Warna & Grafik Baru Untuk Yamaha MT-15
Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) mengumumkan kemunculan model MT-15 dengan warna dan rekocorak grafik serba baru. Terdapat tiga varian yang ditawarkan iaitu Biru, Hitam dan Kelabu.
Model MT-15 sememangnya antara jentera jalanan (street) yang cukup menarik dan memuaskan hati. RR telah pun menunggang uji model ini (RR Februari 2021) dan jujur kami katakan ia adalah sebuah jentera jalanan berkapasiti rendah yang tangkas, mantap dan lincah. Enjinnya model street ini berkuasa 19.3PS @ 10,000rpm dan tork 14.7Nm pada 8,500rpm yang sudah cukup padu.
Sistem saspensi depan dan belakang menyerap setiap permukaan jalan dengan baik sekali. Kami dapat rasakan betapa seronoknya apabila menunggang MT-15 di kawasan bandar, kampung ataupun menikmati perjalanan di kawasan tanah tinggi.
Harga untuk MT-15 ini masih kekal pada RM11,988 (tanpa cukai jalan, nombor pendaftaran dan insurans). Paling best, setiap pembelian akan menerima kunci cakera Yamaha yang bernilai RM100. RR
Popular