Yamaha MT-15 Hadir Dengan Warna Baru
Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd mengumumkan kehadiran tiga warna baru untuk model MT-15 yang terdiri daripada Icon Blue, Midnight Black dan Cyan Storm. Model jalanan berkuasa 155cc ini popular di kalangan para peminat motosikal disebabkan rekabentuknya yang mantap serta hantaran kuasa yang tidak mengecewakan.
Posisi menunggang MT-15 yang tinggi, tegak dan selesa membuatkan model ini cukup sesuai untuk digunakan untuk tunggangan harian mahupun untuk tujuan kembara. Enjin 155cc, sistem penyejuk cecair ini disempurnakan dengan sistem VVA iaitu Variable Valve Actuation yang membantu pecutan menjadi lebih lancar serta berkuasa.
Untuk mereka yang sukakan laluan-laluan mendaki, MT-15 ini sememangnya antara pilihan terbaik. Dengan kuasa enjin 19hp pada 10,000 rpm dan tork 14.7Nm pada 8,500 rpm, kita dapat meratah setiap selekoh dengan lancar dan bertenaga.
Yamaha MT-15 berwarna baru ini mula dipasarkan di pusat pengedar Yamaha di seluruh negara bermula 13 June 2022 dengan harga disyorkan pada RM12,298. Dengan setiap pembelian, para pelanggan akan menerima kunci brek cakera yang berkualiti tinggi. RR
Popular