Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 18 Mac 2020

Ulang Tahun Ke-50 THM Disambut Meriah

Teck Hin Motor Trading Sdn Bhd (THM) merupakan sebuah syarikat ternama yang mengedar pelbagai  jenis produk automotif seperti pelincir Castrol, tayar daripada jenama FKR, Michelin, Continental, Dunlop, Cheetah, palam pencucuh NGK dan bateri Yuasa. Syarikat yang berpengkalan di Telok Gong ini telah memulakan perniagaan mereka lebih daripada 50 tahun yang lalu berlandaskan visi pengasasnya, En. Swee Kong Yoon dan isterinya, Madam Ng Kim Yong yang inginkan sebuah syarikat yang cemerlang, berkualiti dan berdaya saing. Kini, THM bersedia untuk maju ke hadapan dengan memberikan perkhidmatan terbaik buat para pelanggan mereka.

En. Austin Swee menyampaikan ucapan pembukaan dengan penuh bersemangat.
En. Austin Swee menyampaikan ucapan pembukaan dengan penuh bersemangat.
Majlis Ulang Tahun ke-50 THM disambut dengan cukup meriah.
Majlis Ulang Tahun ke-50 THM disambut dengan cukup meriah.

Untuk menghargai para rakan niaga, pembekal dan pelanggan, THM telah menganjurkan Majlis Makan Malam Gala sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 syarikat ini yang telah berlangsung di HGH Convention Centre, Kuala Lumpur pada 27 Januari yang lalu. Dengan tema pakaian 'Hitam & Emas', majlis penuh bersejarah tersebut telah dihadiri oleh kira-kira 800 orang tetamu.

Para tetamu yang hadir turut berpeluang memenangi hadiah-hadiah hebat sumbangan THM.
Para tetamu yang hadir turut berpeluang memenangi hadiah-hadiah hebat sumbangan THM.
Tarian Singa yang menyambut ketibaan para tetamu.
Tarian Singa yang menyambut ketibaan para tetamu.

Majlis pada malam itu dimulakan dengan ucapan serta kata-kata aluan daripada Pengurus Besar THM, En. Austin Swee yang berkongsikan sejarah penubuhan, arah tujuan dan visi pihak syarikat untuk terus kukuh dan berdaya saing dalam perniagaan. Antara teks ucapan beliau yang cukup memberi motivasi ialah “Kami amat cintakan apa yang kami lakukan, kami mengambil berat terhadap masyarakat, penunggang motosikal, para pelanggan dan semestinya kami amat mengambil berat tentang pembangunan perniagaan bersama-sama para pembekal. Kami juga sentiasa menjaga kebajikan bersama.”

Yamaha Ego Solariz merupakan antara hadiah yang menanti pemenang acara cabutan bertuah.
Yamaha Ego Solariz merupakan antara hadiah yang menanti pemenang acara cabutan bertuah.

En. Austin turut menyatakan bahawa dalam pasaran MCO (Motorcycle Oil), CVO (Commercial Vehicle Oil) dan PCO (Passenger Car Oil), Castrol kini merupakan market leader dalam pasaran bahan pelincir dengan kejayaan memperkenalkan beberapa siri pelincir dan produk baru yang mendapat sambutan menggalakkan. Castrol turut memiliki Bike Point yang dibina khas untuk memberi sokongan dalam perniagaan motosikal manakala untuk menambah keyakinan para pelanggan mereka, Castrol turut memperkenalkan PVO & CVO Concept Store.

Michelin turut mendapat kepercayaan para penunggang motosikal dengan pelancaran Michelin Pilot ROAD 5 yang merupakan tayar khusus untuk jentera Sport Touring yang inginkan keselesaan dan keselamatan terbaik sewaktu di jalan raya. Tahun lalu, Michelin juga aktif dengan pelbagai penganjuran termasuk memeriahkan acara perlumbaan MotoGP yang diadakan di SIC.

Majlis makan malam gala dihiburkan oleh penyanyi Ms. Corn Ling.
Majlis makan malam gala dihiburkan oleh penyanyi Ms. Corn Ling.

Di samping menjamu selera dengan juadah yang cukup lazat, para tetamu turut dihiburkan dengan nyanyian dan persembahan daripada Ms Corn Ling. Acara pada malam itu diteruskan dengan majlis penyampaian anugerah pencapaian kepada 30 pengedar terbaik untuk Castrol Motorcycle Oil dan 30 lagi pengedar terbaik untuk Michelin Motorcycle Tyre. Acara kemuncak pada malam tersebut ialah sesi cabutan bertuah yang menawarkan hadiah cukup lumayan berupa dua keping tiket pelancongan ke Jepun dan wang tunai berjumlah RM5,000. RR

Isu Pada

Mac 2019

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) sehingga kini telah pun menyerahkan sejumlah 1,092 unit motosikal elektrik iaitu MEV-1 Pro khusus kegunaan pihak Pos Malaysia Berhad.

Model Baru

EICMA 2024: Yamaha R3 'Kemas Kini' Lebih Mantap!

Berikutan pelancaran R9 baru tempohari, Yamaha memilihi 'pentas' EICMA untuk memperkenalkan model yang dikemas iaitu R3 untuk pengeluaran tahun 2025.

Model Baru

Ducati Panigale V4 2025 Kini Di Malaysia - Harga Asas RM182,900

Ducati Malaysia telah melancarkan Panigale V4 generasi terbaru sempena dengan perasmian pembukaan Ducati Sungai Buloh.

Dari Litar

Francesco Bagnaia Tawan GP Thailand Dalam Hujan

Francesco Bagnaia (pecco) membuktikan keupayaannya apabila menjuarai GP Thailand dalam keadaan cuaca dan litar yang sangat sukar.