Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 2 Februari 2022

Program Khidmat Masyarakat HLYM: Menyantuni Mereka Yang Kurang Upaya

Saban tahun Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) Malaysia menganjurkan Program Khidmat Masyarakat (CSR) bagi memupuk ikatan syarikat dan pengedar Yamaha menyantuni agensi NGO yang memerlukan bantuan. Malangnya peraturan dan prosedur PKP yang ketat telah membatalkan projek tahunan ini buat sekian lama.

Dengan sedikit kelonggaran diberikan, satu program amal giat diaturkan untuk awal tahun ini. Empat kumpulan dipilih bagi menjayakan program murni ini. Bermula dari lokasi terpilih di Selangor dan Kuala Lumpur untuk disantuni pada 15 Januari lalu diikuti Johor (16 Januari 2022), Pantai Timur (22 Januari 2022) dan Pulau Pinang pada 23 Januari 2022).

Untuk kawasan Lembah Klang, Kepong dan Petaling Jaya, tidak semua perancangan menjadi. Di Kepong contohnya, jadual untuk melawat rumah amal tersebut terbantut kerana seorang daripada penghuni meninggal dunia sehari sebelumnya.

Sebagai tanda penghormatan, lawatan dibatalkan tetapi sumbangan akan diberikan pada masa akan datang.

Oleh yang demikian, kesemua 40 orang pengedar dan kakitangan dari Selangor dan Kuala Lumpur yang hadir dibawa ke rumah amal Persatuan Kebajikan Kanak-Kanal Terencat Akal Malaysia yang terletak di No. 118, Jalan Gasing, Petaling Jaya.

Setelah amanat diberikan oleh Mr. Lee Chan Wee selaku wakil HLYM dan kemudiannya diikuti taklimat keselamatan disampaikan oleh Saudara Jalal selaku ketua konvoi, mereka berlepas ke destinasi pada jam 10.00 pagi dari Kompleks Hong Leong Yamaha Motor. Kawalan selia perjalanan dibantu oleh tujuh orang pegawai pengiring.

Lalulintas yang sibuk pada hari Sabtu, sama sekali tidak memberikan masalah kepada ahli konvoi yang berpengalaman. Secara keseluruhan, mereka menggunakan di samping mempromosikan motosikal skuter terbaru iaitu Yamaha Ego Gear.

Konvoi melalui NKVE ke Damansara dan masuk ke Jalan Universiti sebelum tiba di Jalan Gasing dengan selamat pada jam 10.30 pagi.

Penyampaian sumbangan daripada HLYM dan pengedar menceriakan suasana pada hari itu. Mr. GG Hao selaku Timbalan Presiden persatuan ini berkata, mereka menerima setiap orang yang hadir ke pusatnya tanpa mengira bangsa dan agama.

Seorang kanak-kanak berumur satu setengah tahun adalah penghuni termuda bersama-sama lebih kurang 70 orang penghuni lain. Terdapat lebih kurang 10 orang pelatih berpendidikan, berkaliber dan mempunyai komitmen tinggi khususnya dalam bidang penyeliaan dan pengasuhan kanak-kanak ini.

Penghuni cukup sihat, ceria dan menghiburkan. Ada di antara mereka menyapa pelawat, berinteraksi dan bergambar bersama. Setelah upacara sumbangan cek, makanan dan keperluan lain selesai, konvoi bersama-sama pulang ke Sungai Buloh bagi menikmati makan tengahari yang telah dijadualkan. RR

Isu Pada

Februari 2022

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Kejuaraan MotoGP 2024 telah berakhir selepas 20 pusingan dan 40 perlumbaan di beberapa buah negara seluruh dunia. Pada masa yang sama, hubungan perniagaan di antara dua syarikat ikonik dalam dunia MotoGP juga sudah sampai di penghujungnya.

Model Baru

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Mforce Bike Holding selaku pengedar rasmi jenama Moto Morini di Malaysia dengan bangganya melancarkan model ketiga hari ini iaitu Calibro 700.

Model Baru

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

Voge menggunakan pentas global iaitu EICMA untuk melancarkan model kembara terbarunya iaitu Valico 800DS. Ia adalah sebuah jentera yang memberi cabaran dalam segmen Kembara/Adventure

Model Baru

CFMOTO 675SR-R Dilancarkan Pada Harga Asas RM37,888

Bersempena dengan majlis perasmian CFMOTO Flagship Store Sendayan Motor, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah melancarkan model sport terbaru iaitu CFMOTO 675SR-R.