Triumph Motorcycles dan Gibson Berkolaborasi Sempena DGR 2022
Demi menyokong acara motosikal terkenal, The Distinguished Gentleman's Ride (DGR), Triumph Motocycle telah berkolaborasi dengan syarikat pengeluar gitar terkemuka iaitu Gibson untuk mencipta sebuah motosikal dan gitar kustom yang unik dan lain daripada yang lain. Pengubahsuaian ini menggunakan gitar ikonik Les Paul Standard 1959 dan jentera Bonneville T120 yang juga dikeluarkan pada tahun 1959.
Kolaborasi ini juga adalah untuk meraikan hubungan hebat di antara muzik dan dunia motosikal. Perekacipta Gibson dan Triumph mencipta jentera ini dengan memberi tumpuan kepada tahap rekabentuk yang cantik, ketepatan, prestasi mengagumkan dan tahap pertukangan yang bertaraf dunia.
Les Paul Standard 1959 merupakan sebuah gitar model klasik yang memang cukup terkenal. Menerusi edisi kustom baru ini, Ia menampilkan perincian rekabentuk Triumph seperti pickguard corak berbaris yang diilhamkan oleh sirip enjin Bonneville, pelindung pick-up berukir, penutup truss rod beserta logo Triumph dan plat belakang suis yang direka khas.
Lebih istimewa gitar ini bukan sahaja disertakan dengan sijil ketulenan Les Paul Standard Reissue 1959 malah unit edisi terhad Legends ini juga telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Triumph, Nick Bloor dan Presiden Jenama Gibson Brands, Cesar Gueikian.
Triumph Bonniville T120 pula sememangnya antara 'legend' dunia dua roda. Ia memiliki rekabentuk yang cukup bergaya dan anggun disamping menawarkan prestasi tunggangan yang tidak pernah mengecewakan.
Untuk Edisi 'The 1959 Legends Custom Edition' ini, ia disempurnakan dengan ciri-ciri unik gitar Gibson seperti skima warna unik lukisan-tangan, leher dan kepala gitar berwarna Jet Black, bahagian 'coach lining' lukisan-tangan dan perincian yang cukup menarik.
Gitar dan jentera unik ini akan diserahkan kepada pengumpul dana global terbaik di acara DGR tahun ini. RR
Popular