Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 3 April 2022

Dewi Yamaha Workshop Beri Pengalaman Berharga

Bersempena dengan Hari Wanita Sedunia yang meriah dengan tema #BreakTheBias, Hong Leong Yamaha Motor telah menganjurkan satu acara istimewa yang khusus untuk komuniti penunggang motosikal wanita iaitu Dewi Yamaha Riding Workshop yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang pada awal Mac lalu.

Tujuan utama program ini diadakan ialah untuk memperkenalkan 'Sesi Teori' yang menekankan kesedaran mengenai posisi badan yang betul ketika menunggang. Ini amat penting agar pergerakan lancar, stabil dan meyakinkan.

Sesi praktikal bagi kira-kira 80 orang wanita pula memberi pendedahan cara kawalan jentera dengan tepat, betul dan selamat. Dalam sesi ini, para peserta diminta untuk menguji keseimbangan kawalan di titi, slalom dan 'Try Corner' yang menilai skil para peserta sewaktu mengambil selekoh. Siapa 'power' dia dapat hadiah istimewa.

Selain itu, para peserta turut diberi penilaian menerusi kriteria seperti: Masa Paling Singkat, Putaran Enjin dan Kedudukan Kaki Tanpa Melanggar Halangan-halangan yang telah ditetapkan oleh pihak Yamaha. Sememangnya laluan serta ujian yang disediakan banyak membantu agar para peserta lebih peka dan bersedia dengan lebih cepat.

Pada hari itu juga turut dianjurkan Yamaha Y16ZR Track Day di mana para pelanggan dapat menikmati pengalaman menunggang di litar manakala pihak Cardinals Racing mengambil peluang untuk memperkenalkan sebuah jentera Y16ZR yang telah ditala untuk tujuan perlumbaan. Mantap! Adakah akan ada saingan kelas Y16ZR dalam perlumbaan? RR

Isu Pada

April 2022

Popular

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Boon Siew Honda (BSH) telah merasmikan pembukaan Honda Bigwing yang pertama di Melaka.

Model Baru

Ducati Panigale V4 2025 Kini Di Malaysia - Harga Asas RM182,900

Ducati Malaysia telah melancarkan Panigale V4 generasi terbaru sempena dengan perasmian pembukaan Ducati Sungai Buloh.

Dari Litar

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

Pecco akhirnya menerima bendera penamat sebagai juara diikuti Martin di tempat kedua dan kini mendahului carta dengan 24 mata manakala Enea Bastianini di tempat ketiga.

Model Baru

Triumph Trident 660 Baru Diperkenalkan. Harga asas RM46,900

Didi Group selaku pengimport dan pengedar rasmi Triumph Motorcycles di Malaysia telah melancarkan model terbaru Trident 660 yang akan tersedia dalam pasaran negara tidak lama lagi.