Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 18 Mac 2020

KAPPA COMMUNITY Sunday Morning Ride

Pada 8 Disember 2019 bersamaan dengan hari Ahad, satu acara Kappa Community Sunday Morning Ride telah pun berlangsung. Seramai 20 orang ahli komuniti termasuk pihak media hadir bagi menjayakan acara sulung ini. Ianya bertujuan untuk memperkenalkan jenama Kappa yang telah wujud sejak dari tahun 1956 lagi. Khususnya kepada peminat-peminat top box dan juga kepada penunggang-penunggang motosikal di luar sana. Disamping itu juga program ini adalah untuk memperkenalkan komuniti Kappa itu sendiri dengan tema #RIDEYOURLIFE.

Stesen Petronas di R&R Seremban arah selatan telah menjadi tempat berkumpul dan bermulanya konvoi tersebut. Walaupun penggunaan jentera moped sudah dijangka dalam acara-acara seperti ini, kehadiran sebuah Kawasaki Zephyr 750 dan sebuah Suzuki Panther yang lengkap dengan top box Kappa telah mencuri tumpuan semua yang berada di situ.

Peserta juga diberi pelekat nombor bagi memudahkan marshal mengawal pergerakan konvoi. Jam 9.15 pagi konvoi mula bergerak ke destinasi pertama. En. Sam Sharman selaku Pengurus Pemasaran GIVI Asia Sdn. Bhd telah mengetuai konvoi ini menuju ke restoran Ayam Bakar Station, Port Dickson Negeri Sembilan.

Perjalanan cukup lancar, santai dan ceria dalam cuaca yang sungguh baik sekali. Jam 10.00 pagi kami sudah tiba ke destinasi. Bau harum ayam dan kambing bakar menyambut ketibaan kami. Masing-masing sudah tidak sabar lagi hendak merasa sesuatu yang istimewa. Oleh kerana tidak mampu menolak aroma yang hebat ini, ramai di antara kami memesan set gabungan iatu nasi + ayam bakar + kambing bakar!!! Ibarat pantun melayu, gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. Begitulah keadaan kami selepas 'pekena' juadah dan lauk-puak di restoran itu.

Kemudiannya, acara cabutan bertuah pula menjadi tumpuan. Saudara Zamhaire bin Kamaruddin telah memenangi hadiah utama berupa sebuah top box Kappa model K320N. Sementara itu saudara Mohamad Farhan Ikhwan bin Mohamad memenangi centre box Kappa. Ada juga yang mendapat baju-t Kappa. Maka bertambah senanglah hati mereka ini.

Seterusnya kami bergerak menuju ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) melalui jalan Lukut. Bermain selekoh-selekoh pendek sekurang-kurangnya dapat mengelakkan rasa mengantuk selepas makan tadi. Setelah bergambar kenangan di perkarangan SIC, kami ke Anjung Spotter di KLIA pula.

En. Sam Sharman (kanan) menyampaikan hadiah cabutan utama kepada Sdr. Zamhaire.

Kebetulan pada hari tersebut, perlumbaan pusingan akhir Petronas Cub Prix 2019 sedang berlangsung. Jadi kelihatan banyak juga kenderaan dua dan empat roda memenuhi kawasan-kawasan parkir.

Sambil melihat kapal terbang naik dan turun silih berganti, para peserta komuniti memberi maklum balas yang positif tentang ride hari ini dan berterima kasih kepada En.Sam dan kakitangan beliau iaitu Aina dan Aleesya kerana merealisasikan program santai pada hari ini. Semoga berjumpa lagi di lain masa dan kami berpisah di KLIA dengan dibekalkan sebotol air mineral sejuk dan sebungkus kacang. RR

- Shamsul Shahlizam

Isu Pada

Januari 2020

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Sekalung tahniah buat Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) di atas pencapaian pengeluaran motosikal mereka yang ke- 6,000,000 unit. Bersempena dengan hari bersejarah itu, pihak HLYM telah merasmikan muzium motosikal pertama di Malaysia yang dikenali sebagai Space Y.

Model Baru

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA, Fantic Caballero 700 baru telah diiperkenalkan dalam dua edisi khas iaitu Deluxe dan Travel.

EICMA 2024: Skuter Adventure Maksi Pertama Dari KYMCO!

Kymco memperkenalkan skuter pengembaraan maxi pertamanya di EICMA.

Model Baru

Ducati Panigale V4 2025 Kini Di Malaysia - Harga Asas RM182,900

Ducati Malaysia telah melancarkan Panigale V4 generasi terbaru sempena dengan perasmian pembukaan Ducati Sungai Buloh.