Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 10 April 2019

Tunggang Penuh Gaya Dengan Scomadi

Scomadi... satu jenama yang semakin popular di kalangan para pencinta motosikal di Malaysia. Jenama ini telah pun berada di pasaran negara sejak 2015 yang lalu. Model ini digemari kerana rekabentuknya yang unik, posisi menunggang cukup selesa dan kuasa hantaran yang cekap. Pada April 2017, pengeluaran kepada unit-unit Scomadi terpaksa dihentikan seketika untuk mengemaskini semula jentera-jentera Scomadi agar lebih berkualiti dan daya tahan.

Pengasas jenama ini di UK telah bersetuju untuk bekerjasama dengan pengeluar terbaru di Thailand (dahulunya negara China) yang kini menawarkan bukan sahaja rekabentuk lebih cantik tetapi juga tahap kualiti pembikinan (luaran dan dalaman) yang cukup tinggi. Untuk model TT125Fi, model-model versi baru telah pun dipertingkatkan khususnya dari segi kualiti. Ia amat penting kerana Malaysia kini dilimpahi dengan pelbagai jenama motosikal dan ciri paling utama yang wajib dititikberatkan ialah tahap kualiti pembikinan serta daya tahan enjinnya.

Jika dibandingkan dengan model sebelum ini, Scomadi TT125Fi buatan Thailand dilengkapkan dengan kemasan besi luaran seperti pelindung kaki, panel sisi, lantai pemijak belakang, panel meter digital lampu DRL jenis LED, lampu belakang LED gegaran yang dikurangkan, komponen elektronik dan sistem pendawaian OEM Thailand dan semestinya warna-warna baru yang kini lebih berkualiti tinggi.

Dengan menawarkan tahap kualiti yang lebih baik, Scomadi telah meraih kepercayaan tinggi di Thailand dan menjadi antara jenama paling popular di sana. Scomadi Thailand juga aktif dengan pelbagai aktiviti dan penganjuran seperti perlumbaan, bolasepak, perhimpunan dan bike week.

Kembali kepada model serba baru ini. Melihat TT125Fi, para pelanggan akan dapati bentuk luarannya jauh berbeza dengan Slim Style Body Styling yang menawarkan ruang kaki lebih luas dan  membantu pengendalian menjadi bertambah baik. Enjin 124.6cc ini disempurnakan dengan kuasa maksimum 7.2kW pada 7,300rpm dan tork 9.67Nm pada 7,200rpm. Model ini juga disempurnakan dengan kerangka yang bertegaran tinggi, sistem saspensi baru yang kini mampu menyerap dengan cemerlang dan tayar-tayar bersaiz 110/70-12 (depan) dan 120/70-12 di bahagian belakang.

Dengan penggunaan sistem suntikan bahan api, Scomadi TT125Fi bukan sahaja menawarkan kuasa pecutan yang mantap tetapi juga kadar penggunaan bahan api yang cukup jimat. Kita dapat menjelajah ke pelbagai destinasi dengan satu isian penuh tangki sebesar 11 liter. Memang berbaloi! TT125Fi ditawarkan pada harga asas RM12,600.


Untuk lebih mendekati para pelanggan mereka dan menaikkan lagi populariti jenama ini, Scomadi Malaysia akan menganjurkan pelbagai aktiviti menarik dari masa ke semasa. Sila layari laman web rasmi (www. bikecontinent.com.my) dan ruangan media sosial FB Scomadi Malaysia untuk mendapatkan maklumat mengenai pengedarpengedar Scomadi atau sebarang info lebih lanjut. RR

Isu Pada

April 2019

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Penunggang motosikal maut dalam nahas melibatkan tiga buah kenderaan.

Warta Roda

Operasi Khas Motosikal Besar-Besaran Bermula....

Operasi Khas Motosikal akan dijalankan secara besar-besaran bermula 1 November hingga 31 Disember di seluruh negara susulan peningkatan kadar kemalangan yang direkodkan pada tahun ini.

Model Baru

Scrambler Ducati Edisi 10° Anniversario Rizoma

Bersempena dengan ulang tahun ke-10 jentera Scrambler, Ducati telah berkolaborasi dengan pengeluar aksesori motosikal Rizoma untuk memperkenalkan Scrambler Ducati 10° Anniversario Rizoma Edition.

Berita Kelab

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.