Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 10 April 2019

Mforce Bike Holdings Media Ride To Betong

Buat pertama kalinya, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah mengadakan ride buat para media ke Betong, Thailand selama 3 hari 2 malam pada awal April lalu. Seramai lapan orang peserta yang dijemput menyertai pengembaraan ini. Peserta terdiri daripada wakil media, kakitangan Mforce Bike dan Alfishahrin yang pernah mengembara hampir ke seluruh dunia bersama isterinya. Menerusi konvoi ini, pihak Mforce Bike juga ingin membuktikan prestasi, kemampuan jentera keluaran mereka yang cukup sesuai untuk tunggangan jauh.

Pengembaraan pada hari pertama telah bermula di ibu pejabat Mforce Bike yang terletak di Bukit Mertajam, Penang. Para peserta mula berkumpul seawal jam 1.00 petang lagi. Kami telah diberikan beberapa taklimat sebelum memulakan perjalanan. Pada masa yang sama,  kami juga turut diperkenalkan dengan jentera Benelli RFS150i dan SM Sport 110 yang hadir dengan warna baru yang lebih menarik dan menawan. Sebanyak 10 buah jentera iaitu, SYM VF3i (dua buah), Brixton LX150, Brixton BX150, SYM Cruisym 250i, SYM Jet 125i, Benelli Leoncino 500, Benelli VZ125i, Benelli TNT135 dan Benelli RFS150i untuk merentasi ke sempadan Thailand.

En. Asri Ahmad memberi kata-kata semangat buat para peserta.
En. Asri Ahmad memberi kata-kata semangat buat para peserta.

Kami telah dibahagikan kepada dua kumpulan tunggangan iaitu fast & slow. Peserta konvoi mula bergerak ke jentera masing-masing. RR telah memlilih Benelli VZ125i untuk merasa sendiri ketangkasan dan kemampuannya.

Sememangnya menunggang jentera ini sangat menyeronokkan. Ia merupakan sebuah jentera yang praktikal dan sesuai untuk semua jenis tunggangan. Kami memulakan perjalanan pada jam 3.30 petang. Acara flag off telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, En Asri Ahmad.

Menikmati sarapan pagi sambil rendam kaki sangat menyegarkan.
Menikmati sarapan pagi sambil rendam kaki sangat menyegarkan.

Kami mula memasuki lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) untuk terus menuju ke perhentian pertama di Pengkalan Hulu. Sebaik saja memasuki lebuhraya kami mula memerah lebih lagi pendikitnya. Ternyata VZ125i ini tidaklah mengecewakan, dengan enjin bersesaran 124cc, silinder tunggal SOHC mampu menghasilkan kuasa 8.4 hp/ 6.3kW pada 7,500rpm dan 9.2Nm pada 6,000rpm yang sudah tentu membolehkan kita memecut ke hadapan dengan cepat. Tidak perlu gear, pulas sahaja! Kelajuan tertinggi yang mampu dicapai skuter ini sekitar 100-105 km/j.

Sebaik sahaja tiba di Baling, laluan berbukit dan berselekoh memberikan cabaran buat kami. Inilah masanya untuk menguji lebih lagi kemampuan jentera yang kami tunggang. Sedikit menghampakan buat VZ125i ketika mendaki bukit kerana seperti kekurangan kuasa untuk memecut. Tetapi laluan berselekoh memang cukup sesuai untuk VF125i yang dilengkapi dengan saspensi KAYABA yang dipasang pada bahagian hadapan dan belakang untuk menyerap segala hentakan dengan cemerlang.

Menikmati makan malam bersama Timbalan Datuk Bandar Betong di Restoran Laila Ikan Bakar.
Menikmati makan malam bersama Timbalan Datuk Bandar Betong di Restoran Laila Ikan Bakar.

Selepas perjalanan sejauh 80 kilometer, konvoi telah berhenti di sebuah stesen minyak Pengkalan Hulu untuk mengisi bahan api dan berehat sebelum memasuki Thailand. Perjalanan disambung semula selepas 30 minit berehat, pendikit kembali dipulas menyambung perjalanan ke pintu sempadan Thailand. Sampai sahaja di pejabat imigresen Betong, kami telah disambut oleh En. Halim yang menguruskan segala keperluan kami seperti penginapan, aktiviti dan makanan.

