua mod tunggangan iaitu Sport dan Eco.

QJMOTOR 250RS
QJMOTOR 250RS

Kita beralih pula dengan model yang kedua. QJMOTOR 250RS mempunyai rekabentuk yang lebih menarik berbanding jentera pertama yang ditayangkan. Setelah melihat secara keseluruhan, jentera ini merupakan model yang sama seperti QJMOTOR SRK250RS yang berada di pasaran negara China

Model ini dikuasakan dengan enjin silinder tunggal, 249cc, DOHC, kotak gear 6-kelajuan dengan sistem penyejuk cecair. 250RS menghasilkan kuasa sekitar 27hp dan tork 22.5Nm. Manakala posisi tunggangannya pula memang cukup sporty.

Berbeza dengan Voge 250RR, model ini hanya dilengkapi dengan paparan meter jenis LCD. Namun, apa yang paling best dan menarik pada QJMOTOR 250RS ini adalah saspensi belakangnya menggunakan lengan ayun jenis tunggal.

Antara ciri-ciri lain seperti fork USD, penyerap hentak tunggal dengan pelarasan pra-beban, brek-brek cakera, sistem ABS dua saluran, lampu-lampu LED, soket USB, tangki bahan api 12.5 liter dan berat 159kg.

Setelah melihat ketiga-tiga model, jentera ini yang paling kami sukakan. Bukan sahaja memiliki rupabentuk yang garang, malah bunyi jentera ini juga paling mantap berbanding dua model yang lain. Jentera yang kami maksudkan tersebut adalah QJMOTOR 250RR yang menggunakan enjin dua silinder sebaris, 249cc, DOHC dengan sistem penyejuk cecair. Enjinnya dikatakan mampu menghasilkan kuasa sekitar 27hp dan tork 21Nm.

Dari segi spesifikasinya terdapat sedikit berbeza dengan model QJMOTOR 250RS di mana model ini hanya menggunakan saspensi belakang jenis lengan ayun biasa (bukan lengan ayun tunggal). Manakala Ciri-ciri lain yang ada seperti lampu-lampu LED, paparan meter LCD, brek-brek cakera, sistem ABS dua saluran, fork USD dan penyerap hentak tunggal dengan pelarasan pra-beban.

Harga sebenar untuk ketiga-tiga model ini masih belum diputuskan oleh pihak MForce. Seperti yang kami katakan di atas, model-model tersebut ditayangkan untuk mendapatkan maklum balas daripada para media dan juga orang ramai. Namun menurut Pengurus Besar MForce Bike Holdings Sdn Bhd, En. Asri Ahmad sambil berborak santai, jika QJMOTOR 250RR ditawarkan pada harga bawah RM20k, berapa pula harga untuk model QJMOTOR 250RS dan WMOTO 250RR? Kita nantika pengumuman dari pada pihak MForce pada masa akan datang. RR

Isu Pada

Ogos 2022

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Bermodalkan RM700, seorang pesara guru mengubah suai motosikalnya sebagai pe­ngangkut sampah dan me­lakukan kerja-kerja mengutip sampah secara sukarela di Kampung Lanai, di sini.

Dari Litar

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Tahniah buat para pelumba muda negara telah mempamerkan aksi yang cukup hebat dalam saingan FIM MiniGP World Finals.

Warta Roda

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Seorang peniaga maut selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Tengku Mizan, di sini pada Selasa.

Model Baru

Aprilia RS457 Dilancarkan. Harga dari RM33,900

Didi Group selaku pengedar rasmi jenama Aprilia di Malaysia telah melancarkan model 'superbike' terbaru iaitu Aprilia RS457.