Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 19 April 2022

Kementerian Pengangkutan Malaysia Akan Keluarkan Peraturan kecil Penggunaan E-Skuter

Belum surut isu basikal lajak, kini timbul pula isu jalan raya baru yang melibatkan segelintir pengguna atau pemilik skuter elektrik atau e-skuter yang dilihat menggunakan jentera ini di jalan raya.

Berhubung dengan isu ini, satu peraturan kecil mengenai penggunaan e-skuter akan diputuskan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) tidak lama lagi.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, dengan adanya peraturan tersebut, kita akan dapat melihat syarat penggunaan e-skuter dengan lebih jelas. Beliau juga menerangkan bahawa kelajuan e-skuter ini yang hampir sama dengan kelajuan motosikal amat berbahaya.

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong - Foto: Bernama
Datuk Seri Dr Wee Ka Siong - Foto: Bernama

"Kita lihat e-skuter ini satu trend dan satu peraturan kecil akan dikeluarkan kementerian. Kita akan semak spesifikasi dan takrifan e-skuter ini dan mungkin pembekal dan pengguna memerlukan lesen," katanya pada sidang akhbar pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu Hari Raya Aidilfitri semalam.

Beliau turut menegaskan, penggunaan kenderaan elektrik seperti e-skuter termaktub dalam pindaan Akta 333 Akta Pengangkutan Jalan 1987 pindaan 2020 yang merangkumi semua aspek kenderaan mikro mobiliti yang mempunyai peraturan kecil mengenai spesifikasi kenderaan tersebut.

Pada masa yang sama, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) tidak mengeluarkan sebarang lesen kepada pengendali aktiviti e-skuter di negeri ini. Menerusi laman FB MBPP, pihaknya sedang giat menjalankan pemantauan aktiviti e-skuter untuk menjamin keselamatan orang awam dan pengguna jalan raya.

Operasi Bersepadu bersama PDRM dalam pemantauan aktiviti riadah e-skuter di kawasan Georgetown - Foto: MBPP
Operasi Bersepadu bersama PDRM dalam pemantauan aktiviti riadah e-skuter di kawasan Georgetown - Foto: MBPP
Foto: Majlis Bandaraya Pulau Pinang.
Foto: Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Berdasarkan tinjauan dilakukan, isu penggunaan e-skuter di atas jalan raya semakin berleluasa dan satu mesyuarat untuk menangani isu ini telah diadakan antara MBPP, Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) termasuk tindakan penguatkuasaan.

"Buat masa kini, penggunaan e-skuter adalah dilarang di atas jalan raya dan ia merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 54 Akta Pengangkutan Jalan 1987.” RR

sumber: https://www.sinarharian.com.my/

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

Kementerian Kerja Raya (KKR) Bangunkan Kemudahan Asas Lebih Selamat Buat Penunggang Motosikal

Mforce Bike Holdings Rancang Untuk Anjurkan MFORCE MOTORSHOW 2026

Motosikal dihanyut banjir. Mujur mangsa selamat.

MODENAS Elegan EX 'Facelift': Gaya & Ciri Dipertingkatkan. Harga asas RM17,780

Honda Vario 160 Terima Tiga Warna Baru - Bermula RM10,198

Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

SYM TTLBT 508 bakal menemui para peminat skuter 'Sport Touring' pada hujung 2025 atau awal 2026.

Warta Roda

Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

Dua remaja maut selepas motosikal bertembung dengan lori treler.

Warta Roda

Penunggang Motosikal Maut Terkena Bongkah Batu Berat

Seorang buruh binaan warga Bangladesh maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas akibat terkena bongkah batu di Jalan Paya Terubong, Pulau Pinang di sini pada Jumaat lalu.

Warta Roda

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Triumph Motorcycle Malaysia menyerahkan Triumph Tiger Sport 800 (2025) kepada para pembeli terawal.