Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 14 Januari 2022

Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia RM1,000

Bersempena pengumuman yang telah dibuat oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia sebelum ini dan YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia melalui kenyataan media pada 7 Januari 2022 berkenaan “Pelaksanaan Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia”, MASAAM dan ahli-ahlinya ingin menyampaikan kata-kata penghargaan kepada pihak Kerajaan Malaysia di atas usaha mereka menyediakan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang komprehensif.

Antara inisiatif yang ditawarkan oleh Kerajaan Malaysia adalah Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia bernilai sehingga RM1,000 khusus buat WARGANEGARA yang layak. Baucar Diskaun ini adalah bertujuan untuk membaikpulih kenderaan yang rosak akibat banjir termasuklah motosikal.

Bagi memanfaatkan baucar diskaun tersebut, pemilik kenderaan boleh berhubung terus dengan Pusat Servis atau Pengedar Sah yang mengikuti program ini tertakluk kepada terma. Tarikh akhir untuk tuntutan baucar diskaun ini adalah pada 31 Mac 2022 dan pemilik kenderaan dinasihatkan untuk segera membuat tuntutan dari pusat servis atau pengedar sah yang berdaftar bagi mengelakkan sebarang kesulitan. RR

Berikut adalah maklumat syarikat automotif (bagi motosikal & skuter) yang terlibat dalam program tersebut:

  • Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (www.yamaha-motor.com.my)
  • Boon Siew Honda Sdn Bhd (boonsiewhonda.com.my)
  • KMSB Motors Sdn Bhd (Suzuki – www.suzuki.com.my)
  • Motosikal Dan Enjin Nasional (www.modenas.my)
  • Mofaz Motosikal Sdn Bhd (mofaz.com/mofaz-motosikal)

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

Kementerian Kerja Raya (KKR) Bangunkan Kemudahan Asas Lebih Selamat Buat Penunggang Motosikal

Mforce Bike Holdings Rancang Untuk Anjurkan MFORCE MOTORSHOW 2026

Motosikal dihanyut banjir. Mujur mangsa selamat.

MODENAS Elegan EX 'Facelift': Gaya & Ciri Dipertingkatkan. Harga asas RM17,780

Honda Vario 160 Terima Tiga Warna Baru - Bermula RM10,198

Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

Disyorkan untuk anda
Warta Produk

LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

LS2, jenama topi keledar yang berkualiti dan terkenal di peringkat global, melancarkan tiga model topi keledar terbaru untuk tahun 2025 iaitu Verso II OF618, Dragon FF807 dan Advant II FF910.

Warta Roda

Motosikal dihanyut banjir. Mujur mangsa selamat.

Seorang peneroka melalui pengalaman cemas apabila motosikal ditunggangnya terbalik dibawa arus ketika cuba meredah laluan dinaiki banjir di Felda Air Tawar 3 di sini.

Warta Roda

Honda Vario 160 Terima Tiga Warna Baru - Bermula RM10,198

Boon Siew Honda (BSH) telah memperkenalkan tiga warna terbaru untuk Honda Vario 160 iaitu Yellow, Matte Red dan Silver.

Warta Roda

Kebakaran Saluran Gas: Kenderaan Cair, Akuarium Menggelegak....

Akuarium menggelegak, kereta dan motosikal cair akibat bahang panas melampau susulan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya beberapa hari lalu yang diibaratkan sangat menakutkan, ibarat mimpi buruk kepada penduduk terlibat.