Hari yang semakin gelap memaksa kami meneruskan perjalanan ke tempat penginapan “Hotel Butterfly Princess.” Sebelum tiba di hotel, kami singgah dahulu di kedai Betong Route 410 milik En. Halim yang hanya beberapa meter dari hotel kami. Kedatangan kami ke Betong telah disambut oleh Timbalan Datuk Bandar Betong, Tuan Sufri Piyanonpong.

Tuan Sufri (kanan) memberi cenderahati kepada En. Omar.

Kami check in ke hotel sebelum turun semula untuk menikmati majlis makan malam bersama Timbalan Datuk Bandar Betong di Restoran Laila Ikan Bakar. Terdapat pelbagai jenis lauk seperti nasi putih, telur dadar, tomyam, sayur, ulam dan ayam goreng. Kami juga telah disajikan hidangan istimewa iaitu ikan talapia bakar disaluti dengan garam, memang sedap sekali! Lembut dan kemas isinya. Hari Kedua Seawal jam 4.00 pagi (5.00 pagi waktu Malaysia) kami bertolak ke i-Yerweng yang terkenal sebagai The Sea Of  Cloud. Demi untuk keselamatan, kami telah menaiki TukTuk yang merupakan pengangkutan awam di Betong kerana jalan menuju ke puncak bukit sangat gelap dan tidak rata terutama pada awal pagi. Perjalanan telah mengambil masa sejam (47km jarak perjalanan).

Kami terpaksa berhenti 450m sebelum sampai ke puncak dan diberi pilihan sama ada berjalan kaki ke puncak bukit atau menaiki teksi motor. Untuk menaiki motosikal berharga 20Baht (RM2.58) manakala untuk turun 10Baht (RM1.29). Keindahan puncak bukit i-Yerweng dipenuhi lautan kabus, kami sangat terpegun melihatnya! Suhu di sini dalam lingkungan 19 darjah Celcius dan kawasan ini merupakan tarikan utama pada pelancong yang datang bercuti atau berkunjung ke Betong.

Sesak & padat di menara puncak i-Yerweng.
Sesak & padat di menara puncak i-Yerweng.

Kami berkesempatan mengunjungi puncak setinggi 2,085m dari paras laut meninggalkan satu kenangan yang cukup indah sekali. Di sini ini juga terdapat kawasan berkhemah yang mampu menampung seramai 50 hingga 80 orang pengunjung dengan kadar sewa yang cukup berpatutan. Setelah menikmati keindahan panorama alam semula jadi itu, kami mula turun dari puncak pada pukul 9.00 pagi untuk bersarapan. Kami telah dibawa ke sebuah gerai kecil di tepi sungai, sambil makan… sambil rendam kaki! Ia agak cetek tetapi sejuk dan menyegarkan.

Selesai sahaja bersarapan kami pulang semula ke hotel untuk berehat sebelum menyambung aktiviti di sebelah petang. Jam 3.00 petang para peserta telah diarahkan berkumpul di hadapan kedai Betong Route 410. Kami telah diperkenalkan dengan pegawai pelancongan Bentong iaitu Ms Aida dan Ms Fatimah. Merekalah yang akan membawa kami semua melawat Piyamit Tunnel.

Cuaca di sebelah petang menyebelahi kami, para peserta mula menaiki jentera masingmasing untuk memulakan pengembaraan ke destinasi seterusnya. Perjalanan dari bandar Betong ke Piyamit Tunnel sejauh 17 kilometer sahaja. Perjalanan kami bergerak dengan cukup lancar dan teratur, sambil menunggang sambil melihat suasana di sekitar bandar Betong dan perkampungan. Terima kasih buat pegawai polis trafik Betong kerana telah menjadi pengiring dan menjaga perjalanan konvoi pada petang tersebut. Selepas 20 minit menunggang, kami sampai ke destinasi yang dituju. Tidaklah jauh dari bandar!

Mongkollit Tunnel dihiasi lampu pelbagai jenis warna.
Mongkollit Tunnel dihiasi lampu pelbagai jenis warna.

Serba sedikit sejarah Piyamit Tunnel. Ia merupakan sistem terowong yang digunakan parti komunis terletak di Tano Maero dalam wilayah Yala memisahkan sempadan Malaysia dan Thailand. Terowong ini sepanjang satu kilometer, lebar 5-6 kaki dan mempunyai sembilan pintu keluar/masuk. Dibina pada tahun 1977 yang mengambil masa selama tiga bulan untuk disiapkan secara manual. Semasa dalam perjalanan turun, kami tidak melepaskan peluang untuk melihat dan bergambar di Piyamit Millennium Tree, merupakan pokok yang berusia ribuan tahun. Memang sangat mengagumkan!

