Impian Adik Saiful Haq Menjadi Kenyataan!
Pada 25hb November lalu merupakan hari yang sangat bermakna buat adik Saiful Haq sekeluarga. Kehadiran adik Saiful dan keluarga ke kompleks Hong Leong Yamaha Motor, Sungai Buloh merupakan sebahagian daripada program Corporate Social Responsibility (CSR) dianjurkan oleh Alumni 2DDP (Dealer Development Program) yang disokong oleh Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) menerusi Yamaha Cares, dan NGO Make-A-Wish Malaysia serta Yamaha Music hadir untuk meraikan impian adik Saiful menjadi kenyataan.
Adik Saiful merupakan seorang insan berumur 10 tahun yang berjuang melawan penyakit medulloblastoma (tumor kanser) dan mengidamkan sebuah motosikal elektrik. Selain berbasikal, beliau juga amat meminati dengan motosikal mini. Setakat ini, adik Saiful telah selesai rawatannya dan masih lagi di bawah pemerhatian doktor.
Menurut Pengarah Urusan HLYM, Dato’ Jim Khor, “Saya berasa amat gembira dapat menyertai program ini. Pada hari ini saya berharap Saiful dan keluarga bersama-sama pihak Make-A-Wish Malaysia dapat bergembira dan merasa satu pengalaman serta kenangan manis yang amat bermakna.”
“Kami amat berbesar hati kerana mendapat sokongan daripada pihak HLYM dan para pengelar mereka yang telah membantu kami untuk meraikan impian adik Saiful. Kami berharap dengan pengalaman yang dia dapat hari ini akan memberikan harapan dan kekuatan dalam diri adik Saiful untuk terus berjuang melawan penyakit yang dihidapinya,” kata Ms. Irene Tan, CEO Make-A-Wish Malaysia.
Pelbagai aktivit diadakan pada hari tersebut di mana adik Saiful berpeluang melawat Yamaha Lifestyle Station serta bersiar-siar bersama jentera-jentera Yamaha. Kegembiraan pada wajah adik Saiful terus terpancar apabila menerima sebuah motosikal mini elektrik yang didatangkan dengan rekabentuk khas dan nombor 10 yang juga merupakan nombor kegemarannya. Selain itu, HLYM juga turut menghadiahkan sebuah topi khas yang ditandatangani oleh pelumba pasukan Yamaha dalam perlumbaan MotoGP, Valentino Rossi. RR
Popular