Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 10 Julai 2015

Art Of Speed 2015 : Kumpul Ribuan Pencinta Motosikal

Art Of Speed merupakan satu acara yang menggabungkan minat dan kecintaan dunia dua dan empat roda. Acara yang masuk tahun keempatnya kali ini telah diadakan di tapak Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) pada 6 dan 7 Jun lalu dianjurkan oleh Initium Sdn Bhd. Selain mempamerkan keunikan dan keanggunan motosikal dan kereta yang diubahsuai, penganjuran yang mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia kali ini telah berjaya mengumpulkan para peminat muzik, alat mainan model berskala, pereka-pereka grafik dan penggemar perlumbaan motosikal yang datang dari serata dunia.

Model-model pelbagai jenama dari tahun 60an seperti Kawasaki, Honda, Harley Davidson, Modenas, Royal Enfield, Vespa, Triumph dan Lambretta yang dipamerkan ini bukan sahaja sekadar telah dibaik-pulih sepenuhnya tetapi juga telah berjaya diubahsuai menjadi jentera cafe racer dan custom yang cukup mempesonakan. Antara model yang mendapat perhatian ialah sebuah Nash Wagon, sebuah motosikal pan head Harley Davidson dan sebuah motosikal Triumph yang dibawa khas dari Jepun. Manakala hasil kreativiti anak tempatan, Omar@ Maharani yang telah muncul juara Pertandingan Motosikal Binaan Khas Triumph AOS turut mendapat sambutan yang cukup hangat.

Lawatan mengejut Menteri Belia Aksi menarik dalam Perlumbaan FIM Asia Supermoto Championship. Pertandingan motosikal Custom. Honda Chaly custom turut dipamerkan. Kehadiran ribuan pengunjung memeriahkan lagi Art Of Speed 2015. Mesin Royal Enfield terus mendapat perhatian pencinta motosikal. dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin bersama-sama penunggang jemputan antarabangsa dan tempatan mengujakan setiap pengunjung yang hadir. Ruang dewan yang sebesar 100,000 kaki persegi ini juga turut dihiasi dengan rekabentuk kereta yang kebanyakannya dari jenis old school dan diubahsuai termasuklah Perodua Kancil, Datsun, Nissan, Volkswagon, Pontiac, Cadillac dan banyak lagi. Para pengunjung yang hadir mengambil kesempatan sebaik-baiknya untuk bergambar kenangan dan mendapatkan ilham bagi melakukan pengubahsuian kepada mesin mereka masing-masing.

Jika sudah puas berjalan, para hadirin yang hadir bersama anak-anak dapat melepaskan 'gian' dengan permainan kereta berskala Hot Wheels di ruang yang disediakan. Bagi mereka yang ingin sentiasa kelihatan kemas dan bergaya, terdapat juga ruang 'barber' yang cukup stylo. Antara program lain yang disediakan ialah aktiviti kebajikan bergambar dengan watak-watak Star Wars untuk tabung UNICEF, aksi stunt show, belon air gergasi, jualan pakaian motosikal, arena papan luncur dan litar pocket bike.

Perlumbaan FIM Asia Supermoto Championship turut memeriahkan lagi pesta dua hari itu. Perlumbaan hebat ini disertai oleh para pelumba ternama yang datang dari Jepun, United Kingdom, Taiwan, China, Thailand dan Malaysia. Dalam perlumbaan kali ini, Kiyoshi Saai dari Jepun telah menunjukkan kehandalannya apabila berjaya mendapat kedudukan tertinggi selepas berjaya menewaskan para pencabarnya di perlumbaan 1 dan 2 dengan bergaya sekali. Walaupun menerima tentangan hebat daripada Trakarn Thangthong (Thailand) dan Lewis Cornish (U.K), pelumba dari negara matahari terbit itu terus cemerlang mengendalikan mesinnya. Bagi para pelumba Malaysia, Gabit dan Khairi, kedudukan tempat keempat dan kelima sudah cukup baik demi memperluas dan mempertingkatkan prestasi masing-masing. RR

Isu Pada

Julai 2015

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Penunggang motosikal maut dalam nahas melibatkan tiga buah kenderaan.

Model Baru

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

Aprilia kini memperkenalkan pula model jalanan paling baru iaitu Tuono 457.

Model Baru

Yamaha Europe Perkenalkan Tracer 9, Tracer 9 GT & Tracer 9 GT+ 2025

Yamaha Motor Europe telah memperkenalkan rangkaian Sport Touring mereka bagi tahun 2025 iaitu Yamaha Tracer 9, Tracer 9 GT dan Tracer 9 GT+ Y-AMT.

Dari Litar

Pasukan Repsol Honda Tiba Di Buriram. Joan Mir Perlu Buat 'Come Back'!

Selepas gagal menamatkan perlumbaan (DNF) sudah ketiga berturut-turut, Joan Mir perlu kembalikan prestasinya ke tahap terbaik sempena perlumbaan yang akan berlangsung di Litar Buriram, Thailand minggu ini.