HLYM Menampilkan Y15ZR Dengan Warna Serba Baru
Hong Leong Yamaha Motor menampilkan model popular Y15ZR dengan skima warna dan grafik terbaru. PIlihan warna yang dimaksudkan ialah Hijau, Cyan, Kelabu dan Biru.
Model Y15ZR atau lebih padu dengan gelaran 'Ysuku' terus popular dikalangan peminat dua roda sejak ia dilancarkan lagi. Versi baru (V2) dikemaskan dengan lampu-lampu LED, panel meter digital, sistem brek cakera dan semestinya enjin yang mantap. Y15ZR didatangkan dengan enjin silinder tunggal 150cc yang memiliki kuasa maksimum 11.3kW pada 8,500rpm dan tork 13.8Nm pada 7,000rpm.
Model ini ditawarkan pada harga (cadangan) RM8,498 beserta jaminan kilang selama 2 tahun atau 20,000km perjalanan (yang mana terdahulu). Dengan setiap pembelian model ini, para pelanggan akan menerima kunci cakera eksklusif Yamaha bermilai RM100. RR
Popular