Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 3 Disember 2021

Lagi Kes Kereta Masuk Laluan Motor....

Kes kereta masuk ke lorong motosikal terus berlaku di negara kita. Pelik tapi benar! Kecuaian ini sebenarnya boleh membahayakan diri sendiri dan para pengguna jalan raya lain.

Paling baru tentunya mengenai tindakan seorang pemandu kereta yang memasuki lorong motosikal di Kilometer 29.5 Lebuhraya Persekutuan beberapa hari lepas. Rakaman video yang berdurasi 0.23 saat itu tular di media sosial dan telah mengundang kritikan dikalangan netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu kereta terbabit.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid memaklumkan bahawa siasatan awal mendapati kenderaan tersebut adalah jenis Proton Persona. Jika disabit dengan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara maksimum selama lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 serta hilang kelayakan menunggang atau mendapatkan lesen. Pihaknya kini sedang mengesan pemandu kereta tersebut.

Mohamad Fakhrudin turut mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya mematuhi arahan papan tanda dan sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya. RR

Sumber: utusan.com.my

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

Kementerian Kerja Raya (KKR) Bangunkan Kemudahan Asas Lebih Selamat Buat Penunggang Motosikal

Mforce Bike Holdings Rancang Untuk Anjurkan MFORCE MOTORSHOW 2026

Motosikal dihanyut banjir. Mujur mangsa selamat.

MODENAS Elegan EX 'Facelift': Gaya & Ciri Dipertingkatkan. Harga asas RM17,780

Honda Vario 160 Terima Tiga Warna Baru - Bermula RM10,198

Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

Disyorkan untuk anda
Model Baru

SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

SYM ADXTG 400 dijangka dilancarkan di Malaysia pada bulan Mei 2025 harganya pula dijangka bawah RM30k.

Dari Litar

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

Hasrat pelumba pasukan Ducati Lenovo, Marc Marquez untuk mencipta kemenangan sermpurna di Litar Americas tidak kesampaian apabila terbabas pada lap ke-9 walaupun ketika itu sedang mendahului perlumbaan dengan agak selesa. Terdahulu, Marc telah membuktikan dominasinya apabila meraih kemenangan dalam saingan Sprint tanpa sebarang masalah.

Model Baru

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

Sejak kemunculan sebagai model konsep, pihak syarikat telah menghabiskan lebih daripada 800 hari dengan melakukan penambahbaikan tanpa henti untuk model sport, JEDI K333.

Warta Roda

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Sebanyak 10 motosikal dan sebuah treler terbabit dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer (KM) 221.5, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan awal pagi Sabtu lalu yang mengakibatkan seorang remaja maut manakala tujuh lagi cedera.