Wmoto Xtreme 250 Bakal Diperkenalkan Pada Tahun 2022
Mforce Bike Holdings Sdn Bhd selaku pengedar jenama Wmoto di Malaysia menyatakkan bahawa Wmoto bakal memperkenalkan sebuah jentera skuter Xtreme 250cc pada tahun 2022. Model ini merupakan kesinambungan untuk model Xtreme 150i yang dilancarkan pada 11hb Julai lalu. Sejak ianya diperkenalkan, skuter berkonsepkan ekstrem ini telah mendapat sambutan menggalakkan. Xtreme 150i ditawarkan pada harga bermula RM9,588 (tanpa cukai jalan dan pendaftaran).
Pihak Mforce merancang barisan produk terbaru dalam lima tahun akan datang bakal dilancarkan dan salah satunya adalah Wmoto Xtreme 250. Buat masa sekarang, skuter ini sedang dalam ujian ketahanan dan proses untuk mendapatkan Vehicle Type Approval (VTA) daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).
Wmoto Xtreme 250 dikeluarkan bertujuan memenuhi keperluan buat para penunggang di Malaysia yang hanya memiliki lesen B2. Model ini bakal menawarkan spesifikasi dan ciri-ciri lebih maju dan canggih. RR
Popular