Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 30 Disember 2021

Projek 'Free Spirit' Yamaha XSR125 Jadikan 'Rider' Lebih Kreatif

Yamaha Motor Europe meraikan kepelbagaian ciptaan dan karaktor untuk model XSR125 yang direka dengan konsep 'Free Spirit'. Tradisinya, motosikal kustom dan pemiliknya adalah bintang utama dan menerusi kempen 'Free Spirit', pengubahsuaian XSR125 dilakukan mengikut gaya kehidupan seseorang itu.

Yamaha XSR125 dibina dengan spesifikasi standard tinggi yang merangkumi enjin serba moden yang dipadankan dengan pengendalian yang tangkas. Seperti kebanyakan siri XSR yang lain, model 125cc ini juga memiliki daya penarik tersendiri. Dari segi estetik, rekaan asas jentera ini sememangnya sudah 'tersedia' untuk pengubahsuaian.

Projek 'Free Spirit' dianjurkan sepanjang musim sejuk sehingga 2022 nanti dengan melibatkan beberapa pengedar Yamaha di Eropah (Perancis, Jerman, Sepanyol, Greece dan Portugal) yang bekerjasama dengan duta XSR tempatan. Duta-duta ini akan mengetuai segala proses pengubahsuaian dengan memberikan idea visual yang unik untuk melahirkan jentera Yard Built versi baru – lebih praktikal dan sesuai untuk kegunaan harian.

Model Yamaha XSR125 'Free Spirit' pertama ialah milik Nikolas Plytas yang merupakan seorang bintang sukan air. Projek pengubahsuian dilakukannya bersama Yamaha Greece dengan memberi tumpuan untuk konsep pantai. Nikolas merupakan antara 5 peluncur terbaik di Kejuaraan Sukan Ski Air Dunia dengan jumlah pengikut di Tik Tok lebih daripada dua juta orang.

Nikolas menghabiskan banyak masa di pantai dan telah memiliki idea jelas mengenai rekaan jenteranya yang mengutamakan ketangkasan untuk tunggangan di bandar disamping mampu untuk membawa peralatan sukan airnya.

Untuk memberikannya lebih keyakinan, fender hadapan di tinggikan seperti model scrambler, tayar asal ditukar kepada tayar offroad dan pemasangan penyangkut khas untuk memegang kedua-dua papan luncur, wakeboard dan alat penarik atau win bersaiz kecil.

XSR125 Nikolas turut dikemaskan dengan aksesori tulen dari Yamaha seperti lampu isyarat LED, pelindung lampu dan nombor pendaftaran. Nikolas mendapat idea menerusi model vintaj Dakar XT500s dan gaya sebenar Faster Sons. Mantap! RR


 

Isu Pada

Februari 2022

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Bermodalkan RM700, seorang pesara guru mengubah suai motosikalnya sebagai pe­ngangkut sampah dan me­lakukan kerja-kerja mengutip sampah secara sukarela di Kampung Lanai, di sini.

Warta Roda

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Boon Siew Honda (BSH) telah merasmikan pembukaan Honda Bigwing yang pertama di Melaka.

Model Baru

EICMA 2024: Yamaha R3 'Kemas Kini' Lebih Mantap!

Berikutan pelancaran R9 baru tempohari, Yamaha memilihi 'pentas' EICMA untuk memperkenalkan model yang dikemas iaitu R3 untuk pengeluaran tahun 2025.

Model Baru

Aprilia RS457 Dilancarkan. Harga dari RM33,900

Didi Group selaku pengedar rasmi jenama Aprilia di Malaysia telah melancarkan model 'superbike' terbaru iaitu Aprilia RS457.