Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 3 Mac 2022

Honda RS150R 2022 Kini Dengan Warna Baru

Boon Siew Honda (BSH) telah memperkenalkan Honda RS150R 2022 yang tampil dengan warna dan rekacorak serba baru. Pertama kali model ini dilancarkan di Malaysia adalah sekitar tahun 2016. Pada ketika itu RS150R mempunyai daya tarikan tersendiri untuk memperkukuhkan kedudukannya di negara ini dengan menawarkan prestasi menunggang yang hebat dalam kategorinya.

Sebagai model 2022, Honda RS150R telah mematuhi piawaian EURO4 serta dilengkapi dengan sistem ekzos yang baru supaya tampak lebih menarik dan sporty. Dari segi enjinnya juga telah ditala semula agar jentera lebih berkuasa. 

RS150R 2022 didatangkan dengan enjin silinder tunggal, DOHC, 149.2cc dengan sistem penyejuk cecair. Jentera ini mampu menghasilkan  kuasa maksimum 11.8kW pada 9,000rpm dan tork 13.6Nm pada 7,000rpm, berbanding dengan model sebelum ini berkuasa 11.5kW pada 9,000rpm dan tork 13.6Nm pada 6,500rpm. Enjin bertransmisi 6 kelajuan dan sistem klac yang lembut tawar prestasi menunggang cukup selesa ketika di lebuhraya mahupun di dalam bandar.

Antara ciri-ciri lain yang terdapat pada jentera ini seperti lampu utama jenis LED, panel meter digital, brek-brek jenis cakera, tinggi pelana 786mm, fork teleskopik, penyerap hentak tunggal di belakang, berat 119kg dan isi tangki 4.5 liter.

Honda RS150R 2022 hadir dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Vivacity Red, Pearl Nightfall Blue dan Radiate Grey Metallic. Model ini dijual pada harga bilik pameran yang disyorkan RM8,299 (tanpa cukai jalan, insurans & pendaftaran) beserta waranti selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu). RR

Isu Pada

April 2022

Popular

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Sekalung tahniah buat Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) di atas pencapaian pengeluaran motosikal mereka yang ke- 6,000,000 unit. Bersempena dengan hari bersejarah itu, pihak HLYM telah merasmikan muzium motosikal pertama di Malaysia yang dikenali sebagai Space Y.

EICMA 2024: Skuter Adventure Maksi Pertama Dari KYMCO!

Kymco memperkenalkan skuter pengembaraan maxi pertamanya di EICMA.

Dari Litar

Qabil Irfan Raih Podium Di Sepanyol

Qabil Irfan menunjukkan prestasi cemerlang di Spanish Superbike Championship Moto4 Round 6 yang berlangsung di Litar Navara, Sepanyol.

Warta Roda

Penunggang motosikal berkuasa tinggi terlibat dalam kemalangan maut...

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi dan pemandu warga emas maut selepas kedua-dua kenderaan tersebut bertembung dalam kejadian di Kilometer 11 Jalan Pan Borneo, di sini pada hari Ahad yang lalu.