Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 19 Januari 2022

Honda CB150X Baharu di Indonesia Bikin Panas!!

Sejak dilancarkan pada November lalu, penerimaan para penunggang motosikal pada model kembara Honda CB150X sangat positif. CB150X disempurnakan dengan ciri-ciri asas menarik seperti ringan, mudah dikendali, lengkap dengan cermin pengadang udara, lampu LED dan posisi menunggang yang selesa memang sesuai untuk peminat dunia kembara motosikal.

Honda CB150X didatangkan dengan enjin 149cc, silinder tunggal, sistem penyejuk cecair, suntikan bahan api yang berkuasa 16.5hp pada 9,000rpm dan tork 13.8Nm pada 7,000rpm dengan sistem transmisi 6 kelajuan. Untuk pasaran Indonesia, Honda CB150X dijual pada harga dalam lingkuangan IDR 33,000,000 atau RM9,617.

Melihat kepada penerimaan peminat motosikal di sana yang sangat positif, ia membuktikan model ini memang sesuai untuk semua jenis tunggangan. RR rasa dan berharap pihak Boon Siew Honda dapat mempertimbangkan untuk model ini membawa masuk model ini ke pasaran Malaysia.

CB150X mungkin pilihan terbaik buat mereka yang nak tukar angin dari moped kepada jentera dual purpose berkapasiti rendah disebabkan penjimatan dari segi kos pembelian dan penyelenggaraan yang rendah.

Honda ini juga dilihat sangat sesuai untuk 'kaki kembara' dan rider penghantar makanan/barangan kerana mudah ditunggang dan tangki pun besar. Kalau masuk Malaysia, mesti laku keras! RR

Kredit Foto/Info: https://tmcblog.com/

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

Kementerian Kerja Raya (KKR) Bangunkan Kemudahan Asas Lebih Selamat Buat Penunggang Motosikal

Mforce Bike Holdings Rancang Untuk Anjurkan MFORCE MOTORSHOW 2026

Motosikal dihanyut banjir. Mujur mangsa selamat.

MODENAS Elegan EX 'Facelift': Gaya & Ciri Dipertingkatkan. Harga asas RM17,780

Honda Vario 160 Terima Tiga Warna Baru - Bermula RM10,198

Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

MODA Sporter-S 250: Sesuai Untuk Kegunaan Bandar

Selepas diperkenalkan pada awal bulan Januari lalu, ketibaan model ini di pasaran negara memang agak 'panas'. Macam-macam riaksi yang diterima memandangkan ia adalah jenama terbaru yang diperkenalkan oleh Mdua Motor Sdn. Bhd., anak syarikat kepada AFY Mobility Industries (AMI).

Dari Litar

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Pelumba negara, Qabil Ifran mengungguli perlumbaan kelas ESBK Talent Cup di Espana Superbike Championship (ESBK) yang berlangsung di Litar Jerez baru-baru ini.

Warta Roda

Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

Seorang wanita dan seorang lagi remaja wanita maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung sesama sendiri.

Model Baru

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

BMW Motorrad Malaysia telah melancarkan skuter maksi baru iaitu BMW C 400 X & C 400 GT yang direka sesuai untuk para pencinta jentera automatik di seluruh negara.