Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 18 April 2022

Yamaha Eropah & Riders for Health Bekerjasama Demi Penjagaan Kesihatan di Afrika.

Baru sahaja diumumkan bahawa Yamaha Eropah akan mengambil bahagian dalam perlumbaan lasak (rally) Africa Eco Race dan pada masa yang sama, pemimpin badan pengangkutan kemanusiaan peringkat global iaitu Riders for Health telah menjadi rakan kongsi utama Yamaha yang bersama-sama bersedia untuk meningkatkan kesedaran mengenai projek yang sedang dijalankan.

Kini, dengan bangganya Yamaha Eropah mengumumkan kerjasama tiga tahun mereka dengan Riders for Health, sebuah organisasi kemanusiaan yang menyediakan penjagaan kesihatan kepada beberapa komuniti paling terpencil di wilayah di seluruh Afrika menerusi pembekalan dan menyelenggara motosikal termssuk kenderaan lain yang sesuai kepada organisasi yang memfokuskan pada kesihatan.

Selama lebih daripada 30 tahun, Riders for Health telah menyediakan pengangkutan yang sesuai buat kakitangan penjagaan kesihatan bagi merentasi beberapa wilayah termiskin dan paling sukar dijangkau di Afrika yang pada dasarnya penduduk di situ tidak mempunyai penjagaan kesihatan asas.

Riders for Health telah lama menggunakan motosikal Yamaha untuk menyediakan perkhidmatan penting ini, menjadikan organisasi itu sangat sesuai untuk menjalinkan kerjasama dengan Yamaha yang juga amat mementingkan sumbangan terhadap masyarakat dan membawa nilai kepada kehidupan orang ramai.

Menjelang permulaan Africa Eco Race, pihak Yamaha dan Riders for Health, dengan kerjasama Two Wheel for Life (badan mengumpul dana di UK) akan melancarkan beberapa aktiviti mengumpul dana yang akan dikongsikan menerusi laman sesawang Yamaha atau Yamaha Motor For Riders.

“Yamaha dekat di hati kita. Kami telah menggunakan jentera AG mereka yang boleh dipercayai sudah lebih 30 tahun khususnya dalam program Afrika kami. Pasukan perlumbaan mereka juga telah menyokong pengumpulan dana kami sejak bermulanya ai dijalankan dulu. Kami teruja untuk mengumumkan perkongsian baru selama tiga tahun itu di antara Riders for Health, Two Wheels for Life dan Yamaha.

Bersama-sama kami akan menunjukkan bahawa motosikal menyelamatkan nyawa!" Andrea Coleman, Pengasas Bersama Riders for Health dan Two Wheels for Life. RR

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

Qabil Irfan menutup musim Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) Moto4 dengan podium berganda di pusingan akhir yang berlangsung di Circuito de Jerez, Sepanyol.

Dari Litar

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

Pecco akhirnya menerima bendera penamat sebagai juara diikuti Martin di tempat kedua dan kini mendahului carta dengan 24 mata manakala Enea Bastianini di tempat ketiga.

Model Baru

CFMOTO 675SR-R Dilancarkan Pada Harga Asas RM37,888

Bersempena dengan majlis perasmian CFMOTO Flagship Store Sendayan Motor, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah melancarkan model sport terbaru iaitu CFMOTO 675SR-R.

Berita Kelab

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.