Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 6 Februari 2022

Honda BeAT 2022 Tampil Dengan Warna Baru

Boon Siew Honda (BSH) telah memperkenalkan Honda BeAT 2022 dengan penampilan yang lebih segar menerusi warna dan rekacorak serba baru. Model ini akan terus melengkapkan kehidupan golongan remaja yang berjaya disamping membuktikan ianya sebagai sebuah jentera yang dipercayai.

Honda BeAT didatangkan dengan enjin eSP (enhanced Smart Power), silinder tunggal dengan sistem penyejuk udara yang mampu menawarkan kuasa maksimum 6.47kW pada 7,500rpm dan tork 9.53Nm pada 6,000rpm. Sistem suntikan bahan api PGM-FI yang mematuhi piawaian Euro 4 serta memenuhi standard kenderaan cekap tenaga EEV (Energy Efficient Vehicle) menawarkan penggunaan bahan api 59.1 kilometer per liter (WMTC test mode). Cukup menjimatkan.

Tunggangan lebih meyakinkan dengan kerangka underbone - enhanced Smart Architecture Frame (eSAF) yang menjanjikan pengendalian lebih tangkas dan mudah dikawal. Honda BeAT juga turut dipadankan dengan tangki bahan api 4.2 liter beserta ruang bawah pelana seluas 11.7 liter.

Ciri keselamatan disumbangkan dengan penggunaan sistem Combi Brake (CBS) di mana brek hadapan dan belakang bekerja dengan serentak ketika membrek untuk mencapai jarak brek yang diingin. Skuter ini juga terus mengutamakan keselamatan penunggang menerusi ciri-ciri seperti lampu depan LED, kunci brek parking dan Side Stand Switch yang mematikan enjin motosikal secara automatik sebaik sahaja tongkat sisi diturunkan.

Bagi mereka yang berminat, Honda BeAT 2022 ditawarkan pada harga bilik pameran yang disyorkan RM5,765 (tanpa cukai jalan, insurans & pendaftaran) beserta waranti selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu). Terdapat empat warna pilihan iaitu Clipper Yellow, Pearl Magellanic Black, Vivacity Red dan Pearl Nightfall Blue. RR

Isu Pada

Mac 2022

Popular

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Tahniah buat Akid Aziz pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing meraikan gelaran juara keseluruhan CP150 dengan lebih awal.

EICMA 2024: Skuter Adventure Maksi Pertama Dari KYMCO!

Kymco memperkenalkan skuter pengembaraan maxi pertamanya di EICMA.

Warta Roda

GIVI Convoy MotoGP Ride & Camp 2024

GIVI Asia Sdn Bhd telah menganjurkan GIVI Convoy MotoGP Ride & Camp 2024 pada 2 & 3 November yang disertai sekitar 100 orang peserta hampir dari seluruh semenanjung negara, termasuk dari Perlis.

Model Baru

Yamaha Europe Perkenalkan Tracer 9, Tracer 9 GT & Tracer 9 GT+ 2025

Yamaha Motor Europe telah memperkenalkan rangkaian Sport Touring mereka bagi tahun 2025 iaitu Yamaha Tracer 9, Tracer 9 GT dan Tracer 9 GT+ Y-AMT.