Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 8 Jun 2022

Giliran Motosikal Elektrik Tidak Dibenarkan Ke Kawasan Pergunungan Sepanjang Musim Panas

Sebuah wilayah di Jerman telah mengumumkan larangan kemasukan motosikal elektrik di beberapa jalan pergunungan sepanjang musim panas. Ini adalah arahan tambahan selepas larangan dikenakan pada motosikal dengan enjin pembakaran biasa.

Beberapa negara di Eropah telah pun bersetuju untuk mengharamkan kemasukan motosikal ke laluan pergunungan ketika musim panas sebagai langkah keselamatan dan anti-pencemaran bunyi. Kini, Jerman juga turut melibatkan jentera-jentera berkuasa elektrik.

Pihak berkuasa di Haut-Taunus, sebuah wilayah di Jerman telah memutuskan untuk melakukan ujian serta percubaan yang akan melarang penggunaan motosikal di laluan tersebut pada setiap hujung minggu di antara April hingga Oktober. Hakikatnya, ia bukanlah kerana dimaklumkan bahawa negara lain seperti Austria dan Switzerland turut menjalankan larangan seperti itu.

Persoalannya, tujuan untuk mencegah pencemaran bunyi itu turut melibatkan motosikal berenjin elektrik?

Jawapannya ya...di sana, motosikal elektirik juga dikira sama apabila melihat kepada undang-undang di negara tersebut yang menyatakan mana-mana kenderaan bermotor/berenjin dengan dua roda yang boleh bergerak melebihi 45kph (28mph) serta melebihi 50cc dikira sebagai motosikal. Yang menjadi persoalan komuniti pencinta motosikal di sana ialah undang-undang tersebut tidak melibatkan jentera elektrik.

BVDM, sebuah persatuan motosikal di Jerman telah menghubungi pihak berkuasa di wilayah Haut-Taunus untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu. Bagaimanapun, maklum balas daripada pihak berkuasa, menurut Le Repair des Motards, mengatakan bahawa undang-undang itu tidak membezakan antara pembakaran atau basikal elektrik.

Daripada maklum balas itu, rata-rata pengguna motosikal mahukan undang-undang yang sama rata iaitu dengan mengharamkan juga kereta elektrik menggunakan laluan yang sama. Jika ini tidak berlaku, satu-satunya andaian yang boleh difikirkan ialah, ia bukan langkah untuk mengurangkan pencemaran bunyi tetapi lebih kepada tekanan terhadap peminat motosikal.

Mujurlah kita sebagai pencinta motosikal di Malaysia dapat menikmati keindahan alam dan kesegaran cuaca di tanah tinggi seperti di Genting Highlands, Cameron Highlands, Bukit Frasers, Gunung Jerai, Pos Kuala Mu dan banyak lagi tanpa sebagai masalah. Syukur!! RR

Sumber: https://www.visordown.com/

Isu Pada

Julai 2022

Popular

  • Model Baru

    Harley-Davidson 2025 - Street Bob Nampak 'OTAI!'

  • Dari Litar

    Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

  • En. Kunitomo Asano, Pengarah Urusan & CEO Baru Boon Siew Honda

  • Dari Litar

    Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

  • Warta Roda

    Kebakaran Saluran Gas: Kenderaan Cair, Akuarium Menggelegak....

Artikel berkaitan

Kebakaran Saluran Gas: Kenderaan Cair, Akuarium Menggelegak....

Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

Hasrat pelumba pasukan Ducati Lenovo, Marc Marquez untuk mencipta kemenangan sermpurna di Litar Americas tidak kesampaian apabila terbabas pada lap ke-9 walaupun ketika itu sedang mendahului perlumbaan dengan agak selesa. Terdahulu, Marc telah membuktikan dominasinya apabila meraih kemenangan dalam saingan Sprint tanpa sebarang masalah.

Warta Roda

Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Tayar hadapan sebelah kanan sebuah treler pecah dipercayai punca kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Kilometer 58.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan di sini malam Khamis.

Model Baru

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

Boon Siew Honda turut memperkenalkan versi skuter terkini iaitu Honda NSS250 bagi tahun 2025.

Model Baru

BMW Motorrad Malaysia Umum Harga Rasmi R 12 Baru - RM119,500

BMW Motorrad secara rasminya mengumumkan harga untuk model Heritage mereka iaitu BMW R 12.