Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 1 September 2021

Yamaha Motor Sasarkan Jentera Lebih Mesra Alam Menjelang 2050

Iwara, Jepun: Yamaha Motor Co., Ltd. telah mengumumkan pihaknya sedang mengkaji semula sasaran mereka untuk pengurangan emisi CO2 menerusi Yamaha Motor Group Environmental Plan 2050 (kini telah ditukar kepada Environmental Plan 2050) yang dirumuskan pada tahun 2018 yang lalu.

Menerusi perancangan ini, Yamaha menetapkan hasrat untuk meneutralisasikan pengeluaran karbon terhadap aktiviti perniagaan mereka termasuklah kitaran pengeluaran produk-produk Yamaha menjelang tahun 2050.

Kajian jangka masa panjang ini adalah untuk menetapkan semula visi dan matlamat Yamaha Motor Group demi pencapaian pada tahun 2050 dan pada masa yang sama sasaran ini juga harus dicapai pada tahun 2030 dan 2035. Menurut pihak Yamaha, mereka akan mencipta formula untuk pelancaran fasa pertengahan bagi setiap tiga tahun dan akan mempertingkatkan inisiatif dalam usaha ke arah itu.

Menerusi kajian yang dilakukan, syarikat akan berupaya mempercepatkan proses untuk mencapai peneutralan karbon. Dengan adanya perancangan yang rapi ini, kemajuan penciptaan motosikal akan lebih teliti khususnya menerusi sumber penghasilan kuasa lebih efisien dengan kadar pengeluaran CO2 yang lebih rendah.

Dengan peningkatkan promosi buat para pelanggan untuk memiliki jentera rendah CO2, Yamaha yakin akan terus memberikan kegembiraan dalam kehidupan masyarakat di seluruh dunia yang lebih selamat dan memuaskan. RR

Isu Pada

September 2021

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Zynergys & Helios Bekerjasama Dengan Beberapa Pasukan Yang Bertanding di MCP, ARRC dan MSF

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Triumph Motorcycle Malaysia menyerahkan Triumph Tiger Sport 800 (2025) kepada para pembeli terawal.

Model Baru

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

Boon Siew Honda turut memperkenalkan versi skuter terkini iaitu Honda NSS250 bagi tahun 2025.

Warta Roda

Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha Ke-27 Meriah!

Pandu Uji

Honda XL750 Transalp: Antara Jentera Kembara 'Middle Weight' Yang Terbaik?

Ketika Boon Siew Honda (BSH) melancarkan 4 model hebat tahun lalu, saya memang terpikat dengan model Transalp ini. Ini kerana beberapa tahun dulu, saya pernah menunggang Transalp model lama. Apabila saya kongsikan beberapa gambar di media sosial, ramai yang 'menyakat' tanya motor itu abad ke berapa? Betul kata mereka, dari segi design, ia tidaklah begitu hebat tetapi dari segi hantaran kuasa dan keselesaannya memang sangat saya suka.