Di sebelah malam, kami berpeluang sertai majlis makan malam bersama peserta RFS Gathering dari Malaysia di Hotel Garden View Betong. Pada malam itu juga, kami berpeluang bersiar-siar di sekitar kawasan bandar. Kami sempat melawat Betong Mongkollit Tunnel yang merupakan terowong pertama dan terbesar di Thailand. Terowong sepanjang 268 meter yang menghubungkan bandar Betong ke bandar baru sebelah tenggara ini telah dihiasi dengan lampu pelbagai jenis warna, sememangnya sangat cantik pada waktu malam. Di penghujung terowong terdapat sebuah taman yang mempunyai dua ekor patung ayam jantan, ayam betina dan telur ayam.


Menunggang pada waktu malam dengan VZ125i tiada sebarang masalah. Jentera ini didatangkan dengan lampu-lampu LED yang mampu memberikan penglihatan yang jelas di hadapan. Panel meter LCD cukup kemas dan mudah buat penunggang untuk melihat informasi yang ada. Hari Ketiga Ini merupakan hari terakhir kami berada di Betong. Selesai sahaja bersarapan pagi, kami kembali ke hotel untuk bersiap sedia pulang ke Malaysia. Cuaca yang baik memudahkan kami meneruskan perjalanan ke sempadan Betong-Malaysia. Proses imigresen dan kastam selesai dengan baik tanpa sebarang masalah. Sememangnya perasaan lega dan puas hati dapat dirasai apabila memasuki tanahair tercinta dengan selamat.

Makan malam bersama peserta RFS Gathering.
Makan malam bersama peserta RFS Gathering.

Konvoi berhenti semula di stesen minyak Pengkalan Hulu untuk mengisi bahan api pada jentera masing-masing. Kami meneruskan perjalanan ke Gurney Plaza, Butterworth untuk pelancaran motosikal elektrik iaitu NIU N-Series E-Scooter yang dilancarkan oleh MForce Bike Holdings Sdn Bhd.

Kami menggunakan lebuhraya BKE yang sejauh 106 km dari Pengkalan Hulu ke Butterworth. Walaupun cuaca panas, kami tetap bersemangat untuk sampai ke destinasi seterusnya. VZ125i dapat mengharungai pelbagai jenis perjalanan sejauh 130km dengan isian penuh bahan api (4.9 liter)

Selesai sahaja majlis pelancaran NIU N-Series E-Scooter, para peserta pulang ke Juru yang merupakan destinasi terakhir. Kami telah diberikan penginapan di “Iconic Hotel” untuk berehat semalam dan ada juga yang pulang ke kediaman masing-masing.

Menara jam yang terletak di tengah-tengah bandar Betong.
Menara jam yang terletak di tengah-tengah bandar Betong.

Sememangnya ini adalah satu pengembaraan yang sangat bermakna buat kami. Pelbagai pengalaman baru yang kami pelajari sepanjang pengembaraan ini. Pada masa yang sama menguji ketahanan mental dan fizikal buat para penunggang. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat kakitangan Mforce Bike yang berusaha untuk menjayakan ekspedisi ini. RR

Isu Pada

April 2019

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Kejuaraan MotoGP 2024 telah berakhir selepas 20 pusingan dan 40 perlumbaan di beberapa buah negara seluruh dunia. Pada masa yang sama, hubungan perniagaan di antara dua syarikat ikonik dalam dunia MotoGP juga sudah sampai di penghujungnya.

Model Baru

Kawasaki ZX-6R 2025 Sudah Boleh Ditempah Bermula 1 Disember Ini. Harga asas RM59,900

MODENAS telah melancarkan kempen pra-tempahan untuk model ZX-6R terbaru bermula pada 1 Disember 2024 di semua bilik pameran Kawasaki All-Star.

Dari Litar

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

Pecco akhirnya menerima bendera penamat sebagai juara diikuti Martin di tempat kedua dan kini mendahului carta dengan 24 mata manakala Enea Bastianini di tempat ketiga.

Warta Roda

LCR Honda Fan Enduro Day!

Berbeza dengan sebelum ini, pihak GIVI telah mengadakan LCR Honda Fan Enduro Day bertempat di KEV Enduro Park, Gamuda Gardens, Rawang.