Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 23 September 2021

Selepas MT-15, kini hadir pula MT-25 dengan rekacorak baru!

Selepas pengenalan kepada model MT-15 dengan rekacorak baru, kini Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) tampilkan pula 'abangnya' iaitu MT-25 yang turut diberi nafas baru. Dengan mengekalkan pada harga asas yang sama (RM21,500), MT-25 dikemaskan dengan dua warna pilihan iaitu Yamaha Blue dan Storm Fluo.

Yamaha MT-25 disempurnakan dengan sepasang lampu utama dan dua lampu DRL berkembar yang mantap gaya 'Predator'. Enjin 249cc yang dimiliki oleh streetbike ini mampu menjanakan kuasa setinggi 35.1PS pada 12,000rpm dan tork 22.6Nmn pada 10,000rpm. Posisi menunggangnya natural dan selesa membolehkan jentera ini ditunggang untuk perjalanan dekat mahu pun jauh.

Kotak gear enam kelajuan pada jentera ini bekerja dengan baik sekali. Kami rasakan proses penukaran gear dapat dilakukan dengan cepat, mudah dan selamat. Memang seronok dibawa ke mana sahaja. Untuk maklumat lanjut mengenai Yamaha MT-25, sila dapatkan RR Januari 2021.

Dengan setiap pembelian, para pelanggan akan menerima Kunci Cakera Yamaha yang bernilai RM100. RR

Isu Pada

November 2021

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Model Baru

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini telah melancarkan Alltrhike 450 baru di pameran motosikal antarabangsa EICMA 2024

EICMA 2024: Skuter Adventure Maksi Pertama Dari KYMCO!

Kymco memperkenalkan skuter pengembaraan maxi pertamanya di EICMA.

Model Baru

Yamaha Europe Perkenalkan Tracer 9, Tracer 9 GT & Tracer 9 GT+ 2025

Yamaha Motor Europe telah memperkenalkan rangkaian Sport Touring mereka bagi tahun 2025 iaitu Yamaha Tracer 9, Tracer 9 GT dan Tracer 9 GT+ Y-AMT.

Berita Kelab

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.