Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 17 Jun 2022

MODENAS Ninja 250 dan Z250 Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Berita baik buat para peminat motosikal di Malaysia! MODENAS telah mengesahkan ketibaan Ninja 250 dan Z250 versi ABS serta tanpa ABS ke pasaran tempatan pada penghujung Julai atau awal bulan Ogos 2022 nanti.

Ketika menghadiri sesi lawatan ke kilang MODENAS yang beroperasi di Gurun baru-baru ini, sudah tersedia kira-kira 20 buah Ninja 250 manakala proses pemasangan untuk Z250 sedang giat dijalankan di tempat pemasangan khas atau 'assembly line' jentera Kawasaki. Dengan kepakaran dan pengalaman yang dimiliki oleh pihak MODENAS, pengeluaran dijangka boleh mencapai di antara 200 hingga 300 unit sebulan.

Bagi melicinkan proses pemasangan, talaan, pemeriksaan dan pengeluaran, para jurutera dan petugas MODENAS mendapat latihan serta tunjuk ajar daripada wakil-wakil Kawasaki dari Jepun dan Thailand. Dengan adanya kepakaran ini, kualiti dan konsistensi untuk setiap unit yang bakal dikeluarkan berada di tahap tertinggi.

Dalam lawatan tersebut, pihak media berpeluang untuk melihat proses pemasangan jentera-jentera 250cc yang kini berpiawaian Euro4. MODENAS juga memiliki mesin dyno moden satu-satunya di ASEAN yang mampu untuk membuat pemeriksaan terperinci terhadap 'balancing & alignment', sistem brek, sistem ABS untuk tayar depan dan belakang serentak dalam satu masa.

Kawasaki Ninja 250 2018
Kawasaki Ninja 250 2018

Untuk model pemasangan tempatan (CKD), selain Ninja 250, Ninja 250 ABS dan Z250 ABS, model cruiser Vulcan S 650 juga akan diperkenalkan pada tahun ini manakala Versys 650 dan Versys X-250 pula bakal menemui peminatnya pada tahun hadapan. RR

Isu Pada

Ogos 2022

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Model Baru

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini telah melancarkan Alltrhike 450 baru di pameran motosikal antarabangsa EICMA 2024

Warta Roda

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) sehingga kini telah pun menyerahkan sejumlah 1,092 unit motosikal elektrik iaitu MEV-1 Pro khusus kegunaan pihak Pos Malaysia Berhad.

Model Baru

Yamaha Europe Perkenalkan Tracer 9, Tracer 9 GT & Tracer 9 GT+ 2025

Yamaha Motor Europe telah memperkenalkan rangkaian Sport Touring mereka bagi tahun 2025 iaitu Yamaha Tracer 9, Tracer 9 GT dan Tracer 9 GT+ Y-AMT.

Berita Kelab

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.