Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 10 Julai 2015

Shell Anjurkan Kem Latihan Untuk Pelumba SAATC

Lima orang pelumba Shell Advance Asia Talent Cup (SAATC) yang mewakili Malaysia telah menjalani sesi latihan perlumbaan, kecergasan fizikal dan mental selama tiga hari bertempat di Sepang Goldcoast dan di litar Sepang pada bulan Jun lalu. Tujuan diadakan kem ini adalah untuk mempersiapkan para pelumba negara untuk menghadapi perlumbaan yang semakin sengit, meningkatkan tahap keyakinan mereka untuk berdepan dengan para pelumba lain dan berinteraksi dengan media.

SAATC merupakan platform terbaik untuk mengasah bakat anakanak muda dari seluruh Asia untuk menjadi pelumba bertaraf antarabangsa. Dalam persaingan musim ini, pelumba negara yang bersaing dalam SAATC ialah Shafiq Rasol, Azroy Anuar, Fakhrusy Syakirin Rostam, Helmi Azman dan Adam Norrodin memberikan cabaran kepada para pelumba Asia dengan sengit. Jepun diwakili oleh tujuh orang pelumba, China dengan dua orang pelumba, Indonesia dan Thailand masing-masing dengan tiga orang pelumba. Manakala Australia dan Filipina dengan seorang pelumba. Setiap pelumba akan beraksi dengan jentera Honda NSF250R Moto3.

Untuk musim ini, keputusan terbaik yang dicapai oleh pelumba Malaysia adalah Helmi Azman yang menamatkan perlumbaan pusingan pertama di tempat keenam (Thailand) dan tempat keempat (Qatar). Menurutnya, semangat juang dan kemahiran para pelumba SAATC semakin meningkat dan berani.

“Shell Advance berbangga dengan menyokong tahun kedua kejuaraan ini. Untuk mencungkil bakat baru pelumba Asia, SAATC merupakan peluang keemasan mereka, hanya datang sekali seumur hidup untuk berlatih dan berlumba di tahap yang cukup kompetitif. Para pelumba ini juga diberi tunjuk ajar dan pendedahan oleh mereka yang benar-benar pakar dalam dunia perlumbaan malah diberikan latihan intensif seperti boot camp ini untuk meningkatkan prestasi mereka. Ini juga sebagai persiapan mereka untuk menghadapi perlumbaan pusingan ketiga di litar Sepang pada perlumbaan WSBK, 2 Ogos nanti,” kata En. Alex Y. W. Lim, Pengurus Pemasaran Asia Tenggara Kelompok Selatan Shell Lubricants.

Tambah beliau lagi, Shell, dengan minyak dan pelincirnya yang membolehkan penunggang berada di barisan depan arena perlumbaan motosikal antarabangsa selama ini. Shell teruja kerana dapat bekerjasama untuk membantu dan menyediakan laluan untuk penunggang muda di Asia mencapai impian mereka berada di pentas antarabangsa. Perlumbaan berikutnya pada 20 September di China, 11 Oktober di Jepun dan 25 Oktober (sempena MotoGP) di Malaysia. RR

Isu Pada

Julai 2015

Popular

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Penunggang motosikal maut dalam nahas melibatkan tiga buah kenderaan.

Dari Litar

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

Qabil Irfan menutup musim Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) Moto4 dengan podium berganda di pusingan akhir yang berlangsung di Circuito de Jerez, Sepanyol.

Warta Roda

LCR Honda Fan Enduro Day!

Berbeza dengan sebelum ini, pihak GIVI telah mengadakan LCR Honda Fan Enduro Day bertempat di KEV Enduro Park, Gamuda Gardens, Rawang.

Warta Roda

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.