Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 7 Januari 2022

Mforce Bike Kini Pengedar Eksklusif Moto Morini di Malaysia

MForce Bike Holdings Sdn Bhd, dengan bangganya telah dilantik menjadi pengedar eksklusif motosikal berjenama Moto Morini di Malaysia. Moto Morini adalah pengeluar motosikal berpengalaman dari Itali yang dibangunkan oleh Alfonso Morini di Bologna, pada tahun 1937.

Pada tahun 1946, Moto Morini mula menghasilkan enjin silinder tunggal, dua-lejang dengan transmisi tiga kelajuan pada model T125. Tahun demi tahun, Moto Morini sentiasa fokus dari segi pembangunan dan penambahbaikan sehingga mereka berjaya menghasilkan enjin dari dua-lejang kepada empat-lejang iaitu Corsaro Gran Turismo.

Moto Morini juga telah memenangi beberapa kejuaraan Itali dari tahun 1951 sehingga 1967 dan juga Grand Prix. Sehingga kini, Moto Morini masih lagi diiktiraf sebagai salah satu daripada 10 jenama terbaik Eropah. Dengan mempunyai pengedar hampir di seluruh dunia, Moto Morini menjadi jenama yang menjadi pilihan utama peminat motosikal.

Pada masa ini, barisan Moto Morini terdiri daripada kategori berkuasa tinggi, iaitu Corsaro ZT, Corsaro ZZ, Milano, dan Super Scrambler dimana semuanya menggunakan enjin 1,200cc V-twin yang besar. Moto Morini juga telah melancarkan motosikal “middleweight adventure” iaitu X-Cape 650 pada bulan November tahun lepas. Sememangnya ia akan memberikan pelbagai pilihan kepada peminat-peminat motosikal di Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Operasi MForce, Asri Ahmad, pelantikan ini secara tidak langsung meningkatkan kedudukan MForce sebagai antara pengedar motosikal terkemuka di Malaysia. Pada tahun 2021, prestasi jualan syarikat telah meningkat sebanyak 25% berbanding tahun 2020. Dengan perkembagan terbaharu ini. MForce akan terus meningkatkan lagi kualiti produk serta perkhidmatan selepas jualan bagi memastikan kepuasan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan.

Sebelum memasuki pasaran tempatan, model-model dari jenama ini akan melalui ujian ketahanan terlebih dahulu untuk memastikan kualiti keseluruhan berada dalam keadaan yang terbaik. Peminat motosikal akan dapat menyaksikan dan boleh memiliki motosikal X-Cape 650 pada suku kedua tahun ini di pengedar-pengedar sah MForce seluruh negara. RR

Isu Pada

Februari 2022

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Boon Siew Honda (BSH) mengumumkan semula pengenalan warna White Trico bersama dengan dua pilihan warna yang baru iaitu Matte Blue dan Sliver.

Warta Roda

LCR Honda Fan Enduro Day!

Berbeza dengan sebelum ini, pihak GIVI telah mengadakan LCR Honda Fan Enduro Day bertempat di KEV Enduro Park, Gamuda Gardens, Rawang.

Dari Litar

Francesco Bagnaia Tawan GP Thailand Dalam Hujan

Francesco Bagnaia (pecco) membuktikan keupayaannya apabila menjuarai GP Thailand dalam keadaan cuaca dan litar yang sangat sukar.

Berita Kelab

